Translate

Isnin, 15 Mac 2010

Syarikat Singapura Ambil Alih 33 Peratus Saham U Mobile

U MOBILE

Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia) akan mengambil alih 33 peratus saham dalam syarikat pengendali 3G Malaysia, U Mobile. 

Kedua-dua syarikat terbabit membuat kenyataan bersama berhubung perkembangan terbaru itu, hari ini, di mana ST Telemedia dimiliki 100 peratus oleh firma pelaburan, Temasek Holdings.

Saham-saham tersebut berkemungkinan adalah dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, pemilik syarikat Berjaya Berhad.  Beliau adalah kroni yang paling rapat dengan pemimpin Umno dan individu yang dikatakan membuat bayaran kepada salah seorang daripada tiga ekor  adun katak dari Perak.

Beliau membayar secara penuh kepada katak Hee, sementara dua ekor lagi katak  PKR iaitu Jamaluddin dan Osman  tidak diketahui siapa yang membuat pembayaran tersebut. Isu pembayaran tersebut juga yang membuatkan dua ekor katak dari PKR merasa amat dan teramat kecewa kerana mereka dibayar secara ansuran. Mengikut maklumat, dua ekor katak dari Behrang dan Changkat Jering dibayar sebanyak RM 100,000 sebulan.

Apakah jaminan daripada pihak kerajaan dengan menjual kepentingan U Mobile kepada Temasek Holdings, firma Singapura yang terkenal dengan pelaburan-pelaburannya yang menguntungkan itu. Inilah cara pemimpin Umno dan para kroninya membuat kekayaan tanpa mengambil kira baik atau buruk dengan menjual saham syarikat penting kepada pelabur luar. 

Kerajaan Bini Najib patut mengambil iktibar bagaimana bekas Perdana Menteri Thailand ditumbangkan gara-gara menjual syarikat Telekomunikasinya kepada ampai sekarang beliau tinggal didalam buang dari sebuah negara kesebuah negara yang lain. Dan aset-aset beliau juga telah dirampas oleh kerajaan Thailand.

Umno boleh dikatakan terlibat secara tidak langsung dengan mengeluarkan lesen pengendalian 3.5G kepada U Mobile.  Dengan pegangan saham yang besar daripada anak syarikat Berjaya Berhad milik Tan Sri Vincent Tan. Beliau dikatakan membuat untung yang besar setelah melepaskan pegangan sahamnya dalam U Mobile.

Kita tidak tahu apa lagi yang akan dijual oleh pemimpin Umno/Bn dan kroni-kroninya agar kekayaan mereka tidak habis dimakan untuk tujuh keturunan. Ini corak kehidupan di Malaysia sekarang ini yang kaya bertambah-tambah kaya dan yang miskin akan bertambah-tambah papa kedana.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular