Translate

Rabu, 30 September 2009

Bagan Pinang : Tahniah Buat PAS Dan Takziah Buat Umno....

PAS telah menamakan Zulkefly Mohamad Haji Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai calonnya untuk Dun Bagan Pinang. Beliau adalah calon yang sesuai kerana baru berusia 45 tahun, berkelulusan tinggi dan juga seorang ahli perniagaan.

Umno tiada modal untuk menyerang peribadi calon PAS kerana beliau bersih dari rasuah dan juga bersih daripada skandal. Secara teknikalnya, PAS telah meletakkan calon yang berwibawa untuk menghadapi Umno-Bn.

Yang nyata, PAS telah menang bagi pusingan pertama didalam pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang. Ini telah memberi satu tamparan buat Umno-Bn yang sedang bercelaru dengan menampilkan Tan Sri Isa Samad. Percalonan Tan Sri Isa Samad juga dibuat dalam keadaan 'paksarela' setelah Umno bahagian Teluk Kemang memberi tekanan kepada Najib.

Amaran yang dikeluarkan oleh Umno Teluk Kemang sekiranya Isa Samad tidak dicalonkan, mereka akan memboikot atau mengundi calon PAS jika nama Isa Samad diketepikan.

Sebenarnya Isa Samad bukanlah calon pilihan Najib kerana beliau telah terlibat dengan politik wang pada pemilihan Umno untuk jawatan Naib Presiden dan disabitkan oleh jawatankuasa displin Umno.


Percalonan Isa Samad telah ditentang kuat oleh Dr. Mahatdir dan juga ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Satu tamparan kuat ke muka Dr. Mahathir apabila nasihat beliau tidak di endahkan oleh Najib. Ini benar-benar mengecewakan Dr. Mahathir kerana pendapat beliau telah di bangkul sampahkan oleh Najib.

Yang paling gembira sekali dengan percalonan Isa Samad ialah Muhyiddin Yassin yang tidak sabar untuk ke jawatan no. satu. Bagi Muhyiddin dan Dr. Mahathir, menang atau pun kalah, Umno tetap akan di keji kerana mencalonkan seorang yang terlibat dengan rasuah.

Setelah Najib tidak mengikut nasihat Dr. Mahathir, maka orang harapan Dr. Mahathir akan berpindah kepada Muhyiddin Yassin. Sekiranya Umno-Bn kalah di Bagan Pinang, pasti Dr. Mahathir akan memulang paku buah kerasnya kepada Najib.

Maka kerja Muhyiddin Yassin akan bertambah senang untuk menganti Najib sebagai orang no.1. Ini kerana Dr. Mahathir pasti akan kedepan untuk menghentam Najib.

Nampak gayanya, terpaksalah Najib kena pergi mengadap Dr. Mahathir untuk menerangan cerita sebenar, kenapa Isa Samad di calonkan. Mungkin Dr. Mahathir akan menerima penerangan Najib berhubung isu tersebut setelah Najib mencium kaki Dr. Mahathir yang berselipar.

Umum mengetahui  Dr. Mahathir pasti akan merasakan yang beliau telah dimalukan dan dikhianati oleh Najib kerana tidak mendengar pandangan dan nasihatnya. Ini membuatkan Najib tidak duduk senang, tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang.

Disinilah peranan Rosmah Mansor amat-amat diperlukan oleh Najib, agar Rosmah dapat menggunakan segala ilmu bomoh yang beliau miliki agar dapat digunakan untuk melembutkan hati orang tua itu. Nak bomoh..... bomohlah, jangan orang tua tu jadi batu ......... dah la.

Dalam Dun Bagan Pinang, pengundi kaum India ialah seramai 20 %, sedangkan kaum India telah menolak parti MIC. Untuk mengambil hati kaum India, Dr. Mahathir telah mencadangkan agar parti Makkal Sakthi ditubuhkan dan menarik parti baru itu sebagai anak beranak Barisan Nasional.

Jika dahulu Dr. Mahathir memanggil kumpulan tersebut sebagai satu kumpulan ektrem kaum India. tetapi sekarang beliau pula yang beria-ria agar ianya didaftarkan. Ibarat 'pukul anak sendir menantu', ini membuatkan Samy Vello bertambah meluat dengan Dr. Mahathir.

Bagan Pinang akan menjadi medan percakaran sesama Umno dan MIC. Umno bercakar sesama Umno.....  MIC akan menghentam Mahathir............ Mohd Hassan, Mahathir dan Kairy akan menghentam Isa Samad......... Inilah pilihan raya kecil yang akan menyaksikan hentam menghentam sesama mereka.

Apa pun PAS dan Pakatan Rakyat tetap kena kerja kuat walau pun ada pengeseran sesama Umno. Kerana 80 % undi pos adalah milik mereka........... tetapi sekiranya Pakatan Rakyat mengambil mudah perkara tersebut, ia pasti akan merugikan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular