Siapakah yang sebenarnya pertualang yang mencetuskan isu perkauman kalau tidak Umno. Umno sendiri pun sebuah parti politik yang berasaskan kepada parti politik perkauman. Dimanakah rasionalnya kenyataan TPM yang sekarang ini, kerana ingin menonjolkan yang beliau adalah seorang jaguh.
Setelah banyak tanah di Johor telah terlepas ke tangan Singapura dan yang terbaru, pulau Batu Putih. Inilah jasa-jasa TPM kita yang boleh diibaratkan oleh Pendita Khir Toyo,"mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
Sebagaimana kata beliau "Waktu ini kita (kerajaan) sedang berusaha perkukuhkan ekonomi, pendidikan sosial, kesihatan.....". Apa yang dimaksudkan dengan memperkukuhkan ekonomi, kalau tidak untuk memperkayakan sanak saudara dan para-para kroninya. Itulah yang dikatakan memperkukuhkan ekonomi.
Dalam keadaan dunia yang sedang bergelut dengan wabak H1N1, apakah tindakkan yang telah lakukan. Apakah hendak menunggu sampai keparas 5 juta orang, baru hendak mengambil tindakkan. Sedangkan angka kematian terus meningkat dan mangsanya terus bertambah, kerajaan masih lagi ditahap berpeluk tubuh.
Inikah yang dikatakan membela rakyat Malaysia yang berbilang kaum, sedangkan untuk pergi merasmikan persidangan Umno bahagian Kudat pun menggunakan harta rakyat. Jika beliau seorang yang bertanggungjawab, gunakan harta parti untuk urusan kepartian.
Maka..... benarlah apa yang dikatakan oleh Pendita Khir Toyo "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" dan"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Tidakkah kena dengan peribahasa yang dilontarkan oleh Pendita Khir Toyo.
Kerana itulah Umno mula mengarut tak tentu hala sejak kebelakangan ini setelah melihat Pakatan Rakyat semakin kukuh. Para pemimpin Umno mula melatah dengan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang boleh dilihat seperti orang hilang akal.
Apabila isu liwat yang dijaja oleh para pemimpin Umno tidak mendapat sambutan rakyat, maka mereka telah menggunakan istilah pengkhianat dan pertualang Melayu pula. Memang Umno mula ketandusan isu untuk menentang Pakatan Rakyat yang semakin diterima oleh rakyat Malaysia, maka mereka mula takut kepada bayang-bayang sendiri.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 16 Ogos 2009
Petualang cetuskan isu perkauman adalah pengkhianat: TPM
Petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.
infrastruktur luar bandar, sekolah khususnya di Sabah.
"Kita nak teruskan (pembangunan), jangan ada yang cuba cetuskan pertikaian ...agenda pembangunan bangsa dan negara ini, inilah yang paling utama, tidak ada yang lebih penting," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kudat dan Kota Marudu di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata hari ini, situasi dan kedudukan negara adalah dalam keadaan baik di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Ulasan Musafirlalu.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Inilah tarikh keramat buat demokrasi rakyat Perak yang bertuah mempunyai pemimpin seperti Zamry Al Ghandi yang memperbodoh sistem kehakiman ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan