Translate

Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Disember 2010

Amal Syiah Di Selangor : Warga Asing Terkecuali.

Walaupun ajaran Syiah difatwakan sesat di Selangor, warganegara asing yang menetap atau berkunjung di negara ini dibenarkan mengamalkan ajaran tersebut selagi tidak menyebarkannya kepada rakyat Malaysia.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamad Rais Rasid berkata pengecualian itu, terutama kepada pelancong luar diberikan kerana amalan itu merupakan mazhab mereka di negara asal masing-masing.

"JAIS tidak bimbang tentang kehadiran pelancong luar seperti Iran dan sebagainya. Sebabnya mereka (datang) melancong bukan tujuannya untuk mengembangkan agamanya atau Syiah.

"Yang kita tak benarkan mengembangkan (Syiah) bukannya (melarang) pelancongan," katanya.

Rabu lalu, antara 128 pengikut Syiah yang ditahan - dipercayai antara terbesar - di sebuah rumah kedai di Batu Caves, terdapat juga sebilangan kecil warga asing terlibat sama.

Menurut sumber, dua daripadanya dua daripadanya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuang pada 16 Disember lalu bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti.

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam, Mohamad Rais berkata walaupun kemungkinan berlakunya pengembangan ajaran itu sesama mereka, ia hanya melibatkan jumlah yang kecil dan terhad.

"Kalau mereka (pelancong) buat pengembangan ajaran agama bukan secara keseluruhannya mungkin satu atau dua orang sahaja," jelasnya.

Tiada kompromi
NONEMenurutnya, sekiranya mereka ingin beramal, JAIS tidak pernah menghalang mereka walaupun di negara ini sudah difatwakan sebagai ajaran sesat.

"Tetapi jika digunakan untuk amalan dia (Syiah) sendiri dan mahzabnya kita tidak pernah mencarinya (untuk menahan mereka)," katanya.

Mohamad Rais berkata, golongan pelajar dan ahli perniagaan asing berfahaman Syiah juga tertakluk kepada syarat yang sama.

Ditanya sama ada besar-besaran penganut Syiah di Gombak minggu lalu yang mungkin menjejaskan hubungan diplomatik dengan sesebuah negara, seperti Iran yang berfahaman Syiah, Mohamad Rais menafikannya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan ajaran itu, Mohamad Rais menegaskan bahawa mereka tidak akan sesekali berkompromi dengan ajaran sesat kerana ia menjejaskan akidah, menyebabkan perpecahan dan kemungkinan besar bakal memudaratkan negara.

Malah, katanya, rata-ratanya rakyat di negara ini tahu kalau individu itu taksub kepada sesuatu ajaran yang menyimpang.

"Sebagai contoh, Jemaah Islamiah (JI), Al-Maunah, Ayah Pin (kerajaan langit) ini semua daripada ajaran sesat sama ada di fatwa atau tidak apabila pemimpin dan pengikutnya sudah taksub mereka akan bertindak ganas," katanya.

Setakat ini, kata Mohamad Rais lagi, pihaknya dapat mengawal dan mengekang ajaran sesat daripada tersebar.

"Sehingga kini, di Selangor masih lagi terkawal dengan JAIS kerap melakukan pemantauan daripada penguatkuasaan serta melalui kakitangan pejabat agama di setiap daerah," katanya.
(MK)

Jumaat, 8 Januari 2010

Tidak Sangka Blog MUSAFIRLALU Dalam Top 100.






Saya tidak menyangka blog Musafirlalu telah tersenarai antara 100 teratas dalam ranking yang dijalankan oleh Perakex dengan menduduki senarai ke 90. Tetapi didalam ranking oleh Alexa pula menduduki tangga ke 45,150. Walau pun jatuh 4 anak tangga, tetapi mengikut ranking Alexa pula ianya telah meningkat sebanyak 712 anak tangga daripada menduduki tangga ke 45,862. Terima kasih buat sahabat-sahabat dan pembaca yang telah melayari blog ini.

Daripada menulis secara suka-suka, ianya menjadi rutin harian dalam terus aktif menulis isu-isu semasa dan politik di Malaysia. Tetapi ianya menjadi pelahan dalam sebulan dua selepas kesihatan kurang mengizinkan yang memaksa saya berehat daripada menulis kerana terpaksa menerima rawatan Dr. Pakar sampai sekarang.

Kerana itulah adakalanya saya mengambil atikel daripada sumber akhbar-akhbar dan blog-blog agar pembaca setia terus mendapat berita semasa ketiadaan saya. Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pembaca setia, para sahabat dari sama pihak mahu pun dari pihak lawan di atas segala sokongan anda semua.

Isnin, 27 Julai 2009

ISA 'Penyelamat' Pemimpin Pemerintah, Bukan Keselamatan Negara

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memansuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.

"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.

"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. ( Harakah )

Hishammuddin Jahil Politik.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta berpendirian lebih konsisten berhubung soal perpaduan di antara parti itu dengan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sikap konsisten itu penting kerana ia bukti keikhlasan untuk bersatu demi bangsa dan masa depan agama Islam.

"Saya pun bingung. Sekejap hendak damai, sekejap tidak mahu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz semalam yang bersedia menghulurkan tangan kepada Kerajaan Pusat bagi menjaga kepentingan rakyat Kelantan.

Kerajaan negeri tidak pernah menolak kerjasama di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Apa yang beliau hendak dibingungkan, kerana isu ini telah lama disuarakan oleh TGNA. Apa yang beliau katakan adalah kerjasama di antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Pusat untuk penduduk Kelantan. Beliau ingat ini adalah kerjasama politik antara PAS dengan Umno. Apa yang TGNA maksudkan adalah demi pembangunan rakyat dan negeri Kelantan.

Apakah Hishammuddin menyangkakan ia adalah kerjasama antara PAS dan Umno. Kenapa cetek sangat pemikiran Hishammuddin yang berkata' sekejap hendak damai, sekejap tidak mahu. Fahamilah dulu maksudnya sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kerana yang memegang khazanah negara adalah kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno-Bn dengan mengambil cukai dari rakyat, maka kembalilah khazanah negara itu kepada rakyat. Apa susah sangat untuk difahami.

Kerajaan Kelantan tidak pernah memusuhi kerajaan pusat, kerana ia melibatkan pentadbiran kerajaan negeri. Kenapa ada kerajaan didalam kerajaan apabila kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno-Bn telah menubuhkan Pusat pentadbiran kerajaan pusat di Kelantan dan juga negeri-negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, walaupun wujud perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak yang menjadi pertembungan dalam pilihan raya namun ia terbatas setakat itu.

Kerana itulah TGNA meminta diketepikan ideologi antara kedua-dua parti demi kepentingan rakyat, itu pun susah untuk difahami. Kerjasama pemerintahan dengan kerjasama politik adalah perkara yang berbeza. TGNA meminta agar Kelantan tidak di anak tirikan kerana pembayar cukai adalah rakyat, bukannya Umno-Bn. Maka kembalikan khazanah itu kepada kerajaan negeri dan jangan melengah-lengahkan lagi pembayaran yang memang menjadi kewajipan kerajaan pusat, oleh itu dari rakyat kepada rakyat.

"Jadi terserah pada mereka yang kadang kala tidak bersetuju dan kadang kala setuju balik. Kalau setuju Alhamdulillah tetapi kalau tidak, kita teruskan juga perjuangan kita seperti di Batu Sapi ini," kata Hishammuddin.

Apalah jahil sangat beliau dalam isu ini, tidak boleh membezakan antara kerjasama politik dengan kerjasama pentadbiran. Apakah beliau patut bersekolah semula tentang politik. Ataupun beliau memang cuba men'isu'kan perkara tersebut.

Setuju atau tidak, kerajaan pusat tidak boleh mengabaikan kerajaan negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat kerana kerajaan pusat yang mengambil dan mengenakan cukai kepada kepada rakyat. Maka kembalikan semula hak-hak yang sememangnya menjadi milik sesebuah negeri. Jangan dilengah-lengahkan pembayaran yang menjadi milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sudah 19 tahun kerajaan Kelantan telah di anak tirikan dan dinafikan hak-haknya.

Bagaimana geran untuk negeri Kelantan dilambat-lambatkan pembayarannya, pelabur asing disekat daripada melabur di Kelantan, pembangunan tidak diberikan langsung kepada Kelantan tetapi melalui agensi kerajaan pusat dan bermacam-macam lagi sekatan yang dilakukan. Semua ini adalah kerana satu matlamat, iaitu untuk menganggu gugat pentadbiran kerajaan Kelantan. Dan sekarang ditambahkan lagi dengan tiga buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak termasuk negeri Perak.

Sabtu, 25 Julai 2009

Kerana Kejahilan Membuatkan Saya Keliru.

Memang amat mengelirukan apabila Suruhan jaya Di Raja dibentuk. Saya antara orang yang pertama yang mempertikaikan penubuhan Suruhanjaya Di Raja tersebut. Bukan kerana ingin mendabik dada, tetapi kerana kejahilanlah yang membuatkan saya tertanya tentang kenyataan DS Najib tersebut. Kerana itulah saya mempertikaikannya apabila DS najib menyebut inkues untuk melakukan siasatan tentang kematian Teoh Beng Hock. Suruhanjaya Di Raja dibentuk hanya untuk menyiasat cara SPRM melakukan siasatan. Maka di sini telah timbul kekeliruan tentang siasatan kematian Teoh. DS Najib cuba mengaburi pandangan rakyat dengan penubuhan Suruhanjaya Di Raja itu. Kerana beliau ingin menunjukkan kepada rakyat yang beliau telah membuat perkara yang dimahui oleh rakyat jelata. Memang diakui ramai orang telah tertipu dengan taktik beliau itu. Saya mengharapkan yang para pemimpin Pakatan Rakyat dapat memberi penerangan yang jelas kepada rakyat tentang pembohongan yang telah dilakukan oleh DS Najib berhubung kematian Teoh. DS Najib hampir berjaya mengabui rakyat tentang penubuhan Suruhanjaya tersebut. Andainya perkara ini tidak diberi penerangan yang betul kepada rakyat, maka sia-sia sahaja kematian Teoh Beng Hock. Seperti yang saya katakan yang saya bukanlah pandai sangat tentang undang-undang, tetapi apabila DS Najib menyebut terma-termanya dan inkues maka ternyata siasatan itu tidak pergi kemana-mana. Apa tidaknya kerana inkues hanyalah tidak lebih kepada siasatan koroner yang ketuai oleh seorang Majistret. Di mana kuasanya adalah terlalu terhad tanpa mempunyai apa-apa kuasa untuk memanggil saksi=saksi. Maka ternyata lah beliau cuba menyembunyi kan sesuatu daripada SPRM. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia agar mendesak Suruhanjaya Di Raja yang dibentuk mestilah betul-betul menyiasat akan kematian Teoh Beng Hock. Kita berjuang tidak mengira siapa dia, apa ideologi dia, pegangan agama dia dan sekiranya penyokong Umno pun kita akan membelanya di atas prinsip keadilan.

Khamis, 23 Julai 2009

Tamadun Baru Dan Kewujudan Bangsa Dari Kacamata TPM.

Tan Sri Muhyidin Yassin menyeru masyarakat memperluaskan penghayatan budaya fikir dan menjadikannya sebahagian daripada budaya hidup mereka sebagai sebuah masyarakat maju. Aku pun tahu apa yang beliau mengarut dengan budaya fikir (thinking culture). Yang aku tahu budaya fikir ini sudah lama wujud dalam pemikiran penyokong Umno yang sememangnya mereka sudah menjadikannya sebagai budaya hidup mereka. Kerana kalau bab ini semememangnya Umno adalah jaguh yang tidak perlu diingatkan.

Apakah beliau cuba menobatkan dirinya sebagai seorang ahli fikir yang berpandangan jauh dengan menyeru masyarakat agar memperluaskan penghayatan budaya fikir. Bukan main lagi pakar pemikir kita menyusun ayat-ayat yang yang menunjukkan yang beliau adalah seorang pemikir yang ulung. Betapa beliau seorang yang berintelek dalam mencanangkan idea-idea beliau itu.

Apakah selama ini Umno tidak melakukan apa yang beliau maksudkan itu. Beliau tak bagi tahu pun, sememangnya Umno sudah lama melakukannya. Kalau tidak, masakan banyak tanah-tanah Johor telah jatuh ke tangan Singapura. Kerana ingin menjadi masyarakat yang berbudaya maju lah dalam pemikiran para pemimpin Umno maka mereka sanggup merompak khazanah dan harta rakyat agar dipandang maju.

Berbelanja mengikut nafsu serakah merekalah ada negeri didalam Malaysia yang sudah muflis. Menggunakan harta rakyat seperti harta mak bapak diorang. Didalam pemikiran para pemimpin Umno, 'harta rakyat adalah harta aku, harta aku adalah harta akulah'. Kerana itulah apabila kita melihat cara pemimpin Umno dan keluarga mereka berbelanja, kita sendiri pun jadi takut.

Andainya ditakdirkan seorang rakyat marhaen mengikut pemimpin Umno berbelanja, rasa-rasa mati kerana kena serangan jantung. Apa tidaknya, cara mereka berbelanja pakai tunjuk aje apa yang mereka mahu dan ada tukang bayar dan tukang angkut barang. Kita kalau berbelanja untuk membeli sesuatu barang pun kita akan membezakan harga ditempat mana yang lebih murah. Bagi mereka, kalau itulah cara berbelanja, baik kamu tak usah ikut aku.... buat letih aku je menunggu kamu membelek harga.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan budaya fikir inilah yang akan menjadi faktor penentu utama yang bakal menjamin pembangunan tamadun baru dan kewujudan bangsa yang cemerlang pada masa depan.

Kalau bab ini aku memang mengaku sangat-sangat tentang apa yang beliau katakan. Ia memang bertetapan dengan budaya Umno yang sememang pakar dalam budaya fikir untuk menentukan pembangunan tamadun kerana didalam bab ini tiada sesiapa yang dapat mengatasi Umno. Kerana itulah kita tidak tahu ke mana perginya wang yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan yang bernilai trilion ringgit.

Memang mereka cemerlang dalam hal-hal begini, kerana itu kalau melibatkan angka sememangnya Umno adalah pakarnya yang paling cemerlang. Yang RM 24 juta jadi RM 3.5 juta, yang RM 12 bilion jadi RM 2 Bilion, yang RM 550 juta jadi RM 200 juta aje. Cuma kita terbalikkan sahaja angka tersebut. Memang Umno cukup cemerlang.

Kerana itulah satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk mengetahui bagaimana kaedah siasatan yang telah dilakukan oleh SPRM terhadap orang yang kena tuduh. Itu yang mereka hendak tahu, kalau zalim mereka akan memerintahkan agar siasatan yang dilakukan oleh SPRM dilembutkan dan diberi layanan VIP. Kerana mereka tahu, di situlah tempatnya yang akan terpaksa mereka pergi setelah kerajaan BN tumbang. Tahniah buat Umno-Bn kerana berpandangan jauh dalam isu SPRM.

Selasa, 21 Julai 2009

Apabila Umno Masih Lagi Berada Didalam Kesesatan.

Jangan hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia masih diperlukan untuk menangani keadaan-keadaan tertentu di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apa yang harus dilakukan kerajaan adalah membuat pengubahsuaian bagi membolehkannya diterima oleh semua pihak.
''Saya berpendapat, ia perlu dikemaskini tetapi jangan dihapuskan. Kerajaan perlu ubah suai ISA mengikut keadaan semasa.
''Di negara-negara lain pun, kalau tidak ada langkah-langkah pencegahan seperti ini (ISA) akan timbul masalah, contoh terdekat ialah jiran kita Indonesia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Kompleks Komuniti Desa (KKD) di sini hari ini.
Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pelaksanaan ISA bukan bermakna kerajaan bebas bertindak apa sahaja tetapi setiap tindakan tersebut masih perlu berlandaskan undang-undang.
''Apa yang penting adalah memastikan setiap tindakan diambil berdasarkan akta ini tidak harus wujud keraguan atau penyelewengan," katanya.
Sementara itu, mengulas tindakan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng meninggalkan MCA untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) katanya, ia tidak menjejaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) mahu pun UMNO.
''Tidak jadi masalah dengan kita, yang penting bagi kita adakah yang diperjuangkan oleh PKR itu selari dengan jiwa pemimpin MCA ini (Jui Meng).
''Kalau kita lihat, pertelingkahan dalam parti tidak seharusnya mendorong kita keluar parti. Ini (keluar masuk parti) bukan satu perkara baru, biasa dalam politik," katanya.

Ulasan Musafirlalu;
Berbagai pihak, terutama adalah daripada para pemimpin Umno yang mempertahankan undang-undang rimba Akta Keselamatan  Dalam Negeri (ISA), mereka bermati-matian mempertahankannya walaupun rakan-rakan mereka seperti Gerakan mahu ISA dihapuskan. Sebagai seorang yang mengaku Islam, adalah amat malang apabila mempertahankan akta yang ternyata bercanggah dengan Islam. Itulah sikap Umno yang hanya bertopengkan Islam. Sebagai seorang yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama telah menghina agama yang dianutinya. Berbeza dengan Gerakan yang lebih kedepan dalam isu ISA ini. Mereka (Umno) tahu, itulah talian hayat atau benteng terakhir mereka dalam menghalalkan cara untuk kesenambungan politik mereka yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia.

Apakah tidak cukup lagi dengan akta-akta yang ada di Malaysia sekarang ini sehinggakan akta yang bercanggah dengan Islam itu masih dipertahankan oleh mereka. Dimanakah pegangan agama mereka (Umno), yang mengaku seorang Islam tetapi dalam yang sama, mereka menghina Islam. Apakah ISA itu menempati ciri-ciri dalam tuntutan agama. Dimanakah para ulama didalam Umno untuk memberi penerangan kepada rakyat, yang ISA tidak bercanggah dengan Islam. Kita tidak pernah mendengar dari mulut ulama Umno dalam memperkatakan tentang akta ISA. Apakah kerana sedikit kesenangan dunia yang dinikmati, maka mereka(ulama Umno) membisu bila melibatkan kepentigan Umno dengan akta zalim tersebut.

Diatas dasar apakah yang menunjukkan ISA itu halal dari segi Islam. Kerana hendak mempertahankan hayat Umno, maka matlamat menghalaslkan cara. Dimanakah mufti-mufti yang ada, untuk memberi penerangan kepada rakyat yang ISA itu tidak salah disisi Islam. Apa yang pasti ialah, Umno terpaksa mempertahankannya kerana akta tersebut adalah satu akta yang dapat membantu mereka mengekalkan pemerintahan mereka. Kerana itulah mereka bermati-matian mempertahankan akta ISA biar pun ia bercanggah dengan Islam. Adalah satu perkara yang amat malang apabila bangsa dan agama lain pula yang menolak akta tersebut. Inilah Islam acuan Umno, mereka bukannya memberi keadilan tetapi merobek keadilan tersebut. Merekalah pengkhianat agama yang membuatkan agama lain memandang serong tentang Islam. Kerana itulah kaum Cina dan India di Malaysia, mengenali Islam dan mengetahui yang Islam adalah agama yang membawa keadilan kepada semua bangsa dan agama setelah mereka mendekati PAS.

Selama ini mereka telah ditipu oleh Umno pengkhianat Islam yang menyebabkan mereka menjauhi Islam disebabkan ianya telah diselewengkan oleh Umno. Apakah Umno masih boleh berbangga dengan slogan mereka iaitu, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mereka (Umno) adalah satu parti yang sesat lagi menyesatkan. Mereka pasti melenting apabila dikata sesat, maka tidak salahlah apa yang dikatakan oleh TGNA yang Umno adalah parti yang lebih teruk daripada Komunis dan Ayah Pin. Kerana  kesesatan Komunis dan Ayah Pin telah mereka terjemahkan secara nyata, tetapi Umno telah bertopengkan Islam. Tidakkah itu dikatakan lebih bahaya, sehinggakan mereka menyuruh TGNA bertaubat. Merekalah yang sepatutnya bertaubat dan meninggalkan Umno yang telah sesat lagi menyesatkan.

Isnin, 20 Julai 2009

Lelong..Lelong...Tilam Lama Kasi Lelong... Tilam Balu Tatak Ma..

Sebanyak 5,000 tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan hari ini. Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni, berkata syarikatnya diarah melelong tilam span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai. "Kita anggarkan pendapatan daripada hasil jualan ini sebanyak RM15,000 dan sebahagiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan sumbangan," katanya kepada Bernama selepas majlis lelongan tilam itu di sini. Syarikat itu membekalkan tilam bagi kegunaan penginapan kepada lebih 3,000 pasukan polis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN itu yang bermula 6 Julai hingga Selasa lalu. Azlina berkata, pihaknya membuat tiga lelongan di tiga tempat berasingan, di Manek Urai sebanyak 1,000 unit, Chuchuh Puteri (1,000 unit) dan Laloh, 3,000 unit. Beliau berkata, jualan pada harga murah kepada penduduk tempatan adalah sebahagian daripada program kebajikan yang disalurkan oleh syarikat itu kepada orang ramai.ini.
Ini hang kata program kebajikan selepas untung juta-juta. Kalau nak buat program kebajikan, hang bagi syarikat Mad Global Resources Sdn.Bhd. kat badan amal. Itu baru dinamakan program kebajikan.

Ahad, 19 Julai 2009

Umno Mula Menghancurkan Bangsa Melayu...

Dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak pernah meminggirkan kedudukan orang Melayu dan bumiputera seperti didakwa oleh pakatan pembangkang.
Realitinya kerajaan sudah lama meminggirkan orang Melayu dengan memperkenalkan bermacam-macam dasar. Beliau boleh mengatakan apa sahaja, tetapi yang pasti orang melayu terus terpinggir dari segala espek. Apakah beliau memperbanding segelintir orang melayu yang mendapat manafaatnya, maka beliau merangkumi keseluruhannya. Dimanakah beliau mendapat maklumatnya kalau megambil kira segelintir kaum melayu yang berjaya lalu beliau merangkumi keseluruhannya. Yang mendapat manfaatnya adalah orang-orang yang rapat dengan pemimpin Umno sahaja tetapi secara puratanya tidak seperti yang di war-warkan. Orang melayu tidak akan dapat bersaing didalam dunia tanpa sempadan selagi Umno berkuasa. Kerana dasa-dasar kerajaan Umno yang menberi manafaat kepada orang-orang yang menjadi kroni dan kaki ampu sahaja. Saya tidak melihat orang melayu akan terus berada ditampat yang sepatutunya dalam dasar liberalisasi ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanggapan UMNO dan kerajaan tidak lagi memperjuangkan hak orang Melayu ekoran pemansuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan.

Apakah beliau ini buta hati atau cuba bersendiwara dengan rakyat selepas apa yang beliau lakukan terhadap rakyat segaimana yang beliau lakukan di dalam pilihan raya kecil di Manek Urai. Usahlah beliau baling batu sembunyi tangan apabila beliau bercakap tentang memperjuangkan hak orang melayu. Dimanakah bumi yang beliau pijak apabila beliau menyatakan yang Umno ini memperjuangkan hak orang melayu sedangkan beliau sendiri terlibat dengan polituk ugutan terhadap bangsa beliau sendiri. Yang nyata di Manek Urai kaum melayu adala kaum majoriti yang merangkumi hampir 100 %. Inikah manusia yang mengatakan ia adalah pemimpin yang memperjuangkan hak kaum melayu. Walau apa nama yang diberikan oleh kerajaan selepas memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sememangnya telah gagal dan hanya menguntungkan segelintir kaum melayu sahaja. Benda yang sama tetapi hanya menukar nama sahaja. Bolehkah beliau mendabik dada sebagai penjuang kaum melayu yang beliau dan pemimpin Umno telah mengkhianatinya. Di atas dasar yang beliau dan Umno katakan yang mereka adalah pemimpin yang memperjuangkan kaum melayu. Apakah Umno cuba mengelirukan kaum melayu setelah apa yang telah beliau dan Umno lakukan di Manek Urai sebagai contoh.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa dan budayanya serta institusi raja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan selagi UMNO berkuasa.

Diatas dasar manakah Umno menyatakan yang mereka adalah perjuang kaum melayu selepas 52 tahun memerintah. Sedangkan yang nyata mereka sebenarnya telah mengkhianati kaum mereka sendiri. Saya sendiri pun tidak faham bagaimana sebuah parti yang terang-terang telah mengkhianati kaum mereka sendiri, tiba-tiba mengaku sebagai perjuang hak-hak orang melayu.

Setelah sedikit demi sedikit mereka menghakis hak-hak istimewa orang melayu dan mempermainkan agama yang dianuti mereka kemudian cuba menghakis bahasa ibunda mereka sendiri dengan dasar PPSMI dan meminda perlembagaan tentang raja-raja melayu. Tiba-tiba mengaku mereka sebagai jaguh.

Apakah orang-orang seperti ini masih wujub didalam dunia siber ini. Mereka boleh bercerita kepada ahli-ahli mereka sendiri tetapi tidak kepada kaum melayu. Apakah mereka merasakan yang kaum melayu sebodoh ahli-ahli Umno, yang boleh dicucuk hidung dan boleh dibawa kesana kemari.

"Sebab itu apabila kita umumkan kelonggaran peraturan dalam Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), kita juga umumkan untuk wujudkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal sebanyak RM10 bilion, bermula dengan RM500 juta satu institusi bagi membantu masyarakat Melayu khususnya bumiputera menguasai ekuiti dalam negara.

Sedangkan Dasar Ekonomi Baru pun boleh gagal, ini kan pula dengan Ekuinas. Orang melayu pun masih lagi terkial-kial dengan persaingan yang ada sekarang, tiba-tiba mengantikan DEB dengan Ekuiti Nasional Berhad. Kemudian memberi kelonggaran dalam peratusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

Maka kaum melayu semakin hancur dengan dasar baru yang dibawakan oleh Umno. Apabila kita melihat kepada angka memang menyeronakkan, tetapi apakah jaminan wang sebesar itu akan sampai kepada kaum melayu untuk bersaing. Yang pasti ia akan sampai, tetapi hanya untuk keluarga, sanak saudara dan kroni-kroni sahaja. Sekarang pun mungkin dia orang sudah meleleh air liur apabila melihat kepada angka tersebut.

"Ekuinas akan bertanggungjawab memastikan hak milik dan ekuiti bumiputera tidak akan berkurangan dan diharapkan dengan mekanisme baru ini, bumiputera akan dapat menguasai saham lebih daripada apa yang ada hari ini," ujarnya.

Memang hak milik tidak akan berkurangan, tetapi untuk yang ada kepentingan sahaja. Itulah kenyataannya. Inilah saat-saat bermulanya kehancurkan ekonomi orang melayu yang sebelum ini pun sudah tenat dan ditambah pula dengan Ekuinas. Satu dasar yang menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Apakah rasionalnya kerajaan memberi lebih banyak ruang kepada pelabur asing yang tidak secara langsung telah mengecilkan lagi ekonomi kaum melayu yang sememangnya sudah tidak berdaya saing.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Padang Rengas di sini hari ini. Inilah hadiah buat kaum melayu setelah tarif elektrik akan dinaikkan. Inilah dia 1Malaysia untuk kaum melayu memahaminya, setelah ramai yang tidak memahami apabila ia diperkenalkan oleh DS Najib.

Muhyiddin berkata, ia merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu orang Melayu, tetapi telah diputarbelitkan oleh pembangkang kononnya kerajaan tidak lagi mempertahankan hak orang Melayu sehingga bumiputera tidak mampu berhadapan dengan persaingan.

Inikah yang dikata bantuan untuk kaum melayu dari sudut pandangan Umno. Tidak tahulah kalau masih ada kaum melayu yang sebodoh Umno. Ini bukannya nak menolong, tak nak menghancurkan kaum melayu. Saya yang tidak belajar tinggi pun boleh memahaminya antara menolong dengan menghancurkan.

Tak tahulah ini hadiah yang keberapa setelah 11 hadiah telah diberikan kepada rakyat Malaysia. Memang Umno ini langsung jenis yang tidak berhati perut, banyak menyusahkan dari membantu. Terima kasih Umno dan DS Najib khususnya diatas hadiah-hadiah yang telah anda berikan kepada rakyat Malaysia. Saya amat-amat berbesar hati dengan hadiah-hadiah tersebut..... 1Malaysia.

Sabtu, 18 Julai 2009

Polis Jangan Mengeluarkan Kenyataan Yang Mengarut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan pihak polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta dan menyiasat secara menyeluruh kes kematian Setiausaha Politik seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teo Beng Hock.

Serentak itu, beliau meminta semua pihak membenarkan polis menjalankan siasatan tanpa sebarang halangan yang boleh mengganggu siasatan.

''Dalam soal ini kita mahu supaya tidak ada perkara yang perlu diselindungkan, siasatan perlu dibuat secara telus. Saya fikir ini langkah sewajarnya dibuat kerana ia sekarang di bawah tanggungjawab polis.

''Saya yakin polis akan siasat rapi dan tidak perlu bimbang dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini hari ini.

Beliau mengulas kes kematian Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, petang semalam.

Beng Hock yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan salah seorang saksi untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Muhyiddin seterusnya berkata, jika perlu, polis juga akan menyiasat parti politik dan anggota SPRM.

Ditanya tindakan segelintir pihak membuat bermacam-macam tuduhan melulu berhubung kematian mengejut bekas wartawan itu, beliau berkata, semua pihak perlu bertenang.

''Mereka mungkin terlalu emosional, sepatutnya mereka mesti bersikap rasional, kita jangan awal-awal buat tohmahan atau menuduh pihak tertentu melakukan itu ini, ini akan timbulkan salah faham.

''Saya fikir dalam kes sebegini berat sepatutnya pihak berkuasa polis buat siasatan rapi, eloklah kita tunggu hasilnya," katanya.

Ditanya tindakan pakatan pembangkang menganjurkan perhimpunan di hadapan Plaza Masalam, beliau berkata, mereka seharusnya mendapatkan permit polis.

Bagaimanapun, tegas beliau, polis tidak harus dipersalahkan jika terpaksa mengambil tindakan ke atas penganjur perhimpunan itu.

''Saya percaya polis akan kendalikan kes ini, jangan cakap banyak kita semua tak tahu apa sebenarnya berlaku," katanya.

Ulasan Musafirlalu...........

Apabila memberi jaminan yang pihak polis tidak akan menyembunyi kan apa-apa maklumat tentang kematian Teog Beng Hock. Bagaimana dengan kes Kugan yang mana terpaksa di laku post-mortem yang kedua disebabkan rasa tidak puas hati keluarga beliau dengan post-mortem yang pertama di mana pihak polis telah terang-terang menyembunyi kan kematian beliau yang ternyata telah berlaku penderaan ke atas mangsa.

Pihak polis juga menyelar sikap parti pembangkang yang tidak memohon permit un tuk berhimpun. Kalau pihak pembangkang memohon permit dari pihak polis, apakah ia akan diluluskan. Jangan hanya pandai cakap aje bila menyalahkan pihak pembangkang. Cukuplah pihak polis membuat kenyataan-kenyataan yang sentiasa menyalahkan pihak pembangkang. Buat menyakitkan hati sahaja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular