Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 6 September 2009

Tanda-Tanda Jatuhnya Sesebuah Kerajaan...........

Apabila sesebuah kerajaan (yang didukung oleh sesebuah parti politik) menunjukkan tanda-tanda menuju kehancuran, maka terdapat beberapa tanda-tandanya. Diantara tanda-tanda tersebut ialah :
  • Mereka mula belajar melakukan demontrasi dijalanan tanpa mendapat sokongan.
  • Mereka mula melakukan provokasi terhadap parti yang menjadi lawannya.
  • Para-para pemimpinnya mula merampu-rampu.
  • Mula mengeluarkan simpanan keluar negara.
  • Mula memperbaharui passport antarabangsa mereka.
  • Mula mencari agen hartanah.
  • Mula melakukan sikap yang lebih agresif.
  • Memindah milikkan harta kepada anak, isteri dan saudara mara yang paling dipercayai.
  • Mula takut untuk berjumpa dengan warga kawasan yang mereka wakili.
  • Menghantar kaki-kaki pukul yang berperwatakan garang (biar pun sebenarnya penakut yakni berani kerana ramai).
  • Mula berbincang dengan para peguam mengenai negara-negara yang tidak mempunyai perjanjian penhantaran pulang pelaku kesalahan.
  • Mula menunjukkan sikap kedekut yang tidak mereka lakukan semasa berasa dipuncak kekuasaan.
  • Semakin ramai yang telah berjumpa Pakar Psikiatri.
  • Mula menunjukkan simptom-simptom keresahan.
  • Mula mengigau semasa tidur disiang hari mahu pun di waktu malam.
  • Mula bermimpi yang bukan-bukan.
Sekiranya para pemimpin-pemimpin Umno-Bn menghadapi salah satu simptom yang tersebut di atas, maka mereka telah berada di dalam bahaya untuk hala tuju  politik mereka. Maka apa yang patut mereka lakukan bermula dari sekarang ialah belajar Ilmu Ghaib yang dimiliki oleh Boss mereka sendiri iaitu Tok Jib. 
Andainya Tok Jib tidak mahu mengambil anda sebagai anak murid (kerana beliau pun terpaksa ulangkaji balik ilmu yang beliau miliki itu, kut-kut ilmu itu tak menjadi dikala berada didalam keadaan kelam kabut), maka jalan keluar terbaik bungkus pakaian yang seadanya, tak perlu bawa banyak sangat takut susah nak angkut nanti. 
Dan jangan lupa sediakan makanan dalam tin kerana tempat persembunyian anda didalam gua. Ia adalah tempat yang paling sesuai. Dan satu nasihat saya yang anda mesti petuhi, ialah jangan sesekali bawa parpukari.
Alamat kebuluranlah anda............ anda lihatlah sendiri tubuh dia macam mana............. anda baru makan 2 keping roti.................. dia dah tibai 20 keping.............. itu pun dia baru rasa............ bukan makan lagi............. alamatnya ............. kalau bahan makanan tersebut untuk setengah tahun............... dapat kat parpukari............... comfirm 2 minggu habis.............. so.................. jika anda tengok sahaja parpukari........ anda dinasihatkan lari sekuat hati anda............... kerana parpukari memang jenis tak boleh lari laju............. pasal masalah perut dia tu............. dua kali lebih berat daripada badannya yang sebenar.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular