Datuk Seri Anwar Ibrahim melabel Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai
seorang pengecut ekoran kenyataan Presiden MCA itu bahawa beliau orang
pertama akan mengundi PKR jika komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut
sanggup memansuhkan keistimewaan orang-orang Melayu.
Sehubungan itu, Anwar menekankan, PR akan mempertahankan setiap
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153
mengenai hak dan keistimewaan orang-orang Melayu.
“Chua Soi Lek mahu kita bergaduh antara satu sama lain. Kita
tidak akan disyaratkan oleh anda. Anda tidak ada keberanian untuk
berhadapan dengan amalan rasuah pemimpin-pemimpin Melayu.
“Pemimpin-pemimpin MCA tiada keberanian. Kami (PR) akan bangun
dan lawan kedua-dua pemimpin Melayu dan Cina yang rasuah,” kata
beliau ketika satu ceramah di Ampang dekat sini malam tadi.
Ketua Umum PR ini berkata perbezaan antara BN dan PR ialah
perikatannya berjuang untuk menjaga kepentingan Melayu manakala BN pula
hanya melindungi kekayaan keluarga masing-masing. Beliau menambah,
sementara Umno mendakwa ia menjadi pelindung hak orang Melayu, mereka
terus mengabaikan golongan miskin dan meminggirkan anggota masyarakat
sendiri.
“Jangan terperangkap dengan permainan mereka. Kami akan
mempertahankan peruntukan-peruntukan termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia,” katanya.
Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.
“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan
keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat
tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang
diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.
Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan
hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
Dalam ceramahnya, Anwar juga memperlekehkan kempen Utusan “1Melayu, 1Bumi” dan mencabar konsep Umno komuniti Melayu.
“Melayu bagi mereka ialah ahli-ahli perniagaan Melayu,
keluarga menteri, keluarga Rosmah (isteri Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak) dan anak-anak (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir
(Mohamad). Ini definisi orang Melayu.
“Mereka tidak mahu mempertahankan nasib orang miskin,” katanya lagi.
“Bagi mereka hak-hak orang Melayu adalah keluarga mereka, bagi
kami hak-hak Melayu adalah hak komuniti,” katanya lagi. Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan