Translate

Sabtu, 25 Disember 2010

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL (Bhg.7)



Pembentukan Agama Batil Melalui Pegangan Materialis dan Evolusionis

Fakta seharusnya harus diberikan sebuah konsepsi yang jelas iaitu impian golongan materialis untuk melahirkan sebuah masyarakat yang menafikan Allah dan agama-Nya sekaligus membentuk individu yang merasa bebas tanpa sebarang ikatan tanggungjawab. Di puncak falsafah materialisme terletak keinginan untuk membentuk sebuah sistem sosial yang bukan sekadar menafikan kewujudan Allah s.w.t. tetapi juga turut menyingkirkan nilai spiritual dan moral serta meyakini bahawa untuk mencapainya, usaha menanamkan ideologi ateisme ke dalam akal fikiran manusia dan menyebar-luaskannya adalah suatu keperluan yang besar. Dengan menentang agama Allah, mereka menerima sebuah bentuk agama yang telah diherot-perotkan sesuai dengan pegangan materialis. George Gaylord Simpson, nama yang terkemuka dalam pergerakan neo-Darwinisme, menghuraikan konsep agama yang diterima oleh para evolusionis:
Seperkara yang jelas, terdapat beberapa agama baru, dilabel sebagai pegangan dan terlibat di dalam emosi keagamaan, yang tidak selari dengan evolusi dan sekaligus tidak dapat dipertahankan secara intelektual meskipun doa mereka yang emosional. Namun begitu, saya mengambilnya kini sebagai suatu keyakinan yang jelas, yang tidak menuntut kepada sebarang perbincangan lanjut, bahawa evolusi dan agama sebenar adalah saling harmoni.
Simpson, sebagai seorang evolusionis, menyatakan bahawa agama dapat disatukan dengan pegangan hidup materialis selama mana ia tertakluk kepada definisinya. Bagaimanapun, seperkara yang harus diperhatikan bahawa apa yang dirujuknya sebagai ‘agama sebenar’ sudah pasti bukanlah agama yang berasaskan wahyu samawi tetapi adalah merupakan suatu pegangan yang jauh menyeleweng dari landasang kebenaran, iaitu mencipta sebuah agama ‘yang bertentangan dengan ajaran keagamaan’ berdasarkan kepada pemikiran materialis dan memuaskan manusia secara emosional. Hari ini, majoriti manusia yang mendakwa yakin beriman pada hakikatnya hidup di bawah kebatilan agama yang didakwa oleh materialis sebagai ‘agama sebenar’. 

Di dalam bahagian berikutnya, beberapa ciri agama batil akan dibincangkan. Pegangan terhadap kepercayaan yang menyeleweng secara berleluasa di atas nama agama akan dijelaskan. Akibat tidak ditarbiyah untuk memusatkan akal fikiran dengan mendalam, manusia sering gagal menyeari kesilapan di dalam fahaman tersebut. Adalah merupakan satu tanggungjawab yang penting bagi para mukminin yang ikhlas untuk saling ingat mengingatkan sesama manusia yang lain terhadap agama yang batil ini dan menyampaikan pesanan al-Qur’an yang merupakan sumber kebijaksanaan yang unik yang diturunkan Allah sebagai satu-satunya pegangan bagi para hamba-Nya.

1) Ajaran bahawa Allah berada di atas langit

Meskipun beriman akan kewujudan Allah, sebahagian manusia mempunyai keyakinan yang begitu dangkal tentang keberadaan Allah. Fahaman materialisme adalah begitu jelas dalam kaitan ini. Disebabkan para materialis mempertahankan bahawa materi adalah kewujudan yang mutlak, secara tidak langsung mereka terpaksa menerima bahawa Allah berada di dalam lingkungan alam semesta material ini walaupun gagal untuk membayangkan ruang kedudukan-Nya. 

Al-Qur’an juga menyatakan bahawa segolongan manusia dengan mentaliti yang sama juga pernah wujud dahulu. Untuk melihat Allah, Fir’aun mengerahkan pembinaan sebuah menara yang memuncak tinggi ke langit. Kepercayaannya ini adalah berpunca daripada kegagalan untuk memahami sifat-sifat Allah dan keyakinannya yang begitu mendalam terhadap kemutlakan materi.

Dan berkata Fir’aun: Wahai pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui tubah bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untuk bangunan yang tinggu supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta. Surah Al-Qasas: 38
Tetapi Allah s.w.t adalah Pencipta ruang dan sudah pasti tidak terbelenggu di dalam ruang yang diciptakan-Nya. Ruang adalah khusus untuk makhluk ciptaan-Nya dan Allah adalah maha tinggi daripada segala makhluk ciptaan dan pengetahuan-Nya meliputi segala-galanya.
Manusia yang terjerumus di bawah fahaman materialisme gagal untuk menggarap hakikat ini dengan menganggap bahawa Allah bersemayam di atas langit. Setengah yang lain melihat ke atas langit ketika berdoa, tetapi bagi mereka yang benar-benar memahami pengertian asmaul-Husna-Nya sangat menyedari kehadiran-Nya di mana saja mereka berpaling. Allah berfirman tentang hakikat ini:

Dan kepunyaan Allah timur dan abrat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya! Allah maha luas lagi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan, dan Dia-lah yang maha halus lagi maha mengetahui. Surah al-An’aam: 103

2) Ajaran bahawa Tuhan mencipta alam semesta termasuk manusia dan kemudian meninggalkan mereka tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Ajaran agama baitl ini mendakwa bahawa Allah untuk pertamanya mencipta seluruh alam semesta termasuk segala makhluk hidupan dan kemudian meninggalkan mereka bersendirian, iaitu berada pada kedudukan yang jauh. Menurut fahaman ini, manusia ditinggalkan bergelut menentukan nasib mereka sendiri....

Akan tetapi, Allah juga bukan sahaja tidak dibelenggu oleh ruang tetap juga oleh masa. Apabila Dia mencipta alam semesta dan manusia, Dia mencipta mereka bersama-sama dengan masa silam dan hadapan di dalam suatu detik. Ini bermaksud, Allah mencipta segalanya dengan takdir mereka secara individu. Tanpa mengalaminya, manusia tidak dapat mengetahui sesuatu tentang masa hadapan. Tetapi Allah s.w.t. maha mengetahui masa hadapan bagi setiap individu manusia dan setiap detik yang akan dilaluinya. Ini adalah kerana Allah jualah yang mencipta setiap detik yang dilalaui, setiap perkataan yang diucap dan setiap perbuatan yang dilakukan. Dan sudah pasti Dia tidak mencipta alam semesta dan kemudian meninggalkannya sendiri, bahkan, Dia mencipta setiap detik kehidupan seluruh makhluk ciptaan-Nya mulai sejak permulaan sehingga ke saat terakhir. Segalanya, sehelai daun yang gugur atau peristiwa yang dialami oleh seseorang sepanjang hidupnya, terjadi selaras dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya. Dan tidak jatuh sebut biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata. Surah al-An’aam: 59

Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu. Surah as-Saffat: 96

3) Kufur terhadap Kewujudan syurga dan neraka

Sebahagian individu yang diselubungi pengaruh pemikiran materialis tidak mempercayai mengenai kewujudan syurga dan neraka walaupun mungkin percaya kepada kewujudan Tuhan. puncanya ialah kerana mereka tidak dapat memastikan kewujudan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata atau disentuh dengan tangan.

Bagi seseorang yang mempunyai kebijaksanaan dan akal yang waras, di sana terdapat petanda yang jelas mengisyaratkan akan kewujudan Tuhand an Hari Kemudian, contohnya langit dan bumi yang diciptakan dengan begitu rapi dan harmoni, dan begitu juga sel yang merupakan bahan binaan asas bagi seluruh organisma hidupan. Alam yang menampung kehidupans etiap individu sarat dipenuhi dengan petanda maha Pencipta. Sesiapa sahaja dengan akalyang waras dapat memahami bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta setiap yang bernyawa buat kali pertama, dan Dia juga amat berkuasa untuk menghidupkan mereka buat kali kedua di saat hari kebangkitan. Golongan yang menafikan hakikat ini diterangkan di dalam Qur’an sebagai berikut:

Dan mereka berkata: Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benarkan kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru? Katakanlah: Jadilah kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin menurut fikiranmu. Maka mereka akan bertanya: Siapa yang akan menghidupkan kami kembali? Katakanlah: Yang telah menciptakan kamu pada kali pertama. Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: Bilakah itu akan terjadi? Katakanlah: Mudah-mudahan waktu kebangkitan itu dekat. Iaitu pada hari Dia memanggil kamu lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji-Nya dan kamu anggap kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar saja. Surah al-Isra: 49-52

Kegagalan mereka untuk memahami hakikat kebangkitan dan keraguan mereka terhadap kebenaran ini sekali lagi adalah diakibatkan kepercayaan materialisme yang menyeleweng. Materialis melihat proses fenomena kejadian seorang manusia sebagai hasil tindakbalas unsur dan zarah. Mereka menegaskan bahawa aspek metafizik manusia (jiwa dan emosinya) juga terhasil melalui tindakbalas yang serupa. Berdasarkan kenyataan itu, mereka menafsirkan saat kebangkitan sebagai pembinaan semula materi dan sekaligus gagal membayangkan kemungkinan proses ini. (ini bermaksud, mereka tidak dapat menerima bahawa materi yang telah musnah dapat hadir dan bersatu semula). 

Apa yang gagal mereka fahami ialah bagaimana tubuh badan yang telah hancur dapat bercantum kembali setelah kematian, namun begitu mereka harus memikirkan bahawa manusia pada asalnya diciptakan daripada tiada. Seandainya demikian halnya, mempertikai kebenaran peristiwa kebangkitan atau meragui hakikat ini adalah suatu yang kurang bijak. Di dalam Qur’an, Allah mengisyaratkan tentang proses hari kebangkitan sebagai berikut: 

Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya. Surah Qaf: 15-16

Hakikatnya, roh adalah merupakan entiti yang hakiki bagi tiap diri seseorang dan bukanlah longgokan pepejal daging dan tulang temulang. Kematian memusnahkan struktur tubuh badan namun roh tetap hidup selama-lamanya. Kematian hanyalah suatu pengalaman perpindahan roh menuju ke alam kehidupan Hari Kemudian. Allah berfirman: 

Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh) roh-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur. Dan mereka berkata: ‘Apakah bila kami telah lenyap (hancur) di dalam tanah, kami benar-benar akan berada dalam ciptaan yang baru. Bahkan mereka (sebenarnya) ingkar akan menemui Tuhannya. Katakanlah: ‘Malaikat maut yang diutus untukmu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu-lah kamu akan dikembalikan. Surah as-Sajadah: 9-11

Perasaan prejudis yang disemai oleh golongan ini mengakibatkan mereka terhalang daripada memahami walaupun hakikat yang begitu nyata. Di dalam banyak ayat, Allah menyatakan bahawa golongan yang mengingkari Hari Kemudian dan meragui kematian sebagai suatu saat akhir adalah golongan yang tidak menggunakan akal fikiran: 

Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-ilmu-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberikannya petunjuk sesudah Allah. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? Dan mereka berkata: ‘Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita melainkan masa’, dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu; mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja. Surah al-Jathiyah: 23-24

Sebaliknya, keadaan para mukmin pula diterangkan sebagai berikut:

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat. Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Surah Luqman: 4-5

Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang yang beriman kepada (kitab) yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau sedang mereka itu yakin akan adanya akhirat. Surah al-Baqarah: 3-4

Berhubung dengan usaha menentang agama yang dianjurkan oleh golongan ateis, di sana terdapat dua perkara penting yang harus dipertimbangkan. Satu daripadanya ialah membatalkan teori evolusi daripada perspektif saintifik agar umat manusiam engetahui bahawa kewujudan mereka bukanlah suatu hasil kebetulan tetapi adalah merupakan hasil kebijaksanaan dalam penciptaan Allah s.w.t. Dan yang kedua ialah untuk memaklumkan manusia mengenai hakikat sebenarmateri dan sekaligus membantu mereka memahami ajaran agama yang sebenar. Sesiapa yang memahami bahawa dirinya adalah lebih daripada sekadar materi juga akan menyedari akan hakikat kehebatan Penciptanya, Allah s.w.t.

Hakikat bahawa Allah meliputi segala-galanya dan tidak dikekang oleh ruang dan masa, dan bahawa takdir setiap makhluk yang bernyawa telah ditentukan, dan bahawa syurga dan neraka telah pun wujud dan, bahawa segala tingkahlaku manusia adalah diciptakan oleh Allah, pada asasnya adalah merupakan hakikat yang dibentangkan oleh agama hak yang mudah difahami. Bagaimanapun, segelintir manusia enggan untuk mengakui kebenaran ini, samada sedar atau pun tidak, akibat daripada pengaruh fahaman materialis. Dan dengan itu, adalah satu keperluan bagi mereka untuk melepaskan diri daripada belenggu rasa prejudis dan mempelajari mengenai hakikat sebenar kebendaan. Bab terakhir di dalam buku ini, Hakikat Kebenaran Yang Membatalkan Agama Batil dan Kekeliruan Evolusi mendedahkan intipati sebenar kebendaan dan melihatkan bahawa apa yang sehingga kini dianggap sebagai suatu misteri yang rumit sebenarnya adalah merupakan hakikat kebenaran yang begitu jelas, terang dan mudah.

Bersambung..........

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular