Translate

Rabu, 4 November 2009

Bila Orang Menanya tentang Isu Dr. Asri dan Isu Kerajaan Selangor Dan Kerajaan Perpaduan........ Ini Jawab Saya.

Ini adalah jawapan peribadi saya sebagai penulis blog mengikut pandangan saya sendiri. Berkenaan isu yang dibangkit tentang Dr. Mohd Asri, saya telah nukilkan tulisan yang bertajuk.... Dr. Asri.... Kembara Ilmu Ke India.

Saya merasakan apa yang telah saya tulis itu banyak menjawab akan persoalan berkaitan  dengan pegangan sebenar Ilmu yang menjadi pengangan beliau. Saya mengharapkan yang bertanya dapat membaca coretan tersebut dengan hati yang terbuka.

Tentang penangkapan yang telah dilakukan oleh pihak JAIS, orang patut ditanya dan selayaknya menjawabnya ialah Pengarah JAIS, Jawi dan Mufti Wilayah Persekutuan. Itulah orang-orang yang mengetahuan kisah sebenar tentang penangkapan yang bagi pendapat saya ialah amat memalukan.

Lebih malang lagi, tiada pertuduhan daripada penangkapan tersebut. Ada juga alasan yang diberikan oleh pihak tertentu, umpama melapas batuk ditangga.. Jika nak kata hairan, simpan sahajalah persoalan tersebut, perkara ini boleh ditanya kepada Shahidan Kassin yang terang-terang mengaku sebagai penganut Mazhab Wahhabi.

Tidakkah perkara yang sama pernah berlaku terhadap almarhum SS Ustaz Ishak Baharon yang amat disayangi. Sedangkan beliau lagi lah........ bekas Mufti Selangor yang cukup dibenci oleh Mahathir. Sihinggakan kontrak beliau pun dipermain-mainkan oleh kerajaan Selangor.

Semua rakyat Selangor dan Malaysia tahu akan peribadi beliau yang cukup lembut, berbudi bahasa,  bersopan santun, tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, apabila menegur kerajaan pun secara berlapik. Orang macam itu punya baik dan warak pun dijadikan musuh oleh kerajaan Umno sampai akhir hayat.

Jadi usahlah mempercayai apa sahaja alasan yang diberikan oleh Umno berkaitan penangkapan Dr. Mohd Asri. Apabila ada pihak mempertikaikan tentang ijazah beliau............... itu yang melucukan. Apakah Umno mengira Sahidan Kassin begitu bodoh untuk melantik seorang Mufti tanpa melakukan beberbagai tapisan demi tapisan.

Kerana kelayakkan beliaulah yang membuatkan Sahidan Kassim bersetuju dengan pelantikkannya sebagai Mufti Perlis. Apa yang berlaku kepada Dr. Mohd Asri adalah tangkapan bermotifkan politik. Apatah lagi dengan lawatan Dr. Harun Taib kerumah Dr. Mohd Asri baru-baru ini.

Inilah yang membawa ketakutan buat Umno yang melihat kepada pengaruh yang ada pada Dr. Mohd Asri. Antaranya ialah beliau masih lagi muda dan syarahan yang dilakukan oleh beliau dapat menarik anak-anak muda untuk mendekatkan diri kepada Islam.

Bagi saya.... percaturan yang dilakukan oleh Umno  kepada Dr. Mohd Asri, secara mendadak telah membuatkan beliau menjadi lebih terkenal. inilah sikap Umno dari dulu, sekarang dan selama-lamanya (kalau ada umur panjang), yang selalu tergesa-gesa yang usaha mereka untuk melakukan sesuatu agendanya.

Kerana sikap itulah yang kesudahannya memakan diri mereka sendiri. Pening juga kepala Najib untuk menjawab isu tersebut. Ini disebabkan kehadiran begitu ramai anggota polis yang dikatakan kehadiran mereka mencecah ratusan orang............... itu belum dikira kehadiran anggota JAIS lagi. Kalau kita lihat, ianya boleh diumpamakan untuk menangkap sorang penjenayah yang paling dikehendaki.

Tentang Kerajaan Selangor Dan Kerajaan Perpaduan.

Saya tahu pertanya tersebut sebagai jerat untuk saya kerana saya berasal dari Terengganu. Walaupun pertanyaan tersebut melibatkan Dr. Hassan Ali, jadi secara tak langsung ia berkaitan dengan TGHH atau sebutan bagi mereka 'Puak Tranu' kerana saya adalah orang Terengganu.

Dan saya tetap tidak dapat meninggalkan loghat Terengganu saya itu, saya tidak akan meninggalkan negeri tanah tumpah saya itu. Berbalik kepada soalan pertanyaan tersebut yang lebih kepada memerangkap untuk melihat akan sokongan saya terhadap puak mana dalam PAS.

Bagi saya, didalam PAS tidak ada sikap berpuak dan sikap kenegerian, jika ada sikap begitu maka ideologi perjuangannya masih berpaksikan sisa-sisa daripada Umno.

Memang saya adalah anak kelahiran Dungun, Terengganu, walau dimana pun saya tinggal, saya tetap mengaku saya berasal dari Terengganu. Dan saya mengaku yang Tuan Guru Haji Hadi adalah guru saya dan Tuan Guru Nik Aziz Adalah pemimpin tertinggi saya yang patut saya Wa'la.kan.

Kerana itulah banyak blog-blog yang mengaku sebagai pendokong PAS, tetapi mereka yang menciptakan sikap-sikap berpuak didalam PAS. Mereka cuba melaga-lagakan Tuan Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Haji Hadi.. Mulalah mereka menggunakan perkataan pro Pakatan dan pro Perpaduan.

Dan mulalah mereka menghentam pemimpin yang mereka tidak suka dam muji-muji pemimpin yang mereka suka. Inkah sikap yang ditonjolkan oleh orang yang mengaku pendokong Islam? Tentang kata-kata nista mereka, usah dikatalah......... macam blog Umno menghentam PAS.

Ada juga alasan yang diberikan......... 'ini cara nak tegur bagi pemimpin yang tak mahu dengar nasihat.'....... 'kalau tegur cara baik tak nak dengar, kena tegur cara umnolah'. Bagi blogger-blogger tersebut....... tolong tunjukkan teguran secara baik yang telah kamu lakukan dimasa lepas............ saya ingin melihatnya. mungkin pembaca pun ingin melihat.

Kerana apa yang tulis ini berpandukan kepada beberapa blog yang sudah lama layari dan mengikuti penulisannya.............. jawapannya ialah itulah corak tulisan meraka dulu, kini dan ........... Kita tinggalkan isu-isu tersebut.

Berbalik kepada isu Selangor yang melibatkan Dr. Hassan Ali yang dikaan yang dikatakan orang Tuan Guru Haji Hadi. (ada lagi sikap berpuak-puak yang ditonjolkan). Kita sebagai pendokong perjuangan Islam, mempunyai perlembagaan yang tidak memilih bulu. Setinggi mana jawatan yang disandang bukannya satu batu loncatan untuk mengatasi pelembagaan PAS.

Ini pernah belaku semasa era Datuk Asri menjadi Yang Pertua PAS (Presiden)  Datuk Asri pun tidak  terlepas, walau pun beliau adalah pemimpin nombor satu dalam PAS sehinggalkan beliau terpaksa meletak jawatan. Jangan salah sangka pula, beliau tidak dipecat tetapi meletak jawatan dengan kumpulan 12 (jika tidak silap saya), dan meninggalkan Datuk Hassan Adli keseorangan didalam BN sebagai anggota kabinet.

Semasa Datuk Hassan Adli masih didalam BN, beliau telah menyeru kepada ahli-ahli PAS agar meneruskan perjuangan dan jangan sesekali meninggalkan PAS. Oleh itu saya tidak menyokong mana pemimpin secara berseorangkan kerana saya menyokong perjuangan PAS.

Jika pucuk pimpinan Selangor didapat bersalah, maka hukumlah mereka kerana pemimpin boleh datang dan pergi.............. PAS tetap akan berdiri kukuh............ Insyaalah. Jika Tuan Guru Presiden sendiri pun sudah tidak mendapat kepercayaan ahli-ahli PAS, maka lakukanlah semasa Muktamar Pemilihan nanti. Jangan nanti di ibaratkan ' Rumah sudah siap tetapi ketukan masih lagi berbunyi'.

Jika nak lakukan............. lakukan  pada pemilihan nanti............. jangan selepas pemilihan, masih ada lagi suara-suara sumbang............. kerana untuk memuaskan hati berjuta-juta pendokong Islam bukannya perkara mudah............. lakukan yang  terbaik..................... jangan sampai menyesal dikemudian lari.

Saya yakin dengan sepenuh hati saya berpandukan kepada sedikit pengalaman.............. perkara yang saya baru sebutkan pasti akan belaku............... percaya.

3 ulasan:

abgBro berkata...

menarik hati sy baca komen pribadi tuan ni...lekuk dan liku nye perjuangan ini...namun jiwa mesti kental...:)

~jumpe di tmn malewar sabtu ni...

salam perjuangan...

Tanpa Nama berkata...

sy hanya layan blog musafirlalu je..
sejak dua menjak saya meluat dgn blog yg terang2 nak menceritakan kepuak2kan dalam PAS dan TGHH.
TGHH hanyalah manusia biasa. namun, belum lagi membuat yang perkara tidak septutnya yang dibuat oleh pemimpin islam...

p.s masih teringat, deraian air mata tatkala TG mengulas Sirah Rasulullah di Rusila suatu masa dahulu semasa masih di alam persekolahan...ulasan yang mencuit perasaan kagum terhadap Rasulullah..

musafirlalu berkata...

Terima kasih atas sokongan saudara... biasalah bila tulis blog ni. Orang cuba ikat tangan dan tutup mulut kita agar dapat memuaskan fikiran mereka..... sekarang ni kita akan dedahkan pula tentang wang ehsan yang telah mereka lakukan kepada penduduk Terengganu dan sekarang ni dia akan lakukan perkara yang sama kat Kelantan pula .... Insyaallah. Kita menulis berpandukan kepada fakta dan sejarah... bukan pakai hentam sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular