Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 29 September 2009

Bagan Pinang : IRC Kembali Bertapak Di Dalam PAS....

Sekumpulan anak muda radikal Islam Melayu yang belajar di Britain telah menubuhkan Suara Islam Sekembalinya ke tanah air, mereka menubuhkan Parti Negara Islam Malaysia (PNIM) tetapi ditolak pendaftarannya. Mereka bertanding dalam pilihan raya 1982 sebagai calon bebas, tetapi semuannya tewas.

Dalam pilihan raya tersebut, PAS yang sudah keluar dari BN kalah teruk, menang hanya berapa kerusi di Kelantan dan Kedah. Ketika PAS berada diluar BN sementara ABIM dan Anwar mendokong Umno, ramai anak muda radikal dari kalangan bekas Parti Negara Islam Malaysia menyertai PAS.

Bersama dengan Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Haji Hadi, mereka semua menyingkir Dato' Asri Muda untuk mewujudkan PAS dibawah kepimpinan ulama. Tuan Guru Nik Aziz dan Mustafa Ali menyokong perubahan baru ini.

Dato' Asri keluar PAS dan menubuhkan Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Pada masa itu semua ahli Parlimen PAS yang jumlahnya sedikit turut menyertai Dato' Asri, yang tinggal hanyalah Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi ahli Parlimen PAS tunggal, iaitu bagi kawasan Pengkalan Chepa. Hamim kemudian menyertai BN.

Di bawah kepimpinan Al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa yang kita sayangi, era kepimpinan ulama telah menaikkan semangat ahli-ahli PAS yang mendapat dorongan daripada aktivis-aktivis muda.

Dalam pilihan raya umum 1982, PAS berusaha menang pilihan raya dan berjaya meletakkan banyak calon di seluruh Semenanjung Malaysia, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum in.

Sebenarnya IRC mempunyai agenda yang besar sekembalinya mereka ke tanah air, dengan sikap radikalnya. Sebelum mereka menyertai PAS, mereka telah berjaya menyusup masuk ke dalam Umno. Tetapi perkara tersebut telah dapat dihidu oleh Umno.

Selepas peristiwa tersebut, mereka mula mengintai pula untuk menyusup masuk kedalam  PAS. Lama juga juga mereka memainkan peranan mereka di dalam PAS. Mereka telah cuba melangkah lebih jauh lagi untuk jawatan yang lebih tinggi.

Tetapi PAS telah dapat menghidunya lebih awal tanpa mengambil apa-apa tindakkan kerana pimpinan PAS ingan melihat sejauh mana dan apa propaganda yang akan mereka mainkan. Apabila sampai satu masa, PAS telah melihat apa yang cuba mereka lakukan terhadap parti PAS.

Lalu berlakulah satu pembersihan secara besar-besaran dengan menghalau keluar kumpulan tersebut dengan mengadakan satu muzakarah diantara kumpulan tersebut dengan Ustaz Harun Taib. Kesudahannya mereka keluar parti dan menubuhkan satu NGO yang mungkin anda pun tahu nama NGO tersebut.

Kenapa saya menungkit isu IRC ialah kerana melihat kepada isu-isu yang sedang dimainkan oleh mereka ini sama dengan apa yang mereka lakukan pada masa yang lepas. Sekarang ini mereka telah berjaya memenangi beberapa kerusi Parlimen dan juga beberapa Dun di atas tiket PAS. Mereka juga telah memainkan peranan dalam usaha mengucar-kacirkan secara diam-diam dengan menggunakan nama-nama pemimpin besar PAS. Antara gerak kerja mereka ialah :
  • Pada mula Pakatan Rakyat ingin menubuhkan kerajaan Selangor, mereka telah secara diam-diam telah mengadakan pertemuan sulit dengan Pak Lah dan Khir Toyo di Putrajaya.
  • Mereka merealisasikan sesuatu isu yang melibatkan PAS dengan bersembunyi dibelakang pucuk pimpinan PAS yang berpengaruh.
  • Mereka cuba mengangkat nama Tuan Guru Nik Aziz. Kerana itulah  kenyataan TGNA banyak diperkatakan.
  • Dulu mereka mengunakan TGHH dengan mengangkat nama TGHH, tetapi srategi tidak menjadi.
  • Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini adalah dari usaha mereka yang bersembunyi diarus media massa Umno dan mereka juga berjaya membuatkan para blogger Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri.
  • Sebagaimana pada tahun 80 an, mereka menonjolkan TGHH sebagai ikon dengan menepikan pemimpin lain. Sedangkan pada masa itu TGHH adalah pemimpin ke tiga dalam harikiri pimpinan tertinggi PAS.
  • Mereka melakukan tamrin, usrah dan takzirah bersama-sama ahli-ahli mereka sahaja.
  • Mereka hanya mensasarkan pemimpin pemimpin tertinggi PAS sahaja.
  • Mereka akan menggunakan isu-isu yang boleh membuatkan para pemimpin PAS bertelagah sesama sendiri dan kemudian mereka akan menyembunyikan diri dibelakang pemimpin tersebut.
  • Cita-cita besar mereka ialah untuk mengambil alih tampuk peringkat tertinggi PAS setelah gagal melakukannya didalam Umno.
  • Majoriti kumpulan tersebut adalah berpendidikan barat.
  • Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini adalah daripada gerak kerja mereka. Memandangkan Selangor adalah wadah terbaik buat mereka.
  • Kegiatan mereka sekarang boleh dikatakan cukup agresif selepas Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat.
  • Kebanyakkan bertumpu kepada Selangor kerana ramai ahlinya sekarang berada/tinggal di Selangor.
  • Organisasi mereka ini cukup teratur kerana mereka adalah orang-orang yang berpendidikkan tinggi yang rata-ratanya adalah pelajar dari luar negara yang bukan dari bidang agama.
  • Kebanyakkan mereka lebih suka berdamping dengan pemimpin tertinggi daripada peringkat bawahan.
Ini adalah sebahagian sahaja yang dapat saya tuliskan untuk ingatan kita semua dalam menghadapi 'gunting dalam lipatan'. Oleh itu  sebagai pendokong parti palitik yang berlandaskan, kita mestilah bersatu hati untuk menghadapi mereka.

Mereka adalah musuh yang paling bahaya, bagaikan duri dalam daging berbanding Umno-Bn yang dapat kita kenali sebagai musuh yang dapat dilihat. Orang-orang sebeginilah yang membuatkan PAS boleh lumpuh kerana mereka tidak dikenali.

Kerana mereka berdamping, makan minum, tidur sekatil, berpakaian, tutur kata dan berperwatakan sebagai ahli dan pemimpin PAS. Jika mereka duduk disebelah kita pun, kita tidak akan mengenali mereka. Mana mungkin kita akan mengenali mereka.

Sebagaimana juga penulis blog yang menyamar sebagai blogger PAS atau pun blogger Pakatan Rakyat. Hakikat sebenarnya mereka adalah talibarut Umno atau Sb-Sb yang menyusup masuk kedalan rangkaian blogger Pakatan Rakyat.

Merekalah yang sebenarnya memainkan peranan dalam merealisasikan sesuatu isu kecil menjadi besar. Kebanyakan maklumat yang media massa arus perdana mainkan sekarang ini, bagi pandangan saya adalah bersumberkan daripada mereka.

Andainya PAS ingin mendapat kembali kepercayaian daripada masyarakat Malaysia, maka satu pembersihan perlu dilakukan sebelum ianya menjadi 'Barah' yang lebih teruk. Pemimpin PAS perlu sedar, sekiranya 'Barah' tersebut tidak diubati, pasti PAS sedang berada didalam bahaya.

Tidakkah PAS pernah menghadapi senario seperti ini, maka PAS perlu melakukanya tanpa memilih siapakah mereka dan apa jawatannya di dalam PAS. Apatah lagi sekarang adalah zaman IT, ini telah memberi kelebihan kepada kumpulan ini.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular