Translate

Isnin, 26 Oktober 2009

Umno Menuduh TGNA Untuk Mengampu Panglima Imelda Rosmah.....

Masa sudah tiba bagi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berundur kerana beliau sudah tidak lagi relevan kalangan pemimpin generasi muda Pas, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, Nik Aziz sudah ketinggalan zaman dan politik Menteri Besar Kelantan itu sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.

Ini terbukti apabila semakin ramai pemimpin Pas tidak mendengar cakap beliau terutama mengenai cadangannya untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Pas yang tidak mendapat sokongan.(Berita Harian)


Ulasan Musafirlalu.............

Terima kasih buat Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi diatas cadangan anda itu. Siapakah sebenarnya yang ketinggalan zaman, TGNA atau pun Umno yang telah menjadikan parti Umno milik keluarga.

Apakah beliau menyamakan  PAS dengan Umno, sedangkan Umno berjuang atas dasar Assobiah tetapi PAS berjuang di atas dasar Islam. Disitulah berlakunya pertembungan diantara Islam dengan sekular. Maka bagi perjuangan Islam, tiada masa rehat selagi hayat dikandung badan.

Dalam sejarah, Islam tidak pernah ketinggalan zaman kerana Islam boleh berada dimana-mana zaman. Tidak bagi ideologi sekularisme, sosialis, kapitalis, komunis dan bermacam-macam aliran yang hanya mengikut kesesuaian zaman.

Oleh itu siapakah yang sesuai memegang tampuk pemerintah dengan peredaran masa buat masa sekarang ini, adakah 'Laki Najib' atau pun 'Isteri Rosmah'. Mungkin bagi Mohd Fuad, 'Laki Najib' si Panglima yang sedang mengira peruntukkan RM 100 juta paling sesuai.

Beliau mengira apa yang berlaku di dalam PAS sekarang ini telah mengurangkan pengaruh TGNA tanpa mengambil kira keadaan yang sebenar. Jika tidak tahu jangan buat-buat tahu dan memberi ulasan tanpa mendapat sumber yang betul.

Oleh itu yang patut dibersarakan ialah Umno yang di pimpin oleh 'Laki Najib' yang baru mendapat gelaran Panglima. Jika tidak Malaysia akan menjadi seperti era pemerintahan Marcos di Filipina kerana tanda-tandanya sudah mula kelihatan.

Malaysia akan bakal memiliki Imelda Rosmah, pemerintah yang mencuri harta rakyat. Ini boleh dilihat bagaimana cara Imelda Rosmah berbelanja semasa di Hong Kong dan yang terbaru semasa kerajaan Malaysia membuat pameran di Amerika Syarikat.

Semua orang tahu akan cerita tersebut, hinggakan staf-staf kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat naik meluat dengan gelagatnya berbelanja. Siapa yang memberi beliau maklumat yang PAS telah berpecah dan TGNA dibelakangi oleh sesetengah pucuk pimpinan PAS.

Sebenarnya tuduhan yang dilemparkan oleh Mohd Fuad, terkena kepada batang hidung Umno sendiri. Yang mana telah berlaku sedikit komplot untuk menjatuhkan 'Laki Najib'. Mereka mula merasakan bahawa Malaysia akan bermasaalah sekiranya ia dibiarkan tanpa mengambil apa-apa tindakkan. Sekarang ini pun beliau telah mula mengawal tingkat empat dengan menyingkir geng-geng Khairy.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular