Translate

Isnin, 7 September 2009

Bagan Pinang..... Antara Pengerusi SPR dengan Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu.

Teluk Kemang adalah tempat yang menjadi sebutan apabila tiba untuk melihat anak bulan. Sekarang kita akan melihat bulan akan sentiasa penuh di Telik Kemang kerana akan berlaku pilihanraya kecil di Dun Bagan Pinang nanti.
Apabila berlakunya kematian adunnya iaitu Allahyarham Azman Mohd Nor, maka terbongkarlah segala-galanya. Ini kerana Dun tersebut rupa-rupanya mempunyai pengundi pos yang paling tinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 4,925 pengundi pos yang mewakili 34.70 % daripada 14,192 pengundi mengikut daftar pengundi 2008.
Maka jika dikira kepada peratusan pengundi, kawasan tersebut  bukanlah kubu kuat BN. Ini disebabkan Umno-Bn memenangi kawasan tersebut semata-mata kerana undi pos yang mereka perolehi sebanyak 3,080 undi. Umno-Bn mengalahkan PAS dengan majoriti 2,333 undi dengan 76.88 % yang keluar mengundi.
  • Pengundi seramai 14,192  ( Melayu: 66 %  India : 19.9 %  Cina : 10.5 %  Lain-lain : 3.5 % )
  • Undi Pos  Pusasda Kem Si Rusa             ;  1,903
  •  2 KAD Kem Sunggala                            ;  1,130
  • IJED Kem Kg. Sawah                             ;     847
  • IPDA Port Dickson                                 ;    407
  • 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa                  ;    265
  • 1 WKSP Bgd Kem Sg. Sawah                   ;    165
  • Sek.Pertukangan Perintis                      ;     105
  • ILMI Port Dickson                                  ;    103
  • Jumlah Pengundi Poo                             ; 4,925  ( 34.7 % )
Undi pos yang diperolehi oleh BN :  3,080 dan PAS : 1,189 daripada 4,269 undi pos. Dan undi biasa yang BN dapat ialah sebanyak 3,350 dan PAS mendapat sebanyak 2,908  dengan undi rosak sebanyak 384 undi, maka jika dikira tentang pengundi masih lagi seimbang dan BN semata-mata mengharapkan undi pos yang semua orang tahu yang undi pos tidak akan memihak kepada pembangkang. Sepertimana yang berlaku kepada PM kita di Parlimen Pekan dahulu yang mana beliau telah kalah dengan majoriti dalam linkungan 300 undi kepada calon PAS. Tiba-tiba sahaja dua tiga guni undi pos jatuh dari langit........... maka tewaslah calon PAS.............. dengan kemenangan memihak kepada Datuk Seri Najib Al-Posi............ satu kemenengan yang bacul buat Umno-Bn. Kerana itulah sekiranya Umno-Bn kalah di Bagan Pinang................. maka semakin nazaklah Umno................ yang hidup bergantung kepada alatan penyokong hayat........ Jika PAS kalah pun............. ianya tetap disanjung................ kerana kalah secara penipuan Umno-Bn.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular