Hishamuddin satu nama besar dan satu lagi Hishamuddin baru-baru cuba menempa nama untuk menjadi besar nama besar. Dalam menentang dan mendokong akta laknatullah ISA nombor wahid. Yang dimaksudkan ialah Hishamuddin Rais, mangsa paling lama kerakusan ISA dan Hishamuddin Tun Hussein, pendokong ISA.
Dua nama yang sama tetapi mempunyai matlamat yang berbeza, yakni penentang dan pendokong ISA. Hishamuddin Rais adalah satu nama besar yang sememangnya sudah cukup terkenal sebagai mangsa kerakusan akta laknatullah ISA.
Walau pun beliau tidak ditahan tetapi kerana ISA lah yang membuatkan beliau berkelana mencari ilmu diluar negara selama berbelas-belas tahun. Jika tidak silap saya, beliau dibiayai oleh kerajaan Australia(tolong perbetulkan sekiranya tersilap). Selepas peristiwa kelaparan di Baling semasa era Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran.
Beliau bersama-sama DSAI telah mengerakkan mahasiswa untuk menyatakan protes terhadap kerajaan Barisan Nasional terhadap kebuluran yang berlaku kepada penduduk Baling. Baling cukup terkenal walaupun tanpa pembangunan, yang kemudiannya berlaku pula pembunuhan beramai-ramai.
Sememangnya Mukim Baling cukup sinonim dengan Tun Dr. Mahathir. Semasa protes kebuluran Baling, beliau menjadi Menteri Pelajaran dan semasa pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya, beliau menjadi Perdana Menteri.
Dan Hishamuddin dari kelas bawahan adalah penentang ISA, dan Hishamuddin dari kelas elit adalah pendokong ISA. Yang memperkecilkan protes jalanan pada 1 Ogos dan Hishamuddin kelas bawahan adalah penyokong protes jalanan.
Maka kita lah yang akan menilai diantara dua Hishamuddin ini, siapakah yang terbaik. Seorang yang tidak pernah merasa hidup dalam kesusahan dan seorang lagi, tidak pernah merasa hidup dalam kemewahan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 16 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tenta...
-
Tidak cukup puak2 Fraksi UMNO menyerang blog Malaysiawaves dengan meninggalkan komen-komen jijik dan bodoh, mereka telah memanggil blogger2 ...
-
Inilah tarikh keramat buat demokrasi rakyat Perak yang bertuah mempunyai pemimpin seperti Zamry Al Ghandi yang memperbodoh sistem kehakiman ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan