Wah.... bukan main lagi hang tafsir surah Al-Kafirun.... apa pasal hang tak tafsir dari awal ayat dan fahami maksudnya sedalam-dalamnya. Biar aku ajar sikit maknanya apa yang dimaksudkan dengan surah Al-Kafirun ayat 1-6 :
"Katakanlah (ya Muhammad) : Hai orang-orang yang kafir. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tak pernah pula menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku".
Hang tafsir pun dah tunggang langgang, ayat yang depan hang letak belakang, ayat belakang hang letak kat depan. Hang.... kalau tak tahu nak tafsir jangan pandai-pandai nak tafsir. Hang nak ubah ayat Al-Quran ke..... hang jangan main-main dengan ayat-ayat Al-Quran, nanti tergelincir akidah hang.
Kalau ayat tersebut," Lakum diinukum wa liya diin" yang bermakna "Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku". Hang kata makna dia "agamaku untukku, agamamu untukmu". Jadi, hang fikir sendirilah ayat tersebut apabila dibaca secara terbalik.
Aku nak tanya sikit kat hang.... hang belajar mana tafsir Al-Quran ini. Celakalah kamu wahai Khiry kerana mempermainkan ayat-ayat Al-Quran. Hang betul-betul telah terpesong apabila dengan sewenang-wenangnya menafsirkan ayat-ayat Al-Quran tanpa merujuk dahulu.
Inikah yang dikatakan pembela Islam, sedangkan beliau sendiri telah menghina ayat-ayat Al-Quran. Apakah sebagai Ketua Pemuda Umno, beliau boleh mempermain-mainkan ayat-ayat Al-Quran. Mana dia ulama-ulama Umno, mana mufti-mufti untuk membetulkan apa yang telah diperkatakan oleh Ketua Pemuda Umno.
Maka beliau sebenarnya lebih teruk daripada DAP, kerana mempermain-mainkan ayat-ayat Al-Quran. Ahli-ahli Umnolah yang sepatutnya menegur pimpinan mereka yang mengaku Islam tetapi telah menghina agamanya sendiri.
Apakah beliau layak untuk mencabar ahli-ahli PAS agar menegur pimpinannya sedangkan pemimpin Umnolah sebenarnya yang sepatutnya ditegur kerana menghina Islam dan ayat-ayat Al-Quran.
1 ulasan:
Mengaji tak habis dah pandai nak tafsir, teman runsing tengok UMNO ni. Hancor
Catat Ulasan