Translate

Memaparkan catatan dengan label ayah pin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayah pin. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Mac 2010

Fulamak.... 1Malaysia Ikut Sunnah Nabi.


Pendekatan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW yang bertindak menyatupadukan umat Islam dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah ketika baginda berhijrah dari Makkah, perkara itu dizahirkan melalui gagasan Piagam Madinah atau Sahifah Madihah. 


“Najib ada banyak pilihan untuk dijadikan kandungan utama ucapan sulungnya pada April tahun lalu tetapi, beliau menggunakan pendekatan perpaduan, iaitu selaras sunnah Rasulullah,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah


“Paling mengecewakan, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel yang menurutnya dipopularkan Ehud Barak sewaktu kempen pilihan raya Israel tahun 1999,” katanya. 

Saifuddin berkata, hujah bersifat 'teori konspirasi' dan sering digunakan pembangkang menggambarkan kedangkalan pemikiran mereka dalam cuba menolak gagasan 1Malaysia. 


Senang sangat nak bandingkan perpaduan kaum ikut Sunnah Nabi dan Piagam Madinah. Jadi AS dan Israel pun nak buat perpaduan maka kita boleh kata mereka pun ikut Sunnah Nabi dan Piagam Madinah.


Beliau mempersoalkan justifikasi pembangkang mendakwa 1Malaysia ditiru daripada konsep 1Israel sedangkan pendekatan sedemikian banyak digunakan negara-negara lain untuk menyatupadukan rakyat masing-masing. 


Bila nak mengampu jer mesti ikut Sunnah........ mengampu jer ikut Sunnah......... dari zaman Mahathir sampai era Najib, duk main lagu yang sama je tetapi irama sahaja yang diubahkan sikit mengikut rentak mana yang PM suka..


"Malah, sewaktu menjadi tuan rumah Piala Dunia Ragbi pada 1995, Nelson Mandela selaku Presiden Afrika Selatan, menggunakan sukan tersebut di bawah konsep '1 Sport 1 Nation' untuk menyatupadukan kaum kulit putih dan kulit hitam," kata Saifuddin lagi.  Jika nak ikutkan tentang sport, era Mahathir dah dilaksanakan iaitu dibawah konsep '1 Sport 1 Toto' atau lebih tepat lagi Sport TOTO.


Inilah kesan atau sindrom yang terdapat dalam Umno,kipas...... kipas....... kipas. Lain kuat kuat kipas, lagi cepatlah boleh jadi Menteri. Kalau engkau ada kuasa aku kipas laju-laju, engkau tak ada kuasa aku lanyak cukup-cukup. Kalau bapak jadi Perdana Menteri, kami akan julang tinggi-tinggi anak menantu tapi bila bapak dah berundur kami pakat-pakat buang dalam lombong.

Selasa, 16 Mac 2010

Hina Nabi: Umat Islam Digesa Boikot Barangan Sweden.



















Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.

Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama

Ulasan Musafirlalu........

Jangankan barangan Sweden, malah blog-blog yang menghina Rasulullah s.a.w., Isteri dan Sahabat-Sahabat baginda  pun patut kita boikot. Kerana terlalu mengambil berat apa yang telah dilakukan oleh negara luar, yang kat Malaysia pula terlepas pandang.

Di Malaysia pun tidak kurang hebatnya penghinaan yang dilakukan terhadap Islam. Banyak ajaran-ajaran sesat berlaku di negara ini tanpa apa-apa tindakan diambil sebagai contoh, pemimpin ajaran 'Kerajaan Dilangit', Ayah Pin. Beliau bebas bergerak kesana kemari dan mempunyai laman Facebook pulak............ kenapa ya!!!!!!!!!

Ahad, 14 Mac 2010

Inilah Slogan One Malaysia Yang Menjadi Impian Najib.

[anak+najib2.jpg]
Kehidupan sosial anak 1Malaysia boleh dijadikan contoh untuk rakyat Malaysia
Kenalkah anda anak menteri mana yang sedang berhangat ini jika bukan menteri yang menjaga parlimen


Inilah kehendak sebenar Najib untuk rakyat Malaysia yang bertunjangkan, 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Dengan kerkayaan yang melimpah ruah tanpa mengerti apa itu kesusahan, maka lahirlah syurga dunia buat anak-anak pemimpin negara.

Dengan penuh kepura-puraan yang kononnya ingin membantu rakyat marhean dengan kesempitan hidup diibaratkan 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang'. Jika inilah kehidupan anak-anak mereka yang bergelombang dengan segala maksiat, bolehkah pemimpin-pemimpin Umno dijadikan idola.

Inilah kerja sebenar pemimpin-pemimpin Umno yang saban hari mencari idea bagaimana untuk menipu rakyat. Masih tidak sedarkah wahai penyokong-penyokong Umno yang berpemimpinkan pemimpin yang korup. Daripada peringkat bawahan sampailah keperingkat tertinggi. Bagi mereka, dosa dan pahala boleh dipermain-mainkan. Semoga mulut-mulut mereka masih lagi boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Jumaat, 26 Februari 2010

Inilah Contoh Umno Menghayati Maulidur Rasul......

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan daripada empat sifat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata, empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.
Inikah yang dinamakan Sidiq (Benar) oleh Umno
[kj2.JPG]
Inikah sikap Amanah Pemimpin Umno
Sikap Tabligh (Menyampaikan) yang telah berjaya Umno lakukan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEia3uplcmtj7irgoUipZzFoY_zDTaogoMJrY_blQMBXSV2gB8vwIOc3NUoEQ2VGS40gbwwiYT7opGsAxkavCEEMXeAX7SLwXKCyeOzLdYcDa45Q_LNZtZby_mlr5S-AjwTZGro9nCTrbZ0/s400/arak.jpg
Sikap Fatanah (Bijaksana) mendidik oleh Umno
Maka sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku pemimpin Umno dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang Umno lakukan.
Dan Umno telah berjaya menghalalkan judi dan arak jika ianya berlesen, andainya tidak berlesen maka ianya menjadi haram. Begitu juga dengan hukum Hudud diharamkan kerana ianya bercanggah dengan perlembagaan negara.

Isnin, 8 Februari 2010

Najib Kata Ulama Perlu Tuntas Dalam Transformasi Kefahaman

Apakah agenda yang diutarakan oleh Najib apabila meminta ulama supaya tuntas dala melaksanakan transformasi dan memahami secara mendalam pengertian terminologi yang berkait dengan politik antarabangsa, serantau dan nasional
 
Beliau juga melontarkan agar ia termasuklah berkaitan globalisasi, neo-kolonialisme atau imperialisme dan skala pengaruh gerakan tersebut terhadap akidah, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi umat. Apakah beliau baru bangun dari tidur dengan idea-idea yang kononnya dilontarkan oleh beliau.

Atau juga kerana terlalu lama berada didalam gologan elit dan jarang turun keperingkat bawahan yang selama ini hanya mendapat maklumat yang sentiasa berada diatas meja bila masuk pejabat. Sememangnya beliau baru tersedar dari mimpi.
Inilah susahnya jika baru sekarang ingin mengambil tahu apa yang sudah berlaku di negara ini.Jika itulah yang ingin dikatakan, baik tak usah kerana perkara ini sudah lama dipriktikan oleh para ulama dan umarak di pihak pembangkang dan juga yang berkecuali daripada mana-mana politik.

Hakikatnya beliau sudah tertinggal kebelakang apabila mengatakan,"Tanpa kefahaman yang mendalam menyebabkan segala usaha kita menghadapi cabaran ini akan gagal atau kurang berkesan". Dan beliau berkata lagi,"warga ulama wajar menjadi warga dunia yang saling berkait, paling hampir dengan sumber terkini, dan menguasai kaedah berkomunikasi secara bestari dan mutakhir".
Malang sungguh buat Perdana Menteri One Malaysia kita ini, kerana rupa-rupanya beliau baru keluar daripada kepompong. Inilah masaalahnya apabila pemimpin yang kehidupannya dari kecil penuh dengan kemewahan dan tidak pernah merasa bahana keperitan hidup rakyat marhean. Jahil sungguhlah Perdana Menteri One Malaysia kita ini.

Apakah beliau menganggap ulama-ulama sekarang hanya mengajar agama semata-mata dan masih lagi berjubah, berkopiah dan berselipar Jepun. Mungkin disebabkan itulah bermacam-macam slogan beliau utarakan kepada rakyat. Berbagai slogan tok nenek, beliau ciptakan untuk rakyat yang kononnya masih lagi ditakuk lama. Sedarlah wahai Najib One Malaysia, ini bukan lagi zaman berseluar pendek dan berkaki ayam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ulama juga wajar duduk semeja bagi menangani krisis ekonomi global, memberi pandangan, dan merumuskan dasar ekonomi yang lebih adil, Islamik serta melindungi nilai moral dan kemanusiaan. 

Layakkah PM One Malaysia bercakap tentang Adil, Islamik, nilai Moral dan Kemanusian?. Sepatutnya beliau cermin dirinya dahulu sebelum menyebut nilai-nilai Adil, Islamik, Moral dan Kemanusiaan. Apakah beliau sedar apa yang beliau ucapkan itu tentang moral dan Islamik......... buang tabiat ke si Najib ni. Entah apa yang beliau mengarut................ demam kot. 
















Apatah lagi apabila beliau mahu supaya mereka sentiasa bersamping dengan ulama, mempelajari dan menimba ilmu ang yang dari ulama. Kepada siapa yang beliau tujukan apabila menyebut 'mereka'............ siapa 'mereka' tu............ Rosmah, Musa Hasan, Ghani 4 Tahil atau pun  beliau sendiri.

Beliau kata, "Jika timbul sesuatu isu dan tuduhan berkaitan isu agama, hendaklah terus bertemu atau menghadiri majlis penerangan dan penjelasan bagi mengetahui perkara sebenar dan bukan pergi mencari dari sumber yang tidak diketahui asas dan kebenarannya. Untuk itu, ulama mestilah konsisten mempersiapkan diri dengan mengikuti perkembangan semasa, tekun mengaji, dan memahami betul-betul sesuatu perkara yang baru timbul"

Beliau bagaikan ketam mengajar anaknya jalan dengan betul, kerana itulah Rosmah boleh dijadikan contoh yang bagus sebagai seorang 'Muslimah'. Seorang isteri Perdana Menteri One Malaysia yang warak, baik hati, tidak memandang dan merasa jijik memegang kanak-kanak terancat akal atau pun anak-anak yatim. Kerana kebaikkan budinyalah yang membuatkan beliau akan mengelap tangannya selepas memegang kanak-kanak OKU............. bukan saya yang kata........... tapi yang duduk kat hadapannya yang kata.


Berkaitan dengan agama, beliau berkata, "Ia bagi menangani sesuatu perkara itu dengan baik dan dapat mengeluarkan fatwa atau pandangan yang selaras dengan zaman dan bertepatan dengan Syariah Islam tanpa menimbulkan kontroversi dalam masyarakat".Nak tanya PM One Malaysia........... bila ulama keluarkan fatwa, apakah One Malaysia and Big Mama ikut ke?. 
Majlis fatwa kata pakai b@#$% haram, muka Big Mama berkilat-kilat.......... Islam kata rambut itu aurat....... Big Mama kata, nanti tak nampak subang belian dan  rantai mutiara........... Islam kata memeluk lelaki yang bukan muhrim haram............ Big Mama kata rugi, pasal dia segak dan lawa........... betul juga kata Big Mama.......... daripada orang lain peluk........... baik aku peluk dulu.Bila masa Umno ikut kata ulama............. ulama masuk Umno dalam keadaan suci tapi keluar pasti akan berbau tahi.
Lihatlah realitinya bagaimana Umno mengambil Islam pedoman, sebagaimana berlaku kepada seorang bekas menteri dari Johor yang tidak perlu saya sebutkan namanya. Dulu isterinya memang memakai tudung yang melambangkan sebagai seorang muslimah................ keturunan Syed katakan. 

Satu masa saya terkejut apabila melihat isterinya hanya memakai topi sahaja dan selepas itu, jika pakai tudung pun hanya menutup rambut semata-mata. Telinga dah tak tutup pasal nanti orang tidak nampak subang dan rantai leher. Itulah Umno............. siapa masuk........... pasti terkena tahinya............. cuma, banyak atau sedikit........... itulah bezanya.

Dan ulama yang berada didalam Umno pasti akan menjadi bisu, walaupun sebelum masuk Umno............... bukan main lantang lagi bercakap.............. Umno............ dulu................ kini................ dan akan ditalkinkan.

Isnin, 2 November 2009

Saman Blog SD-Malaysia.blogspot.com............

Mewahnya YB P.R...jgn ckp BN je
Banglo mewah yang dikatakan milik pemimpin PAS Terengganu

  • Jika benar apa yang dipaparkan oleh (blog sd-malaysia), tolong sebutkan nama pemimpin tersebut.
  • Perkara ini bukan satu mainan jika ianya adalah hasil semasa PAS memerintah Terengganu selama satu penggal.
  • Jika betul, lapurkan kepada Polis, SPRM atau jawatankuasa Tatatertib Umno.
  • Bagi lokasi banglo tersebut.
  • Apakah yang katakan oleh blogger BPN itu ialah membawa maksud pemimpin PAS telah mengambil wang rakyat untuk kepentingan diri.
  • Jika tidak, saya sarankan agar pemimpin PAS yang difitnah itu saman blogger tersebut.
  • Jika boleh..... saman dengan nilai Rm 7 juta seperti yang dilapurkan.
Sebenarnya...
 Ini pula tuduhan yang dilakukan oleh blogger yang sama tentang kekayaan yang telah diperolehi TGNA semasa menjadi Menteri Besar Kelantan selama 19 tahun.

  • Jika benar.... lapurkan penyelewenan yang dilakukan oleh TGNA.
  • Lapurkan secara tepat kedudukkan harta-harta tersebut.
  • Buat lapuran kepada Polis, SPRM dan Jawatankuasa Tatatertib Umno
  • Mohon semakkan akan kekayaan yang telah TGNA perolehi selama 19 tahun memerintah.. 
  • Jika tidak..... pastikan blogger tersebut cukup dana untuk menghadapi saman daripada TGNA
Bila P.R Jadi Budha
Bila PAS Jadi Kristian
 Diharap DS Nizar melalukan sesuatu diatas fitnah yang telah dilakukan oleh (blog sd-malaysia)
kerana ia melibatkan akidah. Satu perkara yang tidak boleh dibawa main-main
kerana gambar dan tulisan tuduhan sudah cukup untuk membawa blogger tersebut
kemuka pengadilan. Ini adalah satu fitnah yang jahat daripada para blogger
 pengecut BPN.(SD-Malaysia.blogspot.com)

Ahad, 18 Oktober 2009

Benarkah Umno Hendak Menubuhkan Dewan Ulama ( 1 )...........

Saya tidak pasti benarkah berita yang saya terima bahawa Umno ingin menubuhkan dewan ulama. Macam tidak percaya aje apabila mendengar berita tersebut. Kenapa sekarang ..... walau pun Umno lama sudah memiliki dewan ulamanya di awal penubuhan Umno pada akhir 40an. Tetapi ianya telah dibawa keluar oleh alim ulama dan menubuhkan parti sendiri iaitu Parti Islam SeMalaya (PAS). Para ulama yang berada didalam Umno telah keluar beramai-ramai setelah melihat akan pejuang Umno lama telah tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Ini membawa makna bahawa Umno telah terpesong jauh, apatah lagi Umno juga dilihat sebai anak emas penjajah British. Mereka (alim ulama) telah melihat bahawa Umno bukan parti yang terbaik untuk memertabatkan Islam kerana perjuangan mereka berlandaskan sikap perkauman yang tebal. Sebenarnya Umno tidak perlu menubuhkan dewan ulama kerana para pemimpin mereka sendiri adalah 'Ulam Mamak'. Ini boleh dilihat semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri, banyak fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh pencacai beliau. Diantara fatwa yang dikeluarkan oleh Akbar Ali ialah," mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk kedalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras ". " Membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikut ". dan beliau berfakwa lagi iaitu, " ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah. Ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik ". " Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir... tiada hukuman dinyatakan keatas seseorang yang murtad selain janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya pentunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangnya ". Fakwa daripada Farish A.Nor," Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi ". Beliau menyatakan lagi bahawa, " Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama ". " Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastik ". Sister In Islam pula menyatakan dalam fatwanya," Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam undang-undang keluarga Islam ". Zainah Anwar dari SIS berfatwa," Islam bukan milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata ". Ini adalah sikit diantara yang banyak Fatwa yang telah di fatwakan oleh manusia-manusia yang angkuh kerana mendapat sokongan padu daripada pemimpin Umno. Jika tidak mereka pasti tidak akan berani mengeluarkan fatwa-fatwa tersebut yang telah memesongkan akidah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular