Translate

Memaparkan catatan dengan label Rogol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rogol. Papar semua catatan

Jumaat, 29 November 2013

Pecah Tembelang, Bapa Akui Anaknya Berkahwin Muda Kerana Diperkosa.


Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.

Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.


Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya. Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.

“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil. “Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya. 

Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk. TMI

Khamis, 6 September 2012

Rogol Bawah Umur Atau Suka Sama Suka: Undang-Undang Rimba Yang Membela Golongan Elit.

Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur. 
    
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan semalam berkata rayuan tersebut telah difailkan pada 29 Ogos lalu.

Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi  dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta
pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya.
    
Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
    
Abdul Gani berkata jabatan itu juga meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka terhadap satu lagi kes rogol, yang mana pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009. 

Katanya pihaknya mengambil kira bahawa kes itu telah dibicara dan didengar sehingga ke tahap mahkamah yang terakhir mengikut undang-undang, yang mana pembuatan rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan tidak lagi mungkin.

Dalam hal ini, katanya, Jabatan Peguam Negara sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren mahkamah dengan mengambil kira bahawa kuasa untuk membuat semakan tersebut sepatutnya terbatas kepada salah aturan tatacara yang tidak melibatkan kesalahan atau perkara substantif.
    
"Jabatan ini juga perlu mengambil kira keperluan bagi kemuktamadan sesuatu keputusan mahkamah khususnya apabila keputusan kes telah berakhir di Mahkamah Rayuan berdasarkan bidang kuasa rayuannya.

"Jabatan berpendapat bahawa penyimpangan keadilan ini bagi mereka yang paling memerlukan perlindungan undang-undang perlu diperbetulkan," katanya. 

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara memandang serius kedua-dua keputusan mahkamah tersebut dan berpendirian bahawa kes rogol menghendaki hukuman deteren dikenakan untuk menunjukkan kebencian dan ketidaksenangan masyarakat terhadap perbuatan jenayah hina sedemikian. 

"Jabatan ini berpendapat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, terutamanya kesalahan yang melibatkan mangsa kanak-kanak, yang pada hakikatnya meningkatkan keseriusan kesalahan tersebut, bukan suatu kesalahan di bawah hal keadaan yang meringankan dan bukan kes yang mewajarkan budi bicara mahkamah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah digunakan, tidak kira sama ada pesalah merupakan pesalah kali pertama mahupun pesalah muda," katanya. 

Abdul Gani berkata secara prinsip dan moralnya, seseorang yang melebihi umur 18 tahun, terutamanya yang dikenali dan dipercayai oleh mangsa kanak-kanak tidak wajar mengambil kesempatan terhadap seseorang kanak-kanak kerana kanak-kanak pada usia bawah 18 tahun masih belum mencapai kematangan yang sewajarnya. 

Katanya, walaupun dikatakan terdapat keizinan daripada seorang mangsa kanak-kanak bagi sesuatu perlakuan seksual, namum kesahihan keizinan tersebut perlu dipersoal memandangkan usia dan ketidakmatangan fikiran kanak-kanak tersebut. 
    
"Pada hakikatnya, adalah mustahil seorang kanak-kanak yang belum matang fikirannya dapat memahami kesan dan akibat keizinan yang diberikan untuk membolehkan suatu keizinan yang berkesan di sisi undang-undang," katanya.

Abdul Gani berkata kes jenayah rogol terhadap mangsa di bawah masing-masing umur 16 dan 12 tahun kian menurun. 

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada tahun 2009, kes rogol melibatkan mangsa bawah 13 tahun ialah 281 kes, sementara yang melibatkan mangsa antara 13 dan 15 tahun ialah 1,767 kes. 

Statistik ini menurun kepada 1,777 kes pada tahun 2010 (214 kes bagi bawah 12 tahun, 1,563 kes bagi 13 hingga 15 tahun), dan seterusnya kepada 1,652 kes pada tahun 2011, iaitu 202 kes melibatkan mangsa berumur bawah 12 tahun dan 1,450 melibatkan mangsa berumur antara 13 dan 15 tahun. 

Setakat Julai tahun ini, jumlah kes rogol statutori yang dilaporkan ialah 859 kes, iaitu 109 melibatkan mangsa bawah 12 tahun dan 750 kes melibatkan mangsa berumur 13 hingga 15 tahun. 
    
"Salah satu faktor penurunan tersebut ialah hukuman berat yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 dan dilaksanakan dengan sewajarnya oleh mahkamah setakat ini," katanya. 

Abdul Gani berkata merujuk kepada statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung pendaftaran kelahiran anak tanpa maklumat bapa di mana ibu berumur di bawah 18 tahun, ia jelas menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak bawah 18 tahun telah melahirkan anak luar nikah akibat daripada tindakan seseorang dewasa yang telah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak tersebut. 
    
Beliau berkata mengikut statistik JPN dari tahun 1997 hingga Julai 2012 mengenai perkara tersebut mengikut keturunan, sebanyak 14,370 kes telah dilaporkan iaitu kaum Melayu mencatatkan sebanyak 8,269 kes, diikuti dengan kaum lain-lain iaitu sebanyak 4,940 kes. 
    
Kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan 739 dan 423 kes.

- Bernama

Khamis, 30 Disember 2010

Kenapa Tiada Blog Pencacai Membela Rais Yatim!!!!!

Hello Datuk Seri....... tolong cover kes saya ni....

Mana PapaGomo...... mana Parpukari....... mana Blogger Pembela Negara....... mana blogger Nadi Rakyat. Nampaknya Papa Gomo dah sembunyi dalam kain siMamat Saidi dan Parpukari pula berada dalam kain Hamidah Osman.

Kesian Rais......... dah la anak Yatim........... para blogger pencacai tiada seorang pun yang  kehadapan membelanya.Tak macam kes Ustaz Saipul.......... begitu ramai blogger Pakatan Rakyat yang membela beliau dan siap dengan hujah yang kukuh.

Di dunia siber ni bukannya susah nak tahu berita itu benar atau fitnah.......... cuuuuuukuppppp senang. Kalau puak PapaGomo, Parpukari dan yang sewaktu dengan membawa berita, maka sahlah cerita itu adalah cerita fitnah. Jika puak-puak mereka diam seribu bahasa berkaitan satu-satu isu, bermakna isu/cerita itu adalah benar.

Maka sahlah menteri tersebut adalah Rais anak Yatim dan untuk kepastian, saudara boleh ke blog Bicara Abu Nawas/Wasiat Pejung. Kita tunggu apa  yang akan dilakukan oleh Najib One Malaysia terhadap menteri kabinet dapur beliau.

Apa yang boleh kita harapkan dari seorang pemimpin yang menjadikan Che Det sebagai sifunya. Jika ikut perangai Che Det, pemimpin-pemimpin seperti inilah yang amat disukainya. Beliau tidak akan memecat menteri yang ada skandal, malah beliau akan terus mengekalkannya.

Kerana orang macam inilah yang akan mengikut segala arahan yang diberi tanpa banya soal. Orang macam ini tidak sesekali melawan tauke kerana segala rahsianya ada kat tangan. Jadi tak hairanlah jika Isa Samad dilantik sebagai pengerusi baru Felda.

Jawatan tersebut memang sesuai sangatlah dengan Isa Samad pasal Felda ada banya tunai........ joli sakanlah si Isa Samad. Dan boleh tolong cover kes bagaimana duit tunai Felda yang berbilion-bilion hilang tanpa dikesan.
Berkaitan dengan kes Rais anak Yatim, kita tunggu dan lihat bagaimana cara Najib One Malaysia akan menyelesaikannya. Apakah Rosmah terpaksa masuk campur ataupun APCO akan dipanggil untuk selesaikannya. 

Nak harap Blogger Pembela Negara dan Nadi Rakyat!!!!!!........... Hampas....... semuanya sedang bersembunyi dalam kain tuan masing-masing.

Rabu, 29 Disember 2010

Rais Yatim Kena Buat Penafian Kerana Semua Blogger Memandang Kearahnya.

Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. 
Jangan dok terang pasal 72 % rakyat Malaysia terima konsep 1 Malaysia....... Betul ke atau 72 % tu orang Umno sahaja yaitu mewakili 2.16 juta sahaja rakyat Malaysia.

Artikel saya pada 26 Disember telah memberi klu berkaitan Menteri yang dituduh merogol amah warga Indonesia. Ini bukan perkara yang boleh dibawa main-main, ini perkara yang melibatkan maruah dan nama baik Malaysia yang sememangnya sudah busuk sebusuknya.

Walau pun banyak blog-blog yang sengaja mengajukan tanda-tanya tentang menteri tersebut, hakikatnya mereka semua sudah dapat mengagak nama menteri tersebut. Ini bukannya satu tuduhan kerana apabila beratus-ratus blog mula memapar gambar beliau maka beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan tersebut.

Sekarang ini difikiran orang ramai tidak meletakkan tiga nama atau dua nama, tetapi hanya satu nama sahaja dan semuanya terarah kepada beliau. Sedangkan semua orang tahu yang 'Fitnah itu Tidur', jadi janganlah dikejutkan fitnah itu.

Atau pun beliau pun terkena 'Sindrom Najib' yang akan membisu seribu bahasa berkaitan dengan kes beliau. Lihatlah betapa berpengaruhnya menteri tersebut sampaikan amah yang sudah pulang kenegaranya sendiri pun masih takut untuk menyebut nama beliau.

Apa tidaknya jika ada kuasa dan wang semuanya boleh belaku walaupun dinegara sendiri. Jika kerajaan ingin membersihkan nama Malaysia, amah tersebut mestilah diberi kekebalan dengan membawanya kembali ke Malaysia. 

Apa yang penting, amah tersebut mesti diberi kawalan 24 jam dengan jaminan daripada kerajaan Malaysia dan Indonesia. Tubuh satu Suruhan Diraja yang tidak akan memberi kekebalan kepada sesiapa sahaja hatta Pak Lah sendiri.

Apa yang hendak ditakuti jika berdiri diatas landasan yang benar............... Ada berani ka?

Ahad, 26 Disember 2010

Siapakah Menteri Yang Di Tuduh Merogol Amah??????

 
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. 
Jangan dok terang pasal 72 % rakyat Malaysia terima konsep 1 Malaysia....... Betul ke atau 72 % tu orang Umno sahaja yaitu mewakili 2.16 juta sahaja rakyat Malaysia.

Siapakah menteri era Pak Lah yang dituduh  merogol amah warga Indonesia? Wikileaks telah mendedahkan tanpa menyebut nama menteri tersebut yang dikatakan masih lagi berjawatan menteri.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku. 

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.
Apakata kita tanya pakar fitnah yang kononnya banyak simpan rahsia dalam peti besi atau peti besi kat rumah beliau sememangnya kosong. Mungkin beliau hanya ada modal kes Adun Selinsing sahaja dan cuba menutup kes menteri tersebut dengan membesar-besarkan kes zina Ustaz Saipul. Atau beliau hanya kerani duduk dalam kain si Mamat Saidi.
Atau tanya Rocky Bru siapa sebenarnya Menteri tersebut dan usah bermain teka teki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular