Translate

Selasa, 20 Oktober 2009

Bolehkah Dewan Ulama Umno Menasihat Pemimpin Mereka.....

Ini adalah satu laporan polis yang telah dibuat oleh DSAI selepas beliau di pecat dari jawatan TPM. Lapuran polis Anwar terhadap Mahathir, Mohtar Abdullah dan Abdul Ghani Patail pada 9 Julai 1999, balai polis Dang Wangi dengan report yang bernombor 20255/99.

Saya merujuk kepada dokumen Bahagian Pendakwaan, Jabatan Negara bertarikh 14 Mac 1995 yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Patail. Dokumen tersebut telah diserahkan kepada saya oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah disekitar akhir 1995.


Dokumen tersebut menjelaskan bahawa terdapat asas prima facie mengenakan pertuduhan lima kes rasuah terhadap Dato' Paduka Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Perindustrian menurut Seksyen 2(2) Ordinan 22, Peraturan Perlu, 1970.


Peguam Negara berpuashati dengan siasatan yang dijalankan oleh SPR(SPRM) dan beliau bersedia dengan pertuduhan terhadap Dato' Paduka Rafidah Aziz. Pertuduhan tersebut sepertimana yang tertera didalam dokumen dapat dirumus seperti berikut :
  1. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputera MITI beliau telah meluluskan 1.5 juta saham dalam Leader Univesal Holdings Bhd. kepada menantunya, Fazrin Azwar bin Mohd Nor;
  2. Beliau meluluskan permohonan Fazrin Azwar bagi menjual 450,000 unit saham tersebut;
  3. Beliau meluluskan permohonan Fazrin Azwar bagi menjual 315,000 unit saham tersebut;
  4. Beliau meluluskan permohonan Fazrin Azwar bagi menjual 335,000 unit saham tersebut;
  5. Beliau meluluskan pembahagian 4,173,910 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar.
Pertuduhan tersebut telah tidak diteruskan akibat campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, menyebabkan pendakwaan terhadap Dato' Paduka Rafidah Aziz belum dapat disempurnakan. Namun, kegagalan berbuat demikian, sepertimana diperuntukkan oleh undang-undang bermakna Datuk Seri Dr. Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah dan Abdul Ghani Patail telah mencemar matlamat keadilan dan melanggar peruntukkan undang-undang.


Dengan ini saya kepilkan dokumen tersebut yang bertarikh 14 Mac 1995 sebagai bukti/keterangan dan eksibit satu laporan polis dan kenyataan penjelasan saya bertarikh 9 Julai 1999 sebagai sebahagian dari laporan polis di sini.


Anwar Ibrahim
9/7/99

Tidakkah suatu perkara yang memalukan apabila raja rasuah (Dr.Mahathir) boleh bercakap tentang rasuah yang dilakukan oleh Tan Sri Isa Samad. Bolehkah Dewan Ulama Umno yang akan ditubuhkan memberi nasihat kepada pemimpin Umno.

Sedangkan rasuah dan Umno tidak dapat dipisahkan bagaikan irama dan lagu, isi dan kuku, kerana tanpa rasuah maka hancurlah parti. Mungkin juga ketua ulamanya ialah Datuk Firdaus, pakar dalam menendang peti undi. Maka Dewan Ulama Umno mungkin akan menjadi patung buat Umno yang boleh melihat tetapi tidak boleh menasihat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular