Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 15 Ogos 2009

Bukan Islam Guna Lambang PAS PRU Akan Datang

Demikian beritahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.

Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.

Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan, " jelasnya ketika membentangkan ulasan kepada Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Islam Pemimpin Perubahan' di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth.

Ujar beliau lagi, peristiwa sebegitu pernah terjadi di Johor di mana salah seorang ahli KPP meminta menggunakan lambang bulan pada pilihan raya umum lalu tetapi setelah dipersetujui bersama akhirnya beliau diberikan kebenaran menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Atas permintaan ramai itu sambungnya, menunjukan sokongan mereka terhadap PAS terus menjadi agenda utama ekoran ketidak percayaan mereka terhadap Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Menyentuh mengenai perancangan aktiviti beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menambah, melihatkan senario sedemkian maka PAS amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imej PAS menjelang pilihan raya umum kelak.

Tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih.

"PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan, " tegasnya di hadapan kira-kira 100 orang peserta.

Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa.(Harakah) Ulasan Musafirlalu.......
Ini adalah satu perkembangan yang positif dalam membawa hala tuju PAS untuk masa hadapan. Memandangkan PAS telah meletakkan calon Muslimat yang pertama iaitu Khatijah Sidek.
Khatijah Sidek merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang berjiwa radikal. Berasal dari Tanah Seberang iaitu Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia dan dilahirkan pada tahun 1918. Pernah berjuang didalam Umno sebagai Ketua Kaum Wanita pada tahun 1954-1956 dan pernah dipecat daripada Umno.
Kemudian beliau menganggotai PAS dan menjadi wakil rakyat pertama pada tahun 1959-1964 dan menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS tahun 1964-1965. Pada tahun 1969 beliau keluar dari PAS dan menentang secara terbuka terhadap Dato Asri Haji Muda dalam pilihanraya tahun 1969. Kekalahan dalam pilihan raya tersebut akhirnya membuatkan beliau mengambil keputusan bersara dari politik. Maka, tidak timbul yang PAS tidak pernah mencalonkan wanita sebelum pilihan raya ke 12. PAS telah lama mencalonkan muslimatnya dalam pilihan raya dan calonnya juga menjadi wakil rakyat yang pertama. Apa yang membuatkan PAS tidak mencalonkan muslimatnya selepas itu kerana keadaan politik negara yang tidak sesuai untuk muslimat bertanding.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular