Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 27 Disember 2009

Buat Dr. Hassan Ali contohilah Khalid Al Walid r.a......

 
Apabila tersebarnya SMS tang berleluasa di Selangor sekarang ini yang menyarankan agar PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat. Ini berkaitan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Displin PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa ada kes untuk menghadapkan Dr Hassan Ali untuk tindakkan selanjutnya.

Dan dikatakan satu memorendun  akan diserahkan kepada Dr. Hassan Ali oleh pemimpin Umno. Maka berbagai pihak didalam PAS yang menuntut agar memorendon tersebut tidak dilayan dan ada yang menyatakan sebaliknya pula.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Hassan Ali bahawa beliau tidak sesekali akan meninggalkan PAS, walau apa pun tindakkan yang akan dikenakan oleh Lembaga Displin PAS terhadapnya. Jika beliau digugurkan atau dipecat daripada parti, tidakkah itu satu berita gembira buat musuh-musuhnya didalam PAS.

Oleh kerana matlamat musuhnya di dalam PAS dan PR sudah tercapai, kenapa sampai ada suara-suara amaran agar beliau tidak menerima memo tersebut. Tidakkah tindakkan ini satu perkara yang luar biasa dan apakah hak musuh-musuhnya untuk masuk campur sekiranya beliau disingkirkan dari PAS.

Bagi pendapat peribadi saya, tiada siapa yang boleh melarang atau menyokong halatuju politik beliau setelah cita-cita musuh-musuhnya untuk menghancurkan karier politik beliau berjaya.Bagi pejuang sejati parti Islam (PAS) yang meletakkan al-Quran dan Hadith sebagai perlembagaan tertinggi, jawatan bukanlah matlamat.

Sebagaimana yang berlaku kepada Panglima Islam, Khalid al-Walid r,a, yang telah dilucutkan jawatannya oleh Khalifah Umar r,a, menjadi tentera biasa yang tiada berjawatan. Beliau tidak cepat melatah dengan tindakkan yang drastik itu, malah semangat beliau bertambah berkobar-kobar untuk terus berjuang.

Seandainya Dr. Hassan Ali dipecat daripada parti, maka dengan sendirinya bai'ah beliau kepada parti PAS akan tergugur dengan sendirinya kerana beliau tidak keluar parti tetapi dipecat. Tetapi beliau menafikan akan melakukannya jita beliau digantung atau digugurkan ataupun dipecat.

Sikap beliau ini pasti akan mengecewakan musuh-musuhnya yang terlalu lantang menghentam dan mengkritik beliau. Bagi saya sikap ini patut dipuji walau apa pun tindakkan yang akan dikenakan oleh beliau. Beliau tetap komited untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS.

Ini tidak bermakna saya menyokong ataupun membantah tindakkan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Apa yang saya mahukan ialah PAS akan tetap kukuh dan diperkasakan lagi dalam menghadapi Umno/Bn. Apa yang penting bagi PAS ialah para pendokongnya tetap bersama-sama merapatkan saf.

Kerana kita berjuang bukan kerana hendak mencari nama atau jawatan atau kekayaan tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.............. Selamat berjuang dalam menghadapi musuh yang nyata dan dalam selimut.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular