Katanya, orang Melayu seharusnya memikirkan sedalam-dalamnya masa depan mereka daripada pelbagai segi kerana jika Umno tidak lagi berkuasa, maka kedudukan orang Melayu akan mudah diganggu gugat. "Selama puluhan tahun, saya fikir saudara saudari tak pernah terfikir mengenai perkara ini kerana selama ini gerak geri saudara saudari tidak pernah tersekat kerana anda tahu Umno dan Barisan Nasional yang memerintah. "Tetapi sekarang kita mudah tercabar. Selepas pilihan raya umum, mereka melihat politik boleh mengubah segala-galanya. Sebab itu ada pihak yang ghairah untuk merebut tempat tanpa memikirkan masa depan orang Melayu," katanya.
Muhyiddin mengajak pertubuhan ekonomi orang Melayu dan bumiputera seperti Perdasama supaya membantu kerajaan memberi penerangan kepada anggota mereka mengenai situasi politik yang boleh menjejaskan suasana ekonomi pada hari ini. "Ini tanggungjawab besar kerana jika kita tidak endahkan, jika terjadi sesuatu...jangan menyesal," katanya. (Berita Harian) Ulasan Musafirlalu......APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 11 Ogos 2009
Siapa Sebenarnya Pengkhianat Bangsa Melayu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.
Beliau berkata, individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.
"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang yang juga cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini.
Muhyiddin juga berkata, apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.
"Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan," katanya. Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.
Beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan Umno untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.
Baju yang tidak boleh ditanggalkan daripada badan Umno ialah sikap fanatik perkaumannya. Kerana sikap fananik inilah yang membawa kepada "Operasi Lalang" atau "Operasi Kenari" yang telah membawa kepada penahanan berpuluh-puluh pemimpin PAS dan DAP yang ditahan dibawah ISA.
Kerana Umno lah, banyak tanah-tanah di negeri Johor terlepas kepada Singapura. Apabila TPM menyebut tentang pengkhianatan bangsa, apakah beliau sudah cerminkan mukanya. Kenapa tidak mendedahkan tentang pengkianatan Umno terhadap bangsanya sendiri.
Apakah beliau ingat bangsa Melayu boleh lupa bagaimana Singapura boleh terkeluar daripada Malaysia semata-mata kerana Singapura jatuh kepada parti pembangkang yang diketuai oleh Lee Kuan Yeuw.
Tetapi pandai pula mengekalkan Pulau Pinang yang terlepas kepada Gerakan (pada masa itu adalah pembangkang). Mungkin juga Umno belajar daripada kesilapannya melepaskan Singapura menjadi sebuah negara.
Apakah rakyat boleh lupa tentang pengkhianatan Umno terhadap bangsanya sendiri sebagaimana tanah-tanah rizab Melayu hanya tinggal tidak sampai 20% sahaja. Alasan dangkal yang diberikan ialah pembangunan, maka dipinda akta tanah negara. Inilah jasa-jasa pengkhianatan Umno terhadap bangsanya sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bagi saya, dalang disebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS sekarang ini bukan berpunca daripada pucuk pimpinan PAS tetapi adalah daripad...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan aja...
-
Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini...
-
CHAD Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan ba...
-
Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pul...
-
Sejarah Berdarah Kolonialisme Perancis Sepanjang Habib Bourgiba berkuasa, beliau yang merupakan seorang Freemason atasan, sering melet...
-
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Penc...
-
Saya tertarik kepada satu komen dibawah ini, Tanpa Nama Berkata... betul2 ke saudara ni belajar sejarah.cube siasat ape faktor utame ...
-
BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan