Dipetik Oleh : setiaPemuda
Berat
rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah
Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang menulis perkara tersebut. Saya
masih cuba bersangka baik bahawa Tuan Guru diserabutkan oleh
pandangan-pandangan sekeliling yang masih membesar-besarkan isu
“perpaduan melayu Islam” atau “pimpinan pas yang pro
umno”.
Terasa amat terkilan apabila TGNA yang memulakan
kehangatan ini. Mula-mula dulu, isu “kerajaan perpaduan”,
kemudian isu “ustaz Nasha” sekarang timbul pula isu yang
baru Bagi TGNAA yang berada di peringkat atasan atau pembesar-pembesar
PAS Kelantan mungkin tak rasa apa-apa menimbul dan membesarkan
perkara-perkara seperti ini, tetapi bagi kami ahli PAS di peringkat
bawahan amat terasa kesannya. Lemah rasa nak menggerakkan aktiviti
tarbiyah jika pimpinan sendiri bercelaru. Tak upaya rasanya nak
menggerakkan organisasi cawangan mahu pun kawasan apabila tengok
karenah pimpinan yang sepertinya bertelagah.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menulis beberapa perkara :
1.
Jangan ada sesiapa yang marah kalau ramai ahli yang kritik atau tegur
TGNA selepas ini kerana tulisan beliau sendiri telah mendatangkan dalil
bahawa harus malah dituntut untuk mengkritik dan menegur pemimpin malah
Nabi sendiri pun ditegur oleh Allah s.w.t.
2. TGNA lebih merujuk
kepada tulisan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menulis tentang - antara
faktor kekalahan PAS di Bagan Pinang ialah isu-isu di Selangor
disamping adanya pimpinan PAS yang dilihat pro-UMNO dengan menyebut
beberapa nama seperti Dr Hasan Ali, Ust Nasha dan Tuan Guru Haji Abdul
Hadi (TGHH). Sedangkan pandangan tersebut telah dijawab dan disangkal
oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden), Dato’ Mustafa
Ali (Setiausaha Agung), Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan) yang
merupakan anggota dewan harian PAS Pusat.
3. Lebih menarik untuk
dibincangkan bahawa pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari ini selari (atau
mungkin merujuk) kepada beberapa pandangan pimpinan PAS seperti Dr
Dzulkifly (yang tidak lagi dilantik sebagai Pengarah PPP) dan Ir Khalid
Samad (dipecat dari jawatan Timb. Pesuruhjaya PAS Selangor) yang memang
kita ketahui sangat kontroversi di kalangan ahli PAS. Di sinilah
menariknya untuk dibuat kajian.
4. Saya rasa, dari sekadar
menerima pandangan Anuar Bakri dan beberapa pembesar PAS Kelantan dalam
isu ada pimpinan PAS yang Pro-UMNO ini, ada baiknya juga TGNA dan ahli
PAS sekalian membuat beberapa penelitian terhadap maklumat-maklumat
berikut (maaf jika tidak berdasarkan siasatan rapi, cuma sekadar
pandangan macam Prof Dr Aziz Bari juga) :
- Seperti adanya
perancangan tertentu dari kalangan pimpinan baru PAS (yang timbul
selepas era reformasi) yang tidak “sejiwa” dengan pimpinan
yang sebati dengan PAS semenjak dari awal seperti Dr Dzulkefly (bekas
pimpinan IRC), Dr Mujahid Yusuf Rawa (JIM/alami), Dr Lo’
Lo’ (JIM), Dr Mariah (JIM), Dato Jaafar Kamaruddin
(ABIM-Pro-Anwar) dan lain-lain.
- Dr Dzulkefly dan Dr Mujahid
Yusud Rawa adalah orang kuat IRC/JIM/alami yang terlibat dengan program
“Indimaj” – penggabungan antara jamaah fikrah ikhwan
di Malaysia. Mereka ini memang ada krisis dengan jamaah mereka yang
sebelumnya kerana mempelopori pendekatan yang kononnya
“dinamik” sementara geng-geng yang pro fikrah Ikhwan ni
ingin menjaga ketulinan jamaah. Sekarang mereka bawa masalah dalam PAS
juga dengan idea “dinamik” kononnya.
- Dr Mariah
juga bermasalah dengan PAS kawasannya menurut sumber yang saya
perolehi. Dia sepertinya hanya beranggapan PAS ini adalah sebuah
gerakan politik bukan gerakan tarbiyah. Dia hanya melibatkan diri
dengan aktiviti politik PAS, tetapi tidak terlibat dengan usrah kawasan
atau muslimat PAS.
5. Jika kita meneliti dari masa ke semasa
perkembangan dalam PAS, kita juga akan dapat melihat bila timbulnya isu
puak Erdogan dan puak Erbakan dalam PAS. Ia bermula dari lawatan rasmi
Pimpinan PAS ke Turkey. Di sana Dr. Dzul bersama Hanifa Maidin telah
mengadakan dialog dengan AKP dan Refah. Dr. Dzul menyatakan bahawa jika
situasi di Turki berlaku di Malaysia, PAS akan memilih cara pendekatan
AKP pimpinan Erdogan. Benarkan PAS akan memilih pendekatan tersebut
atau Dr Dzul sahaja? Ikhwan Muslimin pun ada mengkritik, menegur dan
memberi nasihat kepada AKP yang dilihat agak liberal dalam
pendekatannya yang dibimbangi akan melangkahi prinsip Islam.
6.
Dalam pemilihan pimpinan PAS tahun 2004 di Kelantan, tersebar ketika
itu adanya gerakan dari kumpulan ini yang diistilahkan oleh sesetengah
perwakilan sebagai “anai-anai” yang mengangkat Ustaz
Nasharuddin bagi mencabar Ustaz Hasan Syukri selaku Timbalan Presiden.
Pada waktu itu, mereka melihat Ustaz Nasharuddin sebagai anak didik
Ustaz Fadhil Noor adalah “pembuka jalan” kepada mereka di
dalam tampuk kepimpinan PAS. Pada ketika itu juga “mereka”
mencalonkan Ustazah Azizah dari Pahang untuk mencabar Ustazah Fatimah
(isteri Ustaz Harun Taib) selaku Ketua Muslimat. Anda boleh melihat
sewaktu Ustazah Azizah menjadi ketua muslimat, wajah siapa yang lebih
menonjol dalam Harakah dan program muslimat, kalau tidak wajah Dr
Mariah dan gengnya.
7. Tetapi, setelah Ustaz Nasharuddin
memegang jawatan tersebut, beliau rupanya tidak dapat dimanfaatkan oleh
“geng anai-anai” tersebut lantaran beliau adalah pemimpin
yang faham dan melalui tarbiyah jamaah semasa di peringkat kampusnya
dahulu. Akhirnya kumpulan ini merancang agenda seterusnya. Namun
Alhamdulillah, ahli PAS yang ditarbiyah dengan tarbiyah PAS menyedari
rentak tari yang semakin tampak sumbangnya itu.
Dalam pemilihan
2006 juga di Kelantan (rasanya), ahli yang pro tarbiyah PAS ini
mencalonkan Ustazah Nuridah Salleh dan Wan Hasrina bagi mencabar
Ustazah Azizah dan Dr Lo’ Lo’. Dr Mariah telah dikalahkan
di peringkat kawasan lagi. Sementara untuk menunjukkan PAS ini tidak
boleh dikawal oleh “anai-anai” tersebut, pihak pro Tarbiyah
PAS ini mencalonkan Ustaz Harun Taib bagi mencabar Ustaz Nasharuddin
walaupun sebenarnya mereka tidak pun berhasrat menaikkan Ustaz Harun
sebagai Timbalan Presiden. Pencalonan itu hanya sebagai petunjuk dan
amaran kepada puak “anai-anai” ini.
8. Geng
“anai-anai” ini kemudiannya menyusun kembali agenda mereka.
Nampaknya, mereka tidak mungkin mampu menggugat pemimpin senior dalam
PAS yang sejati dan sebati ini. Maka idea “dinamik” mereka
itu tidak dapat dilaksanakan. Pendekatan seterusnya ialah dengan
menonjolkan “pemimpin muda” lain dalam PAS yang boleh
dikawal oleh mereka. Dato’ Husam Musa adalah tokoh yang dilihat
sebagai peluang mereka seterusnya. Selain dari dokongan
pembesar-pembesar Kelantan, Husam adalah “penyejuk mata”
kepada TGNA. Orang yang mungkin dilibatkan sama dalam permainan ini
ialah Annuar Bakri, selaku pembantu dan pendamping TGNA.
Selepas
PRU 2008, dengan jawatan sebagai ahli parlimen dan ahli dewan undangan
negeri, YB-YB geng 'anai-anai' ini merangka kembali agenda besar
mereka. Ketika inilah menonjolnya seorang tokoh lama PAS yang
sebelumnya “bertapa” kemudian dengan kemenangan sebagai AP
Shah Alam, merasa besar kepala apabila di kelilingi oleh
“anai-anai” ini.
9. Dalam pemilihan PAS 2009, agenda
mereka ialah menaikkan tokoh-tokoh baru ini. Perancangan pertama
menurunkan Ustaz Nasharuddin dan bonusnya ialah jika boleh menjatuhkan
TG Haji Abdul Hadi. Demi menjaga sentimen ahli PAS yang sangat kasih
terhadap Tok Guru Haji Abdul Hadi, maka mereka melalui Husam Musa dan
pembesar PAS Kelantan beserta sentimen kenegerian Kelantan-Terengganu
telah secara halus melibatkan TG Nik Abdul Aziz.
Mereka
memanfaatkan sepenuhnya kekangan yang ada pada TG Nik Abdul Aziz yang
sering uzur serta sikap sangat percaya beliau kepada orang bawahannya
di Kelantan, untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Di sini
barulah TG Nik Abdul Aziz terlibat. Kalau ahli PAS sekalian mendampingi
Tuan Guru dengan dekat, tuan-tuan akan menyedari kekangan ini. Mungkin
inilah jua yang cuba diluahkan oleh anak beliau, Nik Abduh dalam
tulisannya yang kontroversi dulu, tetapi beliau dihentam hebat.
TGNA
sebenarnya sangat uzur. Lihatlah ketika beliau menyampaikan kuliah di
Masjidnya setiap selepas Subuh Jumaat. Tidak sedikit dari urusan
kerjanya diwakilkan kepada pembantu-pembantunya di Kelantan. Beliau
memang sudah sesuai untuk berehat. Tetapi, situasi PAS dan rakyat di
Kelantan masih memerlukan pengaruh beliau. Tidak perlulah kita
membesarkan tentang kroniknya PAS Kelantan dengan “klik”
dan “puak”nya. Malah ada pemerhati yang memberi pandangan
bahawa faktor kekalahan wakil PAS dalam Muktamar yang lepas adalah
kerana “klik” sesama Kelantan inilah, bukan kerana faktor
luar. Masalah ini memerlukan perlunya TGNA di Kelantan.
10. Saya
sangat bersangka baik bahawa TGNA, Dato’ Husam Musa, Ir Khalid
Samad, Dr Hatta dan lain-lainnya bukanlah pemain wayang kulit sebenar.
Bagi saya mereka ini orang baik yang mungkin secara tidak disedari,
terpengaruh dengan geng 'anai-anai' tadi. Pemain yang sebenar adalah
penama 'anai-anai' yang saya sebutkan tadi. Mungkin sahaja mereka
menafikan. Kalau mereka nafikan, ini bermakna mereka semakin sebati
dengan anai-anai tadi.
11. Pada pandangan saya, Muktamar Khas
tidak perlu diadakan kerana ahli telah membuat keputusannya dalam
muktamar yang lepas. Yang terpilih sudah terpilih. Hormatilah keputusan
ahli. Ahli telah menghantar isyarat yang jelas bahawa mereka masih
inginkan TG Haji Abdul Hadi memimpin PAS. Mereka masih mahukan Ustaz
Nasharuddin memimpin PAS. Ahli juga telah memberi isyarat bahawa mereka
suka dengan pimpinan yang komit dan setia seperti Ustaz Tuan Ibrahim,
Saudara Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Ustaz Idris, Ustaz Nasarudin
Tantawi, Ustazah Nuridah dan sebagainya. Tunggulah tahun 2011, kita
buat pemilihan baru.
12. Maafkan saya kerana tegar menulis
perkara ini yang mungkin berbentuk kritikan dan mungkin berbentuk
pembongkaran isu dalaman parti. Saya berani berbuat demikian kereka
saya mencontohi teladan yang telah ditunjukkan oleh TG Nik Abdul Aziz.
Dulu saya hanya memendamnya dan mendiamkan diri kerana mencontohi TG
Haji Abdul Hadi, hari ini saya cuba pula mencontohi TG Nik Abdul Aziz
dalam berterus terang dan menegur.
Saya tidak tahu apa hasil
dari tulisan ini. Saya harap ada sesuatu yang dapat kita beri
perhatian, khususnya ahli-ahli PAS. Semoga tulisan ini tidak
menggemparkan seperti gemparnya tulisan Tok Guru tersebut. (PKKK)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini membe...
-
(Penduduk Permaisuri menangis akibat banjir yang jarang mereka alami sebelum ini) Projek udang di Kerpan, Kedah telah menyebabkan rakyatnya...
-
Barisan Nasional (BN) diramal mempertahankan kuasa pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini namun Pakatan Rakyat dilihat terus memberi sai...
-
Setelah melihat media elektronik dan media cetak pencacai semakin agresif menyebarkan fitnah terhadap Pakatan, maka dengan satu persetujua...
-
Ia salah seorang sufi besar yang suka mengembara untuk berburu ilmu dan kebenaran. Dialah pencetus paham Isyraq, “Kerinduan pada Allah”. Di...
-
Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyoko...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
Kalau hendak menipu biar kena pada caranya apabila pasaraya Mydin menyatakan mengalami kerugian RM 300,000. Maka kita belajar ilmu kira-kira...
3 ulasan:
takkala ubn sdg mencari kekuatan,para pemimpin pas sedang menyalahkan satu sama lain plk...aku rasa perlu kurangkan pemimpin atasan pas d kalangan pemimpin dr negeri trganu...kerana kepimpinan mereka d tolak rakyat d negeri mereka sendiri..aku rasa satu kesilapan pas melantik mustafa ali menjadi stagung..kerana dia tlh gagal d negeri sendiri
Inilah warisan yang ditinggalkan hasil didikan Umno. Darimana hang mendapat maklumat yang rakyat terengganu menolak pimpinan PAS Terengganu. Apakah hang hanya mengira tentang kegagalan PAs Terengganu pada PRU 12. Hang tahu ke yang terengganu adalah kubu Umno. Jika tak tahu jangan bercakap. Dalam PRU 12 lah pengundi hantu dari Selangor, P.Pinang, Kedah, Wilayah dan Perak, pergi serang Terengganu, kalau tak jangan harap Selangor, Wilayah, kedah, Peran dan P.Pinang dapat kat PR. Kerana Jasa PAS Terengganulah Pakatan dapat 5 negeri. Jika tak tahu strategi politik baik diam. Jangan nak tunjuk cerdik sedangkan sebenarnya hang bukan tahu sangat sepak terajang politik.
adakah selngor,kedah,perak,p.p ,wilayah 2 kubu kuat pr!aku dpt dr org2 trganu sendiri...jgn rasa hang saja yg pandai..kepimpinan mustafa ali 2 yg nmpak pro ubn,yg pernah d tegur tgna
Catat Ulasan