Translate

Jumaat, 11 September 2009

Ok.....Zambry........ Jom Kita Kosongkan Pejabat Menteri Besar......

Apabila berlakunya keputusan mahkamah tentang sesuatu perkara yang melibatkan krisis politik Perak, Zambry akan menyuruh Pakatan Rakyat menghormati undang-undang. Memandangkan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, menyatakan sesiapa tidak boleh mempertikaikan akan apa jua yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebagaimana mereka telah menyuruh pihak Pakatan Rakyat menghormati Mahkamah, maka perkara itu mestilah di kotakan. Kita tidak akan mengira susunan huruf yang sekarang ini berada dihuruf " P ", maka kita akan bermula dari huruf " A " semula. Kerana "Krisis Perlembagaan Perak" bermula dengan huruf "A" iaitu pengumuman oleh Speaker mengenai pengosongan 3 kerusi DUN iaitu, Jelapang(Y.B.Hee), Changkat Jering(Y.B.Jailu), Behrang(Y.B.Jamaluddin).

Diikuti pula dengan 6 exco daripada Barisan Nasional yang diketuai oleh M.B. Haram Datuk Zambry, yang menjadikan jumlah nya 9 adun dari BN dan adun katak. Maka disini Umno-Bn telah hilang majoriti kerana mereka hanya mempunyai 22 adun yang sah sahaja di dalam DUN Perak.

Oleh itu............ tunggu apa lagi........... angkat kaki cabut lah............. atau nak diberikan sedikit lagi masa untuk bermenung............. melihat untung nasib................ sebagaimana yang telah dilakukan oleh mantan MB Perak ................ Tajul Rosli................... tak ape.......... dudklah sepuas-puas hati kamu.............. dan lepas itu jangan lupa serah kunci rumah........... kunci pejabat dan kunci kereta............. satu lagi.......... kut-kut lupa .............. perkataan Y.A.B. perlu diganti............... kamu dah jadi adu biasa dah.............. SUK pulak, apa lagi terkebil-kebil........... jalankan tugas kamu tu.

Polis pula............ bila nak penjarakan Y.B. Hee............... jangan nak mandai-mandai pilih kasih. Hukuman dah dijatuhkan................ Penjara Kajang dah sedia ke............. ni nak hantar Y.B.Perak berehat dan makan angin kat dalam.. Ganesan pula bagaimana................ dah ada hujah ke nak mempertahankan diri............. tak ape............. kamukan lawyer............... jangan jadi lawyer buruk dahlah..

Yang sakit hati sekali ialah DS Najib, kerana perlaburannya tidak membuahkan hasil. Yang pasti bayaran kepada 2 ekor katak akan ditahan kerana kerajaan tidak boleh dipertahankan. Mesti mereka cukup-cukup bengang, dah bayaran yang dijanjikankan itu tidak dibayar secara penuh, tetapi dibayar secara ansuran sebanyak RM 100,000 sebulan.

Yang bernasib baik ialah Y.B. Hee, kerana beliau dibayar oleh kroni perniagaan cina, mesti dapat penuh juta-juta. Kesian 2 katak Changkat Jering dan Behrang terpaksa gigit jari. Padan dengan muka yang mengkhianati pengundi mereka sendiri kerana terlalu mengejar kekayaan daripada malakukan kebajikan kepada pengundi-pengundi mereka.

Senang-senang dapat RM 30,000 sebulan, sekarang habuk pun tak ada. Itulah kerana terlalu tamak, macam perpatah kata ' orang tamak selalu rugi '............ Padan dengan muka mereka. Orang nak berpolitik, mereka pun nak berpolitik juga. Sekarang baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular