Translate

Khamis, 19 Januari 2012

Apa Yang Di Maksudkan 'Bahaya' Itu Wahai Nazri...!!!


Satu alasan yang amat memalukan dari seorang yang bertaraf menteri apabila perisytiharan harta adalah satu perkara yang merbahaya. Jika mengambil kira apa yang diperkatakan oleh Nazri, kita boleh menjangkakan yang beliau amat takut kepada rakyat dan bukannya penjenayah kerana beliau takut rakyat terkejut dengan aset-aset yang dimiliki oleh para pemimpin Umno/BN.

Seperti yang ditonjolkan pada laman-laman maya, kita banyak membaca dan melihat bagaimana kehidupan penuh dengan kemewahan anaknya. Anak beliau adalah diantara anak-anak pemimpin Umno yang cukup suka berpoya-poya dengan dikelilingi wanita-wanita gedek. Isunya ialah beliau takut akan skandal-skandal begaimana mereka mendapat kemewahan hidup yang amat luarbiasa setelah menjadi pemimpin Umno. Petikan daripada Malaysiakini tentang kenyataan beliau berkaitan isu perisytiharan harta yang beliau bantah....

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular