Translate

Rabu, 12 Ogos 2009

Petikan Kata-Kata Dari Pemimpin PAS.

"Ideologi politik Islam telah ditunjukkan oleh Rasulullah, kemudian oleh Khalifah Rashidin dan beberapa pemerintah kemudiannya. Ternyata Islam telah ditegakkan di tengah-tengah masyarakat manusia dalam alam ini yang telah menunjukkan bagaimana hidup berjemaah 'collective' di atas keadilan, persamaan, persaudaraan, perikemanusiaan dan akhlak yang tinggi bersendikan ikhlas dan keredhaan hati jauh dari paksa perkosa".
Prof. Dr. Burhanuddin Al-Helmy
"Kita percaya, dengan Islam sahajalah negara kita dan umat kita dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagiaan yang sebesar-besarnya. Dengan lain perkataan, bahawa tugas kita yang terpenting sesudah tercapainya merdeka ialah beriktihar supaya undang-undang dan peraturan yang diamalkan dalam masyarakat dan dalam pemerintahan negara. Sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah. Dengan itu barulah ada nilainya Islam itu sebagai agama pembimbing hidup kemanusiaan". Prof. Zulkifli bin Muhammad "Kita mencintai PAS bukan kerana ianya bernama PAS tapi kita mencintainya kerana ia adalah satu perjuangan dan gerakan Islam yang telah menghimpunkan golongan terbesar dari kalangan umat yang mencintai Islam dan perjuangannya, kerana ianya simbol kepada keutuhan ikatan golongan terbesar umat di negara kita dalam merealisasikan semangat dan keazaman perjuangan untuk menegakkan Islam di negara kita". Tuan Haji Yusof Abdullah Al-Rawa "Saya ingin menyatakan bahawa PAS bukan sekadar hendak 'moderate' untuk mendapat sokongan politik atau undi dalam pilihan raya. PAS yang merupakan parti Islam yang mempunyai dasar, ideologi dan pegangan yang konsisten seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti, tidak perlu berkompromi dalam perkara dasar. Perubahan dan penampilan PAS sebagai parti politik 'mainstream' adalah justeru kerana penterjemahan polisi dan dasar PAS, yang semakin peka dengan kedudukan dan persaingan politik atau 'political positioning' yang semakin menghampiri tampuk kekuasaan pemerintahan pusat. PAS sudah lama keluar dari 'mindset' parti yang hanya kuat di gelanggang Melayu atau negeri Pantai Timur sahaja". Dato' Haji Fadzil Mohd Noor

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular