Translate

Rabu, 9 September 2009

Bila Tok Jib Minta PAS Berunding Dengan Umno........

Dalam lawatan Tok Jib di Manek Urai dan meluluskan pembinaan jambatan Manek Urai. Apakah menunjukkan yang Umno menunaikan janjinya dalam pilihanraya kecil lepas. Apakah beliau ingat duit tu Umno punya ke.Hak rakyat mestilah dikembalikan kepada rakyat.

Beliau juga mengatakan bukan senang mentadbir sebuah negara, yang kita dah faham sangat perkara tersebut ditujukan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kelantan......... walaupun ditekan setiap penjuru oleh Umno, PAS tetap dapat mentadbir dengan elok........... tiada masaalah pun.

Apa yang menjadi masaalahnya ialah kerana Umno terlalu banyak berhutang budi kepada pelabur semasa pilihanraya, maka selepas pilihanraya mula datang beban untuk membalas balik budi yang telah banyak dicurahkan kepada BN. Kalah ke.......menang ke........ mereka apa kira........... janji bayar semula apa yang telah korni-korni mereka laburkan.

Kerana itulah Barisan Nasional telah disaman beratus juta oleh sebuah syarikat yang membekalkan segala bekalan untuk pilihanraya. Kerana itulah susahnya untuk mentadbir negara........... kerana hutang wang ringgit terlalu banyak.......... kerana itu juga kita boleh melihat jalanraya yang masih elok lagi pun diterapkan balik.

Umno-Bn sendiri yang menjadi masalah mereka kepada masaalah rakyat. Segala perbuatan mereka terpaksa rakyat yang tanggung. Seandainya Kelantan diberi kepada Umno dengan segala sekatan yang digunakan kepada PAS. Saya yakin Umno tidak akan dapat bertahan 100 hari pun, kerana Umno-Bn memerintah berlandaskan nafsu serakah mereka.

Tok Jib pun tahu apa jawapan PAS tentang isu rundingan tersebut, PAS pasti akan menolak. Maka beliau bolehlah mencanangkan keseluruh Malaysia, yang Umno betul-betul mahu rundingan tetapi ditolak oleh PAS. Itulah politik lapuk Umno yang cuba memperbodohkan rakyat. Rakyat sudah tahu bagaimana layanan Umno terhadap PAS apabila mereka menjadi kuat.

Apakah beliau ingat PAS akan lupa segala yang telah mereka lakukan terhadap PAS semasa Umno dalam keadaan lemah. PAS dengan sikap terbukanya menghulurkan tangan tanda persahabatan. Apakah yang Umno lakukan kepada PAS pada tahun 1977, selepas mereka betul-betul sudah kuat. Ditendangnya PAS daripada Barisan Nasional dan di Mageramkan Kelantan.

Umno boleh berunding dengan PAS jika mereka kembali kepada Al-Quran dan Hadis........... Apakah Umno sanggup? Buang segala sikap Assobiah yang ada pada Umno........... sanggupkah Umno melakukannya? Jawapan yang akan kita dapat ialah............ nanti nak fikir dulu............. kena tanya Big Mama........... bolehkah hidup dalam keadaan keIslaman............ Bolehkah Big Mama pakai tudung............ Kalau Big Mama setuju............ maka tiada masaalah lah............. atau pun Big Mama kena cari pereka yang dapat adakan aircond dalam telekung........... rimaslah bang.......... pakai tudung ni............. nanti orang tak nampak intan belian yang Big Mama pakai kat telinga dan kat leher............ apa-apa pun kena tunggu keputusan Big Mama dulu............ boleh atau tidak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular