Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kemenangan kepada Menteri Besar haram telah pun dijangkakan. Tetapi yang menjadi kemusykilan ialah penghakiman 5-0, tanpa tiada seorang pun yang memihak kepada Nizar. Walau pun Zambry telah diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah, difikiran rakyat Perak tetap menyatakan Zambry tetap MB haram.
Bagi rakyat Perak yang telah dibuat kajian oleh Merdeka Centre, kaum Melayu ramai memihak kepada Zambry berbanding kaum Cina dan India yang majoritinya memihak kepada Nizar. Kita tidak perlu hairan disebabkan isu perkauman yang telah berjaya dimainkan oleh Umno.
Dimanakah lagi tempat untuk rakyat mengadu setelah semua institusi-institusi penting seperti PDRM, SPRM, Kehakiman dan institusi lain telah diliwat dan diliwat dan terus diliwat oleh kerajaan Umno/Bn. Mereka merasakan kemenangan yang mereka perolehi adalah kemenangan mutlak, hakikatnya mereka silap.
Yang pasti keputusan yang mereka perolehi ini sebenarnya akan memakan diri mereka sendiri dimasa akan datang. Penghakiman yang telah dilakukan oleh Mahkamah Rayuan akan menjadi bahan rujukkan bagaimana perlembagaan negeri dilacur dan diliwat semata-mata untuk kepentingan jangka pendek mereka yang sememangnya gila kuasa.
Ketidak adilan terhadap Pakatan Rakyat dapat dilihat dari mula perampasan kuasa secara memalukan oleh Umno. Dengan membeli 3 ekor katak yang tamak, maka tumbanglah demokrasi dan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara adil. Walau pun semasa PRU 12, BN yang ditunjangi oleh Umno telah menyalahi kuasa dan SPR sebagai boneka mereka.
Walau pun parti pembangkang seperti PAS, PKR, dan DAP serba kekurangan, lawan tetap lawan. Kerana masih percayakan demokrasilah pembangkang bertanding didalam pilihan raya walau pun ianya ternyata berat sebelah. Apa tidaknya jika pihak pembangkang bukan menghadapi jentera Umno/Bn, tetapi seluruh jentera kerajaan yang telah diperkuda-kudakan oleh Umno.
Mereka merasakan jentera kerajaan adalah milik mak bapak mereka kerana itulah mereka langsung tidak merasa malu. Dan PRU 12 telah melangkau sejarah apabila pihak pembangkang bersatu padu menghadapi Umno/Bn. Hasilnya, lima negeri (termasuk Kelantan) jatuh ketangan pembangkang. Inilah yang benar-benar menyakitkan hati Umno setelah dimalukan oleh pembangkang.
Kerana dendam mereka yang membara, maka mulalah mereka menunjukkan belang dengan membeli 3 ekor katak di Perak. Walau pun katak-katak tersebut menafikan yang mereka ada menerima habuan agar keluar parti, rakyat tetap tidak boleh menerima alasan bodoh mereka.
Setelah Nizar membawa kes tersebut ke Mahkamah dan memenanginya, tetapi hanya beberapa jam sahaja kerana Zambry telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan. Tanpa disedari, terlakar satu sejarah bagaimana seorang hakim Mahkamah Rayuan membenarkan kes tersebut pada hari yang sama.
Kerana itulah Pakatan Rakyat sudah menjangkakan kes tersebut tidak akan memihak kepada Pakatan Rakyat disebabkan Mahkamah Rayuan mengambil masa yang terlalu lama untuk mengumumkan kemenangan Zambry. Sekalung tahniah buat Datuk Seri Zambry D'Pulau diatas kemenanganmu itu.
Apa pun yang berlaku di Perak, sekurang-kurangnya memberi sedikit pengajaran buat Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat bagaimana dan macam mana jadinya apabila sesebuah institusi diliwat dan dilacurkan. Tiada lagi kepercayaan rakyat terhadap permainan kotor Umno/Bn. Hanya beberapa tahun sahaja lagi untuk Pakatan Rakyat mengatur strategi untuk menghadapi PRU 13......... Salam berjuang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan