DS Najib meminta Pakatan Rakyat dan NGO berbincang tentang mengkaji semula akta ISA. Apakah beliau buta atau pun pekak dengan jeritan rakyat yang meminta agar akta tersebut dimansuhkan dan bukannya dikaji semula. Apa gunanya untuk mengkaji semula akta rimba yang yang tidak berperikemanusiaan itu.
Kita sekarang berada di abad ke 21, bukannya berada di tahun 1511. Tahun permulaan semenanjung emas dijajah oleh bangsa Portugis, kemudian Belanda, kemudian British, kemudian Jepun dan kembali semula kepada British. Amat memalukan pemimpin Umno yang menjaja ke serata dunia dengan mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam. Tetapi dalam masa yang sama mereka mengguna pakai undang-undang rimba tersebut.
Bagi pemimpin Umno merasa sendiri akta ISA tersebut, kemudian tanya dia orang apakah ISA itu bagus ataupun tidak. Bagi pemimpin Umno yang pernah dikenakan ISA, kemudian menyatakan akta tersebut masih diperlukan, patut di ludah muka mereka. Kalau setakat ditahan 2-3 minggu dengan layanan VIP, bagus lah bagi kamu. Bagi mereka rasa duduk kat Kemunting 3-4 tahun, kemudian tanya mereka bagaimana syok tak makan tanggung.
Bagi barua yang menyokong ISA tu, hang tak betul-betul merasakan bagaimana, sekali hang kena baru hang tahu langit tu tinggi ke rendah. Hang dok ikut jadi pak turut raja lompat dengan Dr. Maamor tu, berapa hang dapat. Depa buat duit duit hang buat apa, buat tahi. Yang sokong ISA tu sememangnya celaka lah kamu di dunia dan di akhirat. Hang dok sokong akta yang betul-betul menzalimi manusia, yang memisahkan anak dari bapa, suami dari isteri, hang tahu tak doa orang-orang yang dianiayai terus Allah sendiri yang terimanya. Aku pun tahu lah nak cakap macam mana dengan hang ni. Nak kata bodoh, belajar tinggi, nak kata cerdik, memang dah bodoh. Tak tahu lah.............. hang sendiri lah letak taraf hang ni kat mana.
Hang tahu tak sapa Dr. Maamor tu, duduk dalam persatuan pengguna muslim tak berapa lama dah dapat Datuk. Hang tahu tak sapa jadi saksi kes rogol budak bawah umur yang melibatkan Rahim Tamby Chik semasa beliau jadi KM Melaka dulu. Tak pasal-pasal budak yang rogol kena duduk pusat pemulihan, Lim Eng Guan masuk penjara kerana mempertahan budak Melayu tu dan Rahim Tamby Chik senang lenang bebas. Yang jadi saksi Doktor yang kamu duk ikut lah tu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 1 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan