Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 23 September 2009

Bagan Pinang : Isa.....Calon Salah Tak Calon Pun Salah.

Umno semakin pening kepala dengan calon Bagan Pinang kerana sedang main tarik tali dengan Umno bahagian Teluk Kemang. Najib mula pening kepala setelah Mahathir dahulu yang nampak anak bulan dengan memberi mesejnya yang Isa tidak sesuai untuk calon BN, kerana Bagan Pinang pasti akan menjadi 'Bulan Penuh'.

Ini kerana rekod tercalar yang ada pada Isa tentang politik wang yang membawa pengantungannya selama enam tahun tidak dibenarkan aktif dalam politik Umno. Setelah beliau membuat rayuan, ianya dikurangkan selama tiga tahun. Ketika itu beliau bertanding sebagai Naib Presiden Umno.

Sekarang beliau sedang bekerja keras untuk giat kembali dalam Umno dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Teluk Kemang. Dikatakan bahawa beliau mendapat sokongan penuh Umno Teluk Kemang sebagai calon tunggal untuk Dun Bagan Pinang.

Yang pasti tindakkan tersebut tidak disenangi oleh kem sisa peninggalan Pak Lah, iaitu Mohd Hassan dan Khairy. Jika Isa diberi peluang, maka akan tergugat masa depan politik baka peninggalan Pak Lah itu. Kerana kedua-duanya naik pun kerana pengaruh Pak Lah, maka akan terjadilah politik cantas mencantas.

Memandangkan Isa masih lagi berbisa di negeri kelahirannya itu, dicalon atau pun tidak, Umno tetap akan tergugat. Sekarang ini pun Najib sedang melakukan pembersihan dalam Umno dengan meminggirkan orang-orang Pak Lah.

Apakah Mohd Hassan dan Khairy akan membiarkan Isa bangkit kembali untuk menggugat mereka. Dan Isa pula bukan orang baru dalam arena politik Umno. Beliau penuh menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Menteri kabinet.

Apakah beliau akan mengalah dengan budak-budak yang belum kering lagi tandatangan dalam Umno. Beliau  yang cukup mahir dengan sepak terajang politik Umno, pasti tidak akan membiarkan karier politiknya terus malap. Kalau tak.............. takkan Umno Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan beliau sebagai calon tunggal.

Sekarang pun Khairy sedang berada dalam kepanasan setelah bapa mentuanya tidak lagi berkuasa. Pengaruhnya sudah mula hilang, taringnya pun sudah patah, suara sudah kurang kedengaran dan langkah silatnya pun sudah sumbang.......... Singa sudah menjadi tikus.

Semasa menjadi naib ketua pemuda Umno, beliau lebih lantang daripada ketuanya sendiri. Hinggakan ada suara-suara yang mengatakan bahawa beliau ketua dan Hishamuddin naib ketua.Kalau kemana-mana sahaja, polis pengiring pun hampir mengalah Pak Mentua.

Boleh dilihat bagaimana berlagaknya beliau menggunakan jentera kerajaan yang mana gaji-gaji mereka dibayar oleh rakyat, sedangkan beliau tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.Kroni-kroninya cukup berkuasa dalam memberi arahan, atau dipanggil 'Arahan Dari Tingkap Empat'.

Salah satu punca Pak Lah terpaksa meletak jawatan lebih awal, selepas dikritik hebat oleh Mahathir. Budak hingusan yang berlagak pandai, menggunakan kedudukkan sebagai menantu Pak Lah dalam membawa hala tuju negara.

Setelah Pak Lah terpaksa bersara awal, inilah masanya Mahathir untuk membalas dendam yang selama ini dipendamkan. Kerana itulah beliau tidak dilantik menjadi Menteri sedangkan yang kalah dan timbalannya pun diberi jawatan sebagai Timbalan Menteri. 

Itu adalah satu mesej buat beliau daripada Mahathir dengan melantik anaknya yang kalah kepada Khairy sebagai Timbalan Menteri. Cara mesej diberikan pun boleh dikatakan agak memalukan, yang mana ayat sebenarnya ialah 'Berambus Engkau Bersama Budak Tingkat Empat'.

Najib pasti akan mendengar dan mematuhi signal yang telah diberikan oleh Mahathir, MahaSifu yang telah membantu Najib ke jawatan Perdana Menteri. Selagi MahaSifu masih ada, selagi itulah Najib akan menjadi boneka. Walau pun sebenarnya Najib sendiri tidak suka menjadi boneka MahaSifu.

Mungkin Najib akan mengikut arahan MahaSifu buat sementara kerana beliau tahu, MahaSifu sekarang dah berumur 82 tahun. Dah tua dah, cuma tunggu masa aje maka terpaksalah Najib mengeluarkan ilmu yang beliau miliki iaitu 'Sabaaaaaaaaaaaaar'. Sikap yang hanya ada pada Najib sahaja, tidak pada orang lain.

Tetapi beliau kena faham, kerana sikap itulah yang membuatkan beliau tetap menjadi orang nombor dua walaupun MahaSifu telah tiada. Ini telah pun diterjemahkan oleh ramai penulis akan makna BN, iaitu 'BiniNajib'.

Kerana itu juga menang atau kalah, Pakatan Rakyat tetap bergaya. Kalah kerana Bagan Pinang adalah kubu pos buat BN. Jika Pakatan Rakyat Menang atau dapat mengurangkan majoriti BN, maka rakyat yang menghantar mesej bahawa Umno-Bn akan ditalkinkan oleh rakyat dalam PRU 13 nanti.

Jika teori 'RAHMAN' dalam politik Umno-Bn dan Malaysia itu benar, maka Umno-Bn akan menjadi pembangkang dalam PRU 13 nanti. Ini kerana Najib adalah penutupnya teori tersebut dan Rosmah terpaksa berjumpa semula dengan 'bomoh' untuk mengetahui untung nasib sebagai 'Wanita Pertama' yang menjadi 'Si Tanggang Moden'.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular