Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 6 April 2011

Gagal hadir, Shahnaz Pohon Waran Tangkap.

Selepas gagal menghadiri perbincangan, kes tuntutan fasakh dan juga tuntutan harta sepencarian, Datin Seri Shahnaz Abdul Majid - menantu ketua menteri Sarawak - memohon waran tangkap terhadap suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.



NONE
Permohonan itu dibuat oleh peguam Shahnaz - Dr Mohd Rafie Shafie apabila Mahmud Abu Bekir gagal hadir di mahkamah hari ini.

Hari ini ditetapkan sebagai tarikh kes tuntutan harta sepencarian dan tuntutan mutaah (ganti rugi) didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Peguam Abu Bekir - Saadiah Din - memaklumkan kepada mahkamah bahawa pelanggannya masih belum pulih daripada pembedahan bahunya di United Kingdom pada 15 Mac dan oleh itu, tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, apabila Rafie meminta sijil sakit, yang sepatutnya diserahkan kepada peguam plantif, Saadiah gagal berbuat demikian.

Berikutan ini, Hakim Abdul Walid Abu Hassan mengingatkan Saadiah supaya menasihati pelanggannya mematuhi prosedur mahkamah dan memastikan kehadiran Abu Bekir.

Kes tersebut kini ditetapkan pada 11 Mei untuk sebutan bagi mahkamah menetapkan tarikh perbicaraannya.

Sementara itu, Rafie yang dibantu oleh Akbardin Abdul Kadir memohon supaya prosiding perceraian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi yang sama.

Pada masa ini, permohonan perceraian Shahnaz didengar oleh Mahkamah Rendah Syariah.

Abu Bekir, telah memfailkan permohonan perceraian yang berasingan, juga didengar oleh Mahkamah Rendah Syariah. MK
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular