Translate

Memaparkan catatan dengan label sesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sesat. Papar semua catatan

Isnin, 3 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg.3)

SOSIAL DARWINISME: SATU ADAPTASI UNDANG-UNDANG RIMBA KE TABIAT MANUSIA

Salah satu dakwaan teori evolusi yang paling penting ialah asas perkembangan hidupan yang bergantung kepada "perjuangan untuk hidup" di alam semula jadi. Menurut Darwin, di dalam alam ini terdapat berbagai pertarungan untuk hidup yang tidak mengenal erti belas kasihan, iaitu konflik luaran. Yang gagah sering berjaya menawan yang lemah, dan ini yang mewujudkan peningkatan. Buku beliau bertajuk The Origin of Species, telah menghuraikan subjek ini. Di bawah bab bertajuk "The Origin of Species by Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life".
Thomas Malthus, yang telah mempengaruhi Darwin dan beranggapan bahawa peperangan dan kekurangan akan dapat mengimbangi peningkatan populasi dunia.
Sumber inspirasi Darwin di dalam perkara ini ialah buku tulisan seorang ahli ekonomi Inggeris Thomas Malthus bertajuk "An Essay on the Principle of Population". Buku ini menyatakan bahawa manusia akan menghadapi masa depan yang gelap. Malthus merumuskan bahawa populasi manusia akan meningkat pada kelajuan yang dahsyat. Jumlah mereka akan meningkat sekali ganda setiap 25 tahun. Bagaimana pun, keperluan makanan tidak meningkat pada kadar yang sama. Di dalam keadaan ini, seluruh manusia akan menghadapi ancaman bahaya kebuluran yang genting. Kuasa-kuasa yang dapat mengawal populasi ini hanyalah malapetaka, seperti peperangan, kebuluran, dan serangan penyakit. Ringkasnya, untuk membolehkan sebahagian manusia hidup, adalah perlu untuk mereka yang lain dikorbankan. Kewujudan bererti "peperangan yang berterusan".

Darwin mengakui buku Malthuslah yang telah memberikannya idea tentang perjuangan untuk hidup:
Pada Oktober 1838, iaitu lima belas bulan selepas saya memulakan penyelidikan secara sistematik, saya telah membaca secara suka-suka pendapat Malthus tentang populasi, dan telah bersedia menilai perjuangan untuk hidup yang berterusan daripada pemerhatian yang panjang terhadap habitat haiwan dan tumbuhan, ia membuatkan saya terfikir bahawa di dalam keadaan ini, variasi- variasi pilihan akan lebih terpelihara dan variasi bukan pilihan akan musnah. Hasilnya ialah pembentukan spesies-spesies baru. Akhirnya saya mendapat satu teori yang berguna.2
Pada abad ke-19, idea-idea Malthus telah diterima oleh masyarakat secara meluas. Para intelektual kelas atasan Eropah juga telah menyokong idea-idea Malthus ini. Tumpuan yang diberikan oleh Eropah abad ke-19 kepada idea-idea Malthus tentang populasi dapat diperhatikan di dalam artikel The Scientific Background of the Nazi "Race Purification" Programme:
Pada separuh awal abad ke-19, di Eropah, anggota-anggota daripada kelas yang memerintah telah berkumpul untuk membincangkan tentang "masalah populasi" yang baru ditemui dan untuk mencari jalan bagi melaksanakan mandat Malthus, meningkatkan kadar kematian orang-orang miskin. "Daripada menganjur kebersihan kepada orang miskin, kita perlu menggalakkan keadaan sebaliknya. Di bandar, kita perlu menjadikan jalan-jalan kita lebih sempit, penuhkan lebih ramai orang ke dalam rumah, dan mengharapkan pengembalian wabak-wabak. Di perkampungan pula, kita perlu membina perkampungan-perkampungan yang dekat dengan kolam-kolam bertakung, dan menggalakkan penempatan di kawasan-kawasan yang berpaya dan tidak baik.3
Hasil daripada polisi gila ini, yang kuat akan menewaskan yang lemah di dalam pertarungan untuk hidup, dan dengan ini peningkatan populasi yang melampau dapat diseimbangkan. Pada abad ke-19 England telah melancarkan program "menghancurkan orang miskin". Satu sistem industri telah asaskan di mana kanak-kanak berusia lapan atau sembilan tahun dipaksa bekerja 16 jam setiap hari di lombong-lombong arang batu dan beribu-ribu telah mati disebabkan oleh keadaan yang teruk ini. Teori Malthus "perjuangan untuk hidup", telah mengheret berjuta-juta rakyat miskin di England kepada kehidupan yang amat menyeksakan.

Darwin yang terpengaruh dengan Malthus, telah memasukkan pandangan ini ke alam semula jadi, dan menganggap bahawa peperangan ini akan dimenangi oleh yang paling kuat dan perkasa. Dakwaan Darwin ini juga merangkumi semua tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga manusia. Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan untuk hidup ini merupakan undang-undang alam semula jadi yang berkekalan dan tidak akan berubah. Dengan menolak hakikat ciptaan, beliau telah mengajak manusia untuk meninggalkan kepercayaan-kepercayaan mereka dan prinsip-prinsip sesuatu etnik yang menjadi penghalang kepada "perjuangan untuk hidup" yang kejam ini.

Kerana itulah, teori Darwin telah mendapat sokong padu sebaik sahaja ia mula dikemukakan, mulanya di England dan kemudiannya di seluruh negara Barat. Para imperialis, kapitalis dan materialis yang menyokong teori yang menyediakan kepada mereka landasan saintifik untuk sistem politik dan sosial yang telah mereka asaskan, tidak teragak-agak untuk menerimanya. Di dalam masa yang singkat sahaja, teori evolusi ini telah mendapat perhatian berbagai bidang masyarakat manusia, daripada sosiologi kepada sejarah, daripada psikologi kepada politik. Di dalam setiap bidang, idea asasnya ialah slogan "perjuangan untuk hidup" dan "yang kuatlah yang terus hidup", dan parti-parti politik, rakyat, pentadbir, firma-firma komersial, individu-individu telah mula hidup di dalam bara slogan-slogan ini. Disebabkan ideologi yang berkuasa telah mengiktiraf Darwinisme, maka propaganda-propaganda para penyokong Darwin telah mula menyusup masuk ke berbagai bidang, daripada pendidikan kepada seni, daripada politik kepada sejarah. Ia cuba mewujudkan pertalian di antara setiap subjek dengan Darwinisme dan melihatnya dari kaca mata seorang penyokong Darwin. Hasilnya, walaupun masyarakat tidak mengenali Darwinisme, tetapi model-model masyarakat yang diingini oleh Darwinisme telah mula terbentuk.

Darwin sendiri mengakui bahawa pendangan-pandangan beliau yang berasaskan kepada evolusi telah diserapkan kepada kepercayaan etnik dan sains kemasyarakatan. Darwin menyebutkan seperti berikut kerpada H. Thiel di dalam sepucuk surat pada tahun 1869:
Anda tidak akan percaya betapa gembiranya saya mengetahui bahawa anda telah menyerapkan ke dalam moral dan sosial persoalan-persoalan yang sama dengan pandangan-pandangan yang telah saya gunakan berkaitan dengan pemindaan spesies-spesies. Saya sendiri tidak menyangka pandangan- pandangan saya akan dikembangkan begitu jauh berbeza, dan yang lebih penting, ia menguasai.4
Di dalam keadaan pertempuran di alam ini diterima sebagai fitrah semula jadi manusia, konflik-konflik yang berlaku di atas nama rasisme, Fasisme, Komunisme, dan imperialisme, dan usaha mereka yang gigih untuk menghentam golongan yang dianggap lemah, kini dapat difahami dengan sejelas-jelasnya. Kini amat mustahil untuk menghalang atau menyekat mereka yang melakukan pembunuhan berkelompok yang kejam, melayan manusia lain seperti binatang, melaga-lagakan manusia supaya saling bermusuhan, mereka yang menghina orang lain kerana bangsa mereka, mereka yang menutup perniagaan-perniagaan kecil di atas dasar persaingan, dan mereka yang menolak untuk menolong orang-orang yang fakir. Kerana mereka melakukan ini semua berdasarkan kepada undang-undang semula jadi yang "saintifik".

PENINDASAN DI SELURUH DUNIA


Pada Darwinsme, penipuan bahawa konflik dan pertempuran adalah sifat semulajadi manusia telah diterima. Hasilnya, di kebanyakan tempat di seluruh dunia, peperangan, pembunuhan, dan keganasan telah diselindung di sebalik mantel yang dikenali sebagai mantel sains, dan abad ke-20 telah menjadi satu abad kepedihan dan kesengsaraan.

Perkara baru ini kemudiannya telah dikenali sebagai "Sosial Darwinisme".

Salah seorang saintis evolusionis terkenal pada zaman kita, seorang ahli paleontologi Amerika Stephen Jay Gould menerima kebenaran ini dengan menulis kepada penerbit buku The Origin of Species dalam tahun 1859, "sebab-sebab tentang perhambaan, kolonialisme, perbezaan kaum, pertembungan kelas-kelas, dan peranan seks akan berterusan di bawah nama sains".5

TIMBANG TARA YANG KEJAM

Menurut Sosial Darwinsme, mereka yang lemah, miskin, sakit, dan mundur perlu dihapuskan, dan dilenyapkan tanpa belas kasihan. Mereka percaya bahawa ia adalah perlu untuk evolusi manusia. Salah satu sebab mengapa pada abad ke-20 tiada jawapan kepada berjuta-juta manusia yang menagih pertolongan, daripada Bosnia ke Ethopia, ialah kerana ideologi ini yang telah membebankan masyarakat dengan kejam.
Terdapat satu fakta yang perlu diberikan perhatian yang berhati-hati di sini. Setiap zaman sepanjang sejarah manusia telah menyaksikan berbagai peperangan, kekejaman, penindasan, rasisme, dan konflik. Tetapi, pada setiap masa terdapat satu agama suci yang mengajar manusia bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan menyeru mereka ke arah pendamaian, keadilan dan ketenangan. Di sebabkan manusia mengenali agama suci ini maka sekurang-kurangnya mereka dapat menerima apa yang mereka lakukan adalah salah apabila mereka melibatkan diri di dalam keganasan. Tetapi, kemudiannya pada abad ke-19, Darwin telah mengemukakan kepada mereka bahawa pertempuran untuk mencari untung dan ketidakadilan mempunyai justifikasi sains, dan menyatakan bahawa semuanya ini adalah sebahagian daripada fitrah manusia, bahawa manusia mewarisi dendam dan sifat agresif yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, dan bahawa dengan cara ini jugalah haiwan yang lebih gagah dapat selamat, undang-undang yang sama berlaku kepada manusia. Dipengaruhi dengan pemikiran ini, peperangan, penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai telah mula berlaku di sebahagian besar dunia. Lebih daripada itu, penyokong-penyokong Darwin telah menyokong dan menggalakkan perbuatan-perbuatan ini yang membawa banyak kesengsaraan, pertumpahan darah, dan penderitaan kepada dunia, dan membela semua perlakuan mereka. Hasil daripada sokongan saintifik yang terkenal ini, semua ideologi-ideologi berbahaya ini telah menjadi semakin kuat, dan menyebabkan abad ke-20 dicap sebagai "zaman penderitaan".

Di dalam buku "Darwin, Marx, Wagner", pensyarah ilmu sejarah Jacques Barzun telah mentafsirkan kesan-kesan kebejatan moral dunia moden kini dari segi sains, kemasyarakatan dan kebudayaan. Ulasan berikut dipetik daripada buku beliau yang mengimbas pengaruh Darwinisme kepada dunia:
Pengarang buku "Darwin, Marx, Wagner", profesor sejarah Jacques Barzun
… Di setiap negara Eropah pada sekitar tahun-tahun 1870 dan 1914 terdapat sebuah parti yang menuntut untuk mengangkat senjata, sebuah parti individu yang mahukan persaingan tidak sihat, sebuah parti imperialis yang menuntut kebebasan ke atas rakyat bawahan, sebuah parti sosialis yang mahu berkuasa, dan sebuah parti rasialis yang mendesak pembersihan dalaman menentang orang luar - setiap mereka, apabila keinginan untuk tamak dan menjadi agung gagal, telah menggunakan Spencer dan Darwin, yang menyatakan, sains adalah jelmaan… Bangsa adalah berkaitan dengan biologi, ia adalah berkaitan dengan sosiologi, ia adalah secara Darwin.6
Pada abad ke-19, apabila Darwin mengemukakan dakwaan bahawa hidupan tidak dijadikan tetapi telah terbentuk secara kebetulan, dan manusia mempunyai moyang yang sama dengan haiwan dan telah berubah secara kebetulan sebagai organisma yang paling maju peningkatannya, mungkin tidak ramai yang dapat meramalkan apakah implikasi daripada dakwaan ini. Tetapi pada abad ke-20, kesan akhir dakwaan ini telah dapat disaksikan di dalam pengalaman-pengalaman yang menakutkan. Mereka yang melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang, tidak teragak-agak untuk melonjak naik dengan menindas mereka yang lemah, menyahkan mereka yang sakit dan lemah, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai sekadar untuk membersihkan bangsa-bangsa yang mereka rasakan berbeza dan berkedudukan rendah. Kerana teori mereka yang bertopengkan sains menyatakan kepada mereka bahawa ini adalah satu "undang-undang semula jadi".

Mala petaka yang dibawakan oleh Darwinisme kepada dunia bermula dengan cara ini, dan berkembang pesat ke seluruh dunia. Pada abad ke-19, sebelum materialisme dan ateisme berkembang pesat melalui sokongan yang mereka terima daripada Darwinisme, sebahagian besar masyarakat percaya bahawa Allah telah mencipta semua hidupan dan manusia tidak seperti hidupan lain, mereka dianugerahkan roh yang dijadikan oleh Allah. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan kedudukan, adalah hamba yang dijadikan oleh Tuhan. Bagaimana pun, iman yang lemah telah dipatahkan oleh Darwinisme, yang membentuk kumpulan-kumpulan masyarakat yang saling bersaing antara satu sama lain, di samping tidak menghiraukan kepentingan moral, mereka melihat manusia sebagai seekor haiwan yang telah berkembang. Masyarakat yang menolak sebarang tanggungjawab mereka terhadap Allah telah melahirkan satu masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Daripada kebudayaan inilah munculnya berbagai jenis "isme", dan setiap satunya telah menjadi malapetaka kepada manusia.

Di dalam halaman berikutnya, kita akan mengkaji ideologi-ideologi ini di dalam persoalan apa yang Darwinisme justifikasikan, hubungan rapat di antara ideologi-ideologi ini dan Darwinisme, dan akibat daripada kerjasama ini kepada dunia.

bersambung.............

Ahad, 2 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg.2)

BAB 1

SEJARAH RINGKAS DARWINISME

Sebelum kita beralih kepada penderitaan dan malapetaka yang telah dibawakan oleh Darwinisme kepada dunia, mari kita lihat secara ringkas sejarahnya. Ramai beranggapan Teori Evolusi yang telah diasaskan oleh Charles R. Darwin, sebagai sebuah teori yang berlandaskan kepada bukti-bukti, pemerhatian dan eksperimen saintifik yang kukuh. Tetapi, pengasas sebenarnya bukan Darwin, dan ia juga tidak mempunyai sebarang sumber saintifik.
Sekeping gambar menunjukkan tuhan air Sumerian. Seperti Sumerian, Darwinis percaya hidupan telah muncul secara kebetulan daripada air. Dengan kata lain, mereka melihat air sebagai tuhan yang menjadikan hidupan.

Pada satu zaman di Mesopotamia, apabila agama penyembahan berhala berkuasa, khurafat dan kepercayaan karut yang telah menjadi tunjang kehidupan dan alam ini amat banyak; di antaranya ialah kepercayaan "evolusi". Menurut epik Enuma-Elish, yang kembali kepada bangsa Sumerian (tamadun awal Babylon Purba), telah berlaku satu banjir besar, dan daripada ini tuhan-tuhan yang dikenali sebagai Lahmu dan Lahamu terbentuk secara mendadak. Berdasarkan kepada khurafat ini, berhala-berhala ini pada mulanya telah mencipta diri mereka sendiri dan kemudian setelah menjadi universal, lalu membentuk benda-benda dan hidupan lain. Dengan kata lain, menurut dongengan Sumerian, hidupan muncul secara tiba-tiba daripada keadaan berair mati yang berkocak, kemudian berkembang dan membangun.


Kita akan dapati kepercayaan ini amat mirip dengan dakwaan teori evolusi yang menyatakan bahawa "hidupan telah berkembang daripada benda tidak hidup". Daripada itu kita akan dapati idea evolusi bukannya milik Darwin, tetapi adalah milik penyembah berhala Sumerian.
Kemudian, dongengan evolusi ini telah mendapat tempat yang luas untuk hidup di dalam tamadun penyembahan berhala yang lain, iaitu Greek Purba. Para ahli falsafah Greek Purba yang materialis beranggapan bahawa benda adalah satu-satunya perkara yang wujud. Mereka merujuk kepada dongengan evolusi, yang telah diwarisi daripada kaum Sumerian, untuk menjelaskan bagaimana hidupan dapat muncul. Dengan itu, falsafah materialis dan dongengan evolusi telah muncul bersama di Greek Purba. Dari situ, ia kemudian telah dibawa ke dalam kebudayaan Rom.

Kedua-dua konsep ini, yang setiap satunya adalah kepunyaan budaya penyembahan berhala, telah muncul di dunia moden pada abad ke-18. Sebahagian pemikir Eropah yang mengkaji sumber-sumber Greek purba telah membawa kepada materialisme. Satu sifat biasa bagi pemikir-pemikir ini ialah mereka menentang agama.

Di dalam keadaan ini, individu pertama yang mengkaji teori evolusi ini secara terperinci ialah seorang pakar biologi Perancis Jean Baptiste Lamarck. Di dalam teori beliau, yang kemudiannya didapati salah, Lamarck beranggapan bahawa semua hidupan telah berkembang daripada satu sama lain oleh perubahan-perubahan kecil di dalam hidup mereka. Seorang individu lain yang telah mengulangi dakwaan Lamarck, dengan cara yang berbeza ialah, Charles R. Darwin.
Seperti masyarakat penyembahan berhala, Darwinis percaya bahawa hidupan muncul secara kebetulan di dalam air hasil daripada kesan-kesan semula jadi. Berdasarkan dakwaan yang tidak masuk akal ini, atom-atom mati di dalam "sup primitif" di dalam gambar ini telah bercantum dan memilih untuk membentuk hidupan
Darwin mengemukakan teori ini di dalam bukunya "The Origin of Species", yang telah diterbitkan di England pada tahun 1859. Di dalam buku ini, dongengan evolusi, yang berasal daripada Sumer purba ini, telah dikemukakan dengan terperinci. Beliau mendakwa bahawa semua spesies berasal daripada satu moyang, yang telah wujud secara kebetulan di dalam air, dan kemudian telah berkembang di dalam keadaan berbeza daripada satu sama lain oleh perubahan-perubahan kecil yang terhasil secara tidak sengaja.

Dakwaan Darwin ini tidak diterima sepenuhnya oleh kebanyakan ahli-ahli sains pada zaman beliau. Di samping itu, pakar-pakar fosil telah menyedari bahawa dakwaan Darwin ini tidak lebih daripada sebuah khayalan fantasi sahaja. Bagaimana pun kemudiannya, teori Darwin ini telah mula mendapat sokongan daripada beberapa golongan yang berbeza. Ini kerana, Darwin dan teorinya telah mengemukakan asas yang hilang kepada kuasa-kuasa yang memerintah pada abad ke-19.

SEBAB UTAMA PENERIMAAN DARWINISME ADALAH IDEOLOGI


Zaman ketika Darwin menerbitkan bukunya "The Origin of Species" dan ketika beliau mengemukakan teori evolusi beliau, sains pada waktu itu amat mundur. Sebagai contoh, sel yang telah diketahui kini mempunyai satu sistem yang paling rumit, hanya dapat dilihat sebagai satu tompokan melalui mikroskop ringkas yang digunakan pada zaman tersebut. Kerana itulah, Darwin tidak melihat sebarang masalah untuk mendakwa hidupan telah muncul secara kebetulan daripada benda mati.


Dengan cara yang sama juga, rekod fosil yang tidak lengkap juga membolehkan ia mendakwa hidupan muncul daripada satu sama lain melalui beberapa perubahan. Tetapi hari ini, rekod-rekod fosil tidak memberikan walau satu bukti untuk menyokong dakwaan Darwin bahawa hidupan telah muncul dengan peningkatan antara satu sama lain. Sehingga kini, pengikut-pengikut teori evolusi cuba menyelesaikan dilema ini dengan mengatakan bahawa, "ia akan ditemui suatu hari nanti di masa hadapan". Tetapi kini mereka tidak dapat lagi berselindung di sebalik penjelasan ini. (Untuk maklumat yang lebih teperinci sila lihat bab Konsep Evolusi Yang Salah)
Jika dibandingkan dengan hari ini, mikroskop yang terdapat pada abad ke-19 adalah amat primitif dan hanya dapat melihat sel sebagai tompokan, seperti di dalam gambar.

Walaubagaimanapun, tidak terdapat sebarang perubahan kepada pegangan Darwinis terhadap teori evolusi ini. Penyokong-penyokong Darwin telah sampai ke zaman kita di dalam keadaan terus berpegang dengan keyakinan penuh kepada Darwin sebagaimana ia telah diwarisi akhir 150 tahun yang lalu.


Kalau begitu, apakah sebab untuk Darwinisme, di dalam keadaan semua fakta-faktanya telah terbukti tidak saintifik, mendapat perhatian daripada beberapa golongan, dan telah dipropagandakan agar diterima?

Di antara ciri-ciri teori Darwin yang paling nyata ialah penolakannya terhadap kewujudan seorang Pencipta. Menurut teori evolusi, hidupan terbentuk dengan sendirinya daripada benda-benda mati, secara kebetulan. Dakwaan Darwin ini telah memberikan satu sokongan saintifik songsang kepada semua falsafah ateis, dimulakan dengan falsafah materialis. Kerana sehingga abad ke-19, kebanyakan ahli-ahli sains melihat sains sebagai satu cara untuk mempelajari dan menerokai apa yang telah Tuhan jadikan. Disebabkan kepercayaan ini telah diterima dengan meluasnya, maka para ahli falsafah yang ateis dan materialis tidak dapat menemui satu landasan yang sesuai untuk membangunkan fahaman mereka. Tetapi dengan menafikan kewujudan seorang Pencipta dan membina satu sokongan khayalan untuk kepercayaan ateis dan materialis ini, teori evolusi telah memberikan satu peluang keemasan kepada mereka. Kerana itulah, mereka telah mengiktiraf Darwin dan mengadaptasikan teori tersebut kepada ideologi-ideologi mereka.

Kerjasama Darwinisme dengan ideologi-ideologi yang merosak dan memusnahkan dunia ini, merupakan satu fakta yang amat jelas di sini.

bersambung...........

Sabtu, 1 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg.1)


PENGENALAN

PELOPOR KESENGSARAAN PADA ABAD KE-20


Abad ke-20 yang baru sahaja kita tinggalkan, merupakan satu abad yang sarat dengan peperangan dan konflik, yang membawa kepada kesengsaraan, pembunuhan beramai- ramai, kemiskinan, dan kemusnahan yang dahsyat. Berjuta-juta manusia telah dibunuh, dihapuskan beramai-ramai, terjerumus ke kancah kebuluran dan kematian, dan juga terbiar tanpa rumah dan kediaman, tiada pelindungan dan sokongan. Dan semua ini tanpa sebarang sebab: melainkan kerana perhambaan mereka terhadap ideologi-ideologi sesat. Berjuta-juta manusia telah terdedah kepada layanan tidak berperikemanusiaan yang tidak layak diterima walau pun oleh haiwan. Hampir di setiap zaman pasti terdapat pemerintah-pemerintah dan diktator-diktator yang menyebabkan semua kesengsaraan dan malapetaka ini: seperti Stalin, Lenin, Trotsky, Mao, Pol Pot, Hitler, Mussolini, Franco… Ketika sebahagian mereka berkongsi ideologi yang sama, sebahagian yang lain pula menjadi musuh ketat mereka. Hanya kerana ideologi mereka yang bertentangan, mereka telah mengheret seluruh masyarakat kepada konflik dan mengakibatkan saudara menentang saudara, mendorong mereka memulakan peperangan, melemparkan bom, membakar dan memusnahkan kereta, rumah, dan kedai-kedai, dan melancarkan demonstrasi- demonstrasi ganas. Dengan membekalkan mereka senjata-senjata, ia telah mendorong mereka untuk membelasah hingga mati orang-orang muda, orang-orang tua, lelaki, wanita dan kanak-kanak atau menyusun mereka menghadap ke dinding dan kemudian menembak mereka… Mereka menjadi begitu biadab sehingga sanggup mengacukan pistol ke kepala orang lain dan merenung matanya, kemudian membunuhnya, dan memijak-mijak kepalanya dengan kaki, hanya kerana dia menyokong idea berlainan. Mereka mengusir manusia daripada kediaman mereka tanpa mengira wanita, kanak-kanak atau mereka yang telah tua…

Demikian gambaran ringkas mimpi ngeri abad ke-20 yang baru sahaja kita tinggalkan: manusia yang menyokong idea-idea yang menimbulkan konflik dan mereka yang mengheret manusia ke arah kesengsaraan dan pertumpahan darah untuk menyokong ideologi-ideologi mereka.

Fasisme dan Komunisme menjadi kepala kepada ideologi-ideologi yang menyebabkan manusia terpaksa menempuh hari-hari yang kelam ini. Ia dilihat sebagai ancaman, sebagai idea-idea yang saling memusnahkan. Sebenarnya terdapat satu kenyataan yang menarik di sini: Semua ideologi-ideologi ini telah disuburkan oleh satu sumber ideologi, mereka mendapat kekuatan dan sokongan daripada sumber ini, dan terima kasih kepada sumber ini, mereka telah berjaya mengheret masyarakat memihak kepada mereka. Sepintas lalu, sumber ini tidak menarik perhatian, sering diabaikan sehingga sekarang, dan sering menonjolkan kepada masyarakat wajahnya yang bersih. Sumber tersebut ialah falsafah materialis dan DARWINISME, sebuah falsafah yang diadaptasikan daripada alam semula jadi.
Darwinisme telah berkembang pada abad ke-19 sebagai satu permulaan semula sebuah mitos berasal daripada kaum Sumerian dan Greek Purba oleh seorang pakar biologi amatur Charles Darwin, dan sejak itu telah membentuk idea berbahaya di sebalik semua idea-idea yang mengancam manusia. Dengan berselindung di sebalik topeng sains, ia telah membenarkan ideologi-ideologi ini dan tindakan penyokong-penyokongnya untuk mendapatkan pengesahan palsu.

Dengan pengesahan palsu ini, teori evolusi kemudiannya telah meninggalkan bindang ilmu biologi dan paleontologi dan mula memberikan ulasan di dalam bidang hubungan manusia kepada sejarah, dan mula mempengaruhi berbagai bidang lain daripada politik kepada sosial. Kerana sebahagian dakwaan-dakwaan asas Darwinisme menyokong beberapa pemikiran yang telah mula bergerak dan terbentuk pada abad ke-19, ia telah mendapat sokongan padu daripada golongan-golongan ini. Pada dasarnya, masyarakat telah mula mencuba untuk menerima idea bahawa terdapatnya "perjuangan untuk hidup" (fight for survival) di dalam hidupan di alam ini, dan hasilnya, idea bahawa "yang kuat akan selamat, yang lain pula akan ditewaskan dan lenyap" telah mula mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku manusia. Apabila dakwaan Darwinisme bahawa alam ini adalah satu tempat untuk bertempur dan berkonflik mula mempengaruhi manusia dan masyarakat, kecenderungan Hitler untuk membina satu bangsa utama, dakwaan Marx bahawa "sejarah manusia adalah sejarah pertembungan kelas-kelas", pandangan kapitalisme bahawa "yang kuat akan menjadi lebih kuat apabila makin banyak yang lemah", penjajahan negara-negara dunia ketiga oleh bangsa-bangsa imperialis seperti Britain dan layanan mereka yang tidak berperikemanusiaan dan kejam, bersama kenyataan bahawa kulit berwarna masih berhadapan dengan serangan rasialis dan diskriminasi, semuanya ini telah mendapat justifikasi.

Walaupun beliau adalah seorang evolusionis, Robert Wright, pengarang buku The Moral Animal merumuskan malapetaka yang telah dibawakan oleh teori evolusi ini kepada sejarah manusia, seperti berikut:

Teori evolusi mempunyai sejarah aplikasi yang panjang, hebat dan kotor ke atas kehidupan manusia. Setelah campur tangan di dalam falsafah politik sekitar abad ini untuk membentuk satu ideologi kabur yang dikenali sebagai "Darwinisme sosial", ia telah jatuh ke tangan rasialis, fasis, dan kapitalis yang kejam.1

Seperti yang akan dilihat di dalam buku ini dan daripada bukti-bukti yang dikemukakannya, Darwinisme bukan hanya sebuah teori yang hanya hendak menjelaskan asal usul hidupan dan terbatas kepada bidang ilmu sains. Darwinisme adalah satu dogma yang masih dipertahankan oleh penyokong-penyokong ideologi tertentu, di samping kenyataan bahawa ia telah dibuktikan palsu daripada pandangan sains. Hari ini banyak pakar sains, ahli politik dan pemikir, sama ada mereka menyedari atau tidak wajah jahat Darwinisme, telah memberikan sokongan mereka kepada dogma ini.

Sekiranya setiap orang dapat memahami kepalsuan saintifik teori ini, yang telah bertindak sebagai satu inspirasi kepada diktator-diktator dan mentaliti yang kejam dan beberapa pemikiran yang zalim, tidak berperikemanusiaan, dan mementingkan diri sendiri, ia akan dapat menghapuskan ideologi-ideologi yang berbahaya ini. Mereka yang melakukan kejahatan tidak akan dapat mempertahankan diri mereka dengan menyatakan, "Tetapi ini adalah undang-undang alam". Mereka akan kehilangan sokongan saintifik untuk sifat mementingkan diri, dan kekejaman mereka.

Apabila idea Darwinisme, punca ideologi bahaya ini, telah dimusnahkan, hanya satu kebenaran akan tinggal. Iaitu kebenaran bahawa semua manusia dan alam ini telah dijadikan oleh Allah. Mereka yang memahami perkara ini juga akan menyedari bahawa satu-satunya realiti dan kebenaran adalah di dalam kitab suci yang telah diturunkan kepada kita. Apabila sebahagian besar masyarakat mula menyedari kebenaran ini, keperitan, masalah, pembunuhan beramai-ramai, mala petaka, ketidakadilan, dan kemiskinan akan bertukar dengan kesedaran, keterbukaan, kekayaan, kelapangan, kesihatan dan kemewahan. Untuk itu, setiap idea songsang yang berbahaya kepada manusia perlu ditewaskan dan dimusnahkan oleh idea mulia yang akan membawa kebahagiaan kepada manusia. Dengan membalas lontaran batu dengan melontar kepada orang lain, membalas pukulan dengan pukulan, dan membalas agresif dengan agresif, bukan penyelesaiannya. Penyelesaiannya ialah dengan menolak idea mereka yang melakukan perkara-perkara ini dan menjelaskan kepada mereka dengan baik dan sabar, perkara sebenar yang perlu mereka gantikannya.

Tujuan penulisan buku ini ialah untuk menunjukkan kepada mereka yang mempertahankan Darwinisme tanpa melihat keburukannya, secara disedari atau tidak, apakah sebenarnya yang mereka pertahankan itu, dan untuk menjelaskan apakah tanggungjawab yang terpaksa mereka pikul selagi mana mereka masih pura-pura tidak melihat kebenarannya. Tujuan lain pula bukan sekadar untuk mengingatkan mereka yang tidak mempercayai Darwinisme, tetapi juga mereka yang tidak melihat Darwinsime sebagai satu ancaman kepada manusia.


bersambung.................

Sabtu, 13 Mac 2010

Aduka Si Lahanat : Setiap Sen Yang Anda Dermakan Akan Di Adili Di Akhirat.

Derma Perbicaraan Aduka Taruna
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan…biarlah Tuhan yang membalasnya. Salah dia kepada manusia…biarlah manusia yang membalasnya. Tetapi apakah tanggungjawab kita untuk membantu beliau…kalau dikatakan Aduka itu kurang ajar, sesat, dan apa saja tuduhan yang hendak dilemparkan? Apakah kita mahu membiarkan beliau terus dalam kesesatan? Apakah kita mahu membiarkan Aduka terus dengan kurang ajarnya? Dan kita menjadi musuhnya?"

Anda boleh menderma sebanyak mana yang anda ingin lakukan, kerana ia adalah harta anda yang tiada siapa boleh menghalangkannya. Membantu saudara seagama adalah satu tindakan yang mulia disisi Allah s.w.t. Begitu juga membantu saudara kita yang telah tersesat jalan, wajib bagi kita untuk memperbetulkannya.

Memang kita tidak patut membiarkan Si Lahanat terus berada didalam kesesatan, tetapi kepada yang rapat dengan Si Lahanat, sudahkah anda berjaya menyedarkannya?. Isu ini bukan berkaitan dengan penghinaan Si Lahanat terhadap Almarhum Sultan Johor, tetapi ia berkaitan dengan Sahabat dan Isteri Rasulullah s.a.w.

Masaalah tulisan Si Lahanat yang menghina Sahabat dan Aisyah r.a. itu antara Si Lahanat dengan Allah s.w.t. Tetapi sebagai seorang yang mengaku Islam, sesiapa pun akan tergores hati dengan tulisan Si Lahanat yang amat-amat memalukan itu. Siapakah Si Lahanat dan setinggi mana ilmu yang ada pada Si Lahanat untuk menulis seperti itu.

Bagi kawan-kawan Si Lahanat yang bersungguh-sungguh mempertahankan Si  Lahanat dengan membuat kutipan derma guaman, setakat mana sudah nasihat yang telah diberikan kepada Si Lahanat. Apakah anda yang menasihat Si Lahanat atau pun anda yang dinasihatkan oleh Si Lahanat.

Benarkah anda telah dapat membimbing Si Lahanat daripada kesesatan, atau anda sendiri telah disesatkan oleh oleh Si Lahanat. Jika benar Si Lahanat telah insaf akan kesesatan yang dilakukannya, dimanakah buktinya.

Sebenarnya, orang seperti ini tidak perlu dibantu kerana Si Lahanat ini tidak langsung menunjukkan keinsafan kerana Si Lahanat tidak menarik balik artikel yang Si Lahanat tulis mengenai Sahabat dan Isteri Rasulullah s.a.w. dan juga ulama-ulama besar. Seperti yang Si Lahanat tulis dibawah ini,

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."

What the fuck? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.

Aishah ditakdirkan dan dipilih Allah menjadi isteri Nabi Muhammad saw. Tapi Aishah tidak ditakdirkan Allah bijak dan tepat dalam setiap bidang seperti suaminya. Silap tetap silap. Bangang tetap bangang.

Kalau Aishah dan Muawiyah hina Ali dengan mengatakan Ali lembab, pemalas, perut boroi, bodoh tukil, at least tak sia-sia mati tentera. Ini bukan tahap hina dengan lidah lagi, tapi hina dengan senjata.

Kita skang dalam tajuk. So, bangang dan bangsat dalam tajuk. Gua tak pertikai keahlian syurga dan gua tak bahaskan langsung antara diorang dengan gua, siapa ahli syurga. Fakta beb, fakta.

"Lu dapatkan bahan mentah dulu, sebelum kutuk Aishah, aduka."
Lu bawakan kepada gua, bahan mentah yang membuktikan sebenarnya Muawiyah dan Aishah itu benar. Diorang tak terlibat langsung. Tapi ada rupa macam saya, suara macam saya, tapi bukan saya.

Jadi la makmum yang baik wahai Muawiyah dan Aishah... Jika mazhab dan ulama tidak berani menyatakan salah kepada anda, hari ini gua mengatakan anda berdua adalah salah. 2-2 pihak salah, tapi lu berdua lebih dasyat dari salah. Qabil bunuh satu jiwa, dia salah. Aishah dan Muawiyah bunuh ratus ribu jiwa, dia bangang.

Mungkin kerana ketinggian ilmu yang ada pada si lahanat ini maka Si Lahanat boleh menulis mengikut logik akal, atau lebih tepat Si Lahanat ini berkiblatkan golongan Muktazilah. Apa yang menyedihkan ialah pembela-pembela Si Lahanat yang lebih tua dan berilmu pun sudah menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Mereka bagaikan mengiakan hujah-hujah Si Lahanat itu.

Memang tidak dinafikan bahawa tiada manusia yang maksum melainkan Rasulullah s.a.w. Tetapi sedarkah anda yang Saidina Ali r.a. ialah salah seorang daripada 10 Sahabat r.a. yang telah dijanji syurga oleh Allah s.w.t. Begitu juga apabila Si Lahanat itu menghina isteri Rasulullah s.a.w., samalah seperti beliau menghina Allah dan Rasulnya. Kerana semua ketentuan itu adalah daripada Allah s.w.t. dan bukannya suka-suka Rasulullah s.a.w. untuk melakukannya.

Si Lahanat menyangkakan kerana Islam bersikap terbuka, maka Si Lahanat boleh menulis sesuka hatinya tanpa mempunyai pengetahuan yang luas tentang Islam. Sebagaimana Si Lahanat menghina ulama-ulama mazhab,

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.

Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..

Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket.

Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.

Lu nak ikut Shafie buleh beb. Lu ikut la total sampai ke mati. Takda masalah. Tapi kebebasan hujah lu kena telan lah. Gua ingat kalau Shafie masih ada skang, dia pun banyak tafsiran sendiri yang nak dimansuhkan tu.

Oleh kerana Si Lahanat ini menyangka yang Si Lahanat mempunyai puluhan ribu pencacainya, maka Si lahanat semakin besar kepala sehinggakan Sunnah Rasulullah s.a.w. dijadikan bahan mainan buat Si Lahanat. Memang kita tidak nafikan mengikut peredaran zaman, helmet lebih afdal daripada memakai serban semasa kita menunggang motosikal kerana Islam sendiri melindungi penganutnya.

Tetapi Sunnah tetap Sunnah, itu tidak boleh dipertikaikan. Sama seperti menyimpang janggut, kamu simpan janggut dapat pahala kalau tak simpan puntidak berdosa. Anda bacalah sendiri tulisan Si Lahanat ini,

Contoh. Bahan mentah ialah perkataan SUNNAH. Pada gua, sunnah ialah KETETAPAN. Sunnah Allah adalah ketetapan Allah. Sunnah Nabi adalah keketapan Nabi (juga dari wahyu Allah). Sunnah Allah adalah berpusingnya bumi, siang malam. Ketetapan. Ketetapan Allah, setiap yang terjadi ada sebab. Ketetapan Nabi ialah cara-cara, prosedur, law yang ditunjukkan nabi.

Tapi masuk bab ulama, terutama Melayu nih, sunnah Nabi ialah full set total kehidupan nabi. Punya stupid. Pakai serban sunnah Nabi. Itu bukan ketetapan yang Nabi wartakan. Abu Jahal mabok todi pun pakai serban. Kayu sugi bukan ketetapan. Ketetapannya ialah menggosok gigi.

Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.

What the fuck is that? Ini bahan mentah atau 3rd party ulama? Tentera Ulama Mazhab Hanafi berperang dengan tentera Ulama Mazhab Shafie. Dan Ostad level bawah ulama segan campur pening kepala ambil jalan mudah.

Oleh itu saya menyeru saudara semua, berfikirlah dahulu jika saudara ingin menghulurkan derma saudara kepada Si Lahanat ini. Saudara mesti faham, setiap sen yang saudara hulurkan, bermakna saudara menyokong dan dan membenarkan segala makian Si Lahanat terhadap para Sahabat r.a. dan juga ulama-ulama mazhab yang kita sendiri tahu akan keilmuan mereka.

Setiap sen yang dihulurkan oelh saudara untuk Si Lahanat tersebut akan di timbang diakhirat nanti. Fikirlah secara waras sebelum saudara menyesal dikemudian hari. Tetapi saya tidak menghalang jika saudara ingin melakukan juga kerana saya hanya mengingatkan sebagai seorang muslim........ Wallahualam.

Isnin, 8 Mac 2010

Perjuangan Umno Sangat Sesat.... TGNA



Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.
Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. 
Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.
Berikut ialah perutusan penuh beliau
Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam.  Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. 
Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:
1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.
2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam,  khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS  pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977.  Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.  
3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.
4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.
5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.
Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.  
Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.   
Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.  
Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara. 
Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini. 
Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13] 
Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat. 
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Ahad, 18 Oktober 2009

Benarkah Umno Hendak Menubuhkan Dewan Ulama ( 1 )...........

Saya tidak pasti benarkah berita yang saya terima bahawa Umno ingin menubuhkan dewan ulama. Macam tidak percaya aje apabila mendengar berita tersebut. Kenapa sekarang ..... walau pun Umno lama sudah memiliki dewan ulamanya di awal penubuhan Umno pada akhir 40an. Tetapi ianya telah dibawa keluar oleh alim ulama dan menubuhkan parti sendiri iaitu Parti Islam SeMalaya (PAS). Para ulama yang berada didalam Umno telah keluar beramai-ramai setelah melihat akan pejuang Umno lama telah tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Ini membawa makna bahawa Umno telah terpesong jauh, apatah lagi Umno juga dilihat sebai anak emas penjajah British. Mereka (alim ulama) telah melihat bahawa Umno bukan parti yang terbaik untuk memertabatkan Islam kerana perjuangan mereka berlandaskan sikap perkauman yang tebal. Sebenarnya Umno tidak perlu menubuhkan dewan ulama kerana para pemimpin mereka sendiri adalah 'Ulam Mamak'. Ini boleh dilihat semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri, banyak fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh pencacai beliau. Diantara fatwa yang dikeluarkan oleh Akbar Ali ialah," mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk kedalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras ". " Membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikut ". dan beliau berfakwa lagi iaitu, " ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah. Ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik ". " Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir... tiada hukuman dinyatakan keatas seseorang yang murtad selain janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya pentunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangnya ". Fakwa daripada Farish A.Nor," Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi ". Beliau menyatakan lagi bahawa, " Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama ". " Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastik ". Sister In Islam pula menyatakan dalam fatwanya," Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam undang-undang keluarga Islam ". Zainah Anwar dari SIS berfatwa," Islam bukan milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata ". Ini adalah sikit diantara yang banyak Fatwa yang telah di fatwakan oleh manusia-manusia yang angkuh kerana mendapat sokongan padu daripada pemimpin Umno. Jika tidak mereka pasti tidak akan berani mengeluarkan fatwa-fatwa tersebut yang telah memesongkan akidah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular