Translate

Memaparkan catatan dengan label Kekayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekayaan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2013

Artis Terkaya Di Dunia 2013.

Robert Downey Jr
Robert Downey Jr

SIAPAKAH artis terkaya dunia tahun 2013? Berdasarkan majalah bisnes dunia, Forbes menyatakan bahawa artis yang memperoleh pendapatan tertinggi tahun ini adalah penyanyi terkenal, Madonna.

Perkara tersebut berdasarkan jumlah pendapatan yang diterima melalui konsert, jualan lagu atau filem box office. Jom lihat senarai 10 artis terkaya.

1)  Madonna

Pendapatan Madonna yang mencapai AS$125 juta setahun! Sumber utama pendapatannya itu datang daripada konsert MDNA Tour yang menjelajah satu dunia. Dalam masa yang sama, dia juga mempromosikan albumnya yang ke-12. Satu taktik promosi bijak dan berkesan. Apatah lagi, hasil jualan dan konsert jelajahnya menghasilkan RM1,115 juta. Meskipun usianya menjangkau 55 tahun namun penyanyi lagu Celebration itu masih lagi aktif menyanyi dan berlakon. Tidak hairanlah, ibu kepada empat cahaya mata itu terkenal seluruh dunia.

2 ) Lady Gaga

Siapa yang tidak mengenali penyanyi yang gemar berpakaian pelik setiap kali muncul di khalayak ramai, Lady Gaga. Biarpun pernah terlibat dengan penggunaan dadah namun pelantun Applause itu sangat berbakat dan unik. Walaupun masih muda, Gaga berjaya menawan dunia dengan muziknya yang kontroversi seperti Alejandro sehingga memperolehi RM594 juta pada tahun ini. Tidak disangka, dropout dari Universiti New York berjaya dalam hidupnya sekali gus berada di takhta kedua, artis paling kaya dunia.

3)  Robert Downey Jr

Ikon filem Iron Man, Robert Downey Jr memperolehi pendapatannya melalui lakonan hebat dalam beberapa filem seperti Tropic Thunder dan Sherlock Holmes. Aktor berusia 48 tahun itu menghasilkan pendapatan sebanyak RM248 juta. Kekayaannya itu diperoleh melalui hasil lakonannya dalam beberapa filem box ofiicenya.

4)  Toby Keith

Nama Keith mungkin  tidak sepopular Madonna, Bon Jovi mahupun Lady Gaga. Tetapi bagaimana penyanyi berusia 52 tahun itu mampu berada antara mereka teratas? Jawapannya, melalui lima tahun terakhir hasil jualan CD albumnya, ratusan konsert dan 18 buah restoran miliknya. Dia berjaya mengumpul RM215 juta di Amerika Syarikat.

5)  Channing Tatum

Jejaka kelahiran Alabama, Amerika Syarikat bukan sahaja dikenali sebagai aktor berbakat tetapi mempunyai minda cerdas sebagai ahli perniagaan. Kerjaya seninya berjalan dengan lancar sehingga diberi kepercayaan untuk menjadi tunjang utama filem seperti Step Up, G.I. Joe: The Rise of Cobra, Dear John, The Vow, 21 Jump Street dan Magic Mike. Selain itu, dia bijak mengatur masa depannya supaya tidak bergantung dengan lakonan sahaja. Dia bersama produser, Steven Soderbegh membiayai sendiri filem Magic Mike sehingga berjaya membawa pulangan yang agak tinggi. Dia memperoleh pendapatan sebanyak RM198 juta.

6)  Justin Bieber

Artis kelahiran Youtube, Justin Bieber memulakan kerjaya nyanyian dalam usia yang sangat muda. Lagu Baby berjaya menaikkan nama sehingga bergelar jutawan sebelum umur menginjak 20 tahun. Pendapatan yang dimilikinya mencapai RM191 juta sepanjang kerjaya seninya. Malah remaja kelahiran Kanada itu juga mempunyai peminat paling ramai sehingga akaun Twitternya mencapai 20 juta pengikut.

7)  Taylor Swift

Walaupun dirinya sering dilanda musibah dalam percintaan namun penyanyi cantik ini tidak terjejas dengan kontroversi tersebut. Kegagalan yang dilaluinya itu dianggap sebagai pembakar semangat sehingga kesemua lagu dalam album keempatnya, Red merupakan hasil ciptaannya. Album tersebut dijual sebanyak 1.2 juta salinan pada Oktober 2012. Hasil jualan albumnya itu, Swift menerima RM182 juta pendapatan tahun ini.

8)  Hugh Jackman

Menerusi siri filem X-Men yang bermula 2000, Jackman mula terkenal dengan watak Logan atau Wolverine. Membintangi tujuh siri filem tersebut sepanjang 14 tahun penglibatannya, dia menerima pendapatan RM182 juta. Bukan itu sahaja, filem box office seperti Van Helsing, Real Steel dan Les Misérables.

9)  Beyonce

Biarpun meninggalkan dunia hiburan selama setahun, Beyonce sanggup bercuti demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap si kecil, Ivy Blue, 1. Selepas berehat, dia kembali memeriahkan arena seni dengan konsert jelajahnya, Mrs. Carter World Tour. Hasil daripada konsert tersebut, isteri kepada rapper, Jay-Z itu memperoleh pendapatan sebanyak RM175 juta.

10)  Kenny Chesney

Mungkin ramai tidak mengenali penyanyi berusia 45 tahun yang berasal dari Tennessee, Amerika Syarikat. Namun Kenny Chesney bukan calang-calang penyanyi kerana hasil daripada Flip Flop Summer Tour (2007) merupakan pendapatan tertinggi bagi konsert jelajahnya. Malah dia mampu bersaing dengan beberapa nama besar Jay-Z, Katty Perry, atau Rihanna. Tahun ini dia menerima RM175 pendapatan hasil jualan tiket konsertnya sahaja. SH

Rabu, 4 Disember 2013

10 Raja Terkaya Di Dunia.


No. 1 – Raja Bhumibol Adulyadej 
Raja Bhumibol Adulyadej adalah raja terkaya di dunia menurut majalah Forbes. Baginda adalah seorang raja dari negara Thailand dan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$30 billion
Baginda juga merupakan raja tertua di kawasan Asia Tenggara. Raja Bhumibol dicatatkan sebagai raja yang paling lama memerintah dalam sejarah negara Thailand. Baginda menggunakan kekayaannya dalam projek-projek pembangunan luar bandar di negaranya. Raja ini memegang rekod kerana memiliki gelaran kehormatan dari Universiti paling banyak di dunia, iaitu sebanyak 136 gelaran.
No. 2 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah pemerintah kerajaan terkaya di dunia ketika ini. DIa adalah Sultan Brunei ke-29 dan kekayaannya dianggarkan sebanyak AS$20 billion.
Baginda mengumpul 3000 hingga 6000 kereta mewah di dalam garaj istananya, Istana Nurul Iman, yang merupakan kediaman rasminya. Istananya diketahui merupakan istana terbesar di dunia, jauh lebih besar dari istana di Vatikan sekalipun. Ketika selesai dibangunkan, istana ini menelan belanja sebanyak AS$350 juta, dan memiliki 1788 bilik tidur serta 257 bilik mandi.
No. 3 – Raja Abdullah Abul Aziz
Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud adalah seorang pemerintah kerajaan Arab Saudi dengan kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$18 billion. Raja Abdullah Bin Abdul Aziz berusia 83 tahun dan kini semakin kaya kerana hasil dari penggalian minyak serta gas dan tentunya dari hasil pendapatan penyelenggaraan haji.
No. 4 – Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan
Sheikh Zayed Al Nahyan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan raja dari kerajaan Abu Dhabi. Berumur 59 tahun dan nilai kekayaannya dianggarkan lebih dari AS15 billion. Kerajaannya mempunyai sepersepuluh dari cadangan minyak di seluruh dunia. Jadi sudah sewajarnya jika baginda memiliki kekayaan sebanyak ini. Kediaman rasminya adalah Istana Amiti.
No. 5 – Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum adalah Ketua Pegawai Eksekutif (UAE). Tinggal di DUbai dan berusia 57 tahun. Kekayaannya dianggarkan sebesar AS$4.5 bilion.
No. 6 – Putera Hans-Adam II Von und zu Liechtenstein
Putera Hans-Adam II adalah seorang putera daripada sebuah negara kecil di kawasan Eropah bernama Leichtenstein. Dengan usia 62 tahun, baginda akan segera mewarisi sebuah dinasti kaya yang telah berusia 900 tahun. Dianggarkan bahawa baginda mempunyai kekayaan sebanyak AS$3.5 bilion.
Baginda biasanya akan menghabiskan masanya untuk mengumpul karya seni dan juga mengelola beberapa bisnes kerajaan yang didirikan oleh keluarganya. Istana yang dimilikinya memiliki senibina bergaya gothic kuno, dengan gerbang masuk istana setinggi 11 meter.

No. 7 – Raja Mohammed IV
Raja Mohammed IV berasal dari Morocco dan berusia 44 tahun. Dikatakan bahawa baginda adalah 'billionaire' kerajaan termuda di dunia. Kekayaan peribadinya dianggarkan sebanyak AS$2.5 billion. Kekayaan sebanyak ini diperolehi kerana negaranya menguasai pengeluaran fostat dunia, di mana Morocco menghasilkan dua pertiga dari jumlah keseluruhan fasfat yang dihasilkan dunia. Istana yang dimilikinya dikenali dengan taman-tamannya yang indah dan gerbang utama yang sangat megah.
No. 8 – Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani
Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani adalah Emir Qatar dengan kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$2.4 billion. Berusia 55 tahun dan dikenali di seluruh dunia kerana pernah menggulingkan ayahnya 10 tahun lalu. Qatar merupakan negara yang memiliki cadangan minyak yang luas serta negara yang paling banyak mempunyai cadangan gas semulajadi di dunia.
Selain terkenal kerana jasanya mengembangkan sumber minyak bumi dan gas alam, baginda juga termashyur kerana sumbangannya memodenkan tentera bersenjata negaranya. Istananya terletak di Doha, tetapi baginda sendiri tidak mendudukinya. Istana tersebut digunakan untuk kegiatan parlimen dan juga menerima tetamu negara.
No. 9 – Putera Albert
Putera Albert II adalah pemimpin kerajaan Monaco. Berumur 49 tahun, kekayaannya dianggarkan sebesar AS$1 billion. Putera ini diketahui sebagai satu-satunya Ketua negara di dunia pernah mengunjungi kutub utara. Di istananya seringkali diadakan program seperti konsert terbuka hingga pesta Krismas kanak-kanak.
Di istana itu juga terdapat galeri seni bergaya itali dan juga banyak bilik pameran megah lain. Ruang singgahsananya akan mengingatkan kita pada zaman Renaissance. 
No. 10 – Putera Aga Khan
Putera Aga Khan (71 tahun) adalah seorang pemimpin spiritual muslim Ismaili dengan kekayaan yang dianggarkan berjumlah AS$800 juta. Aga Khan mengetuai Aga Khan Development Network yang mempunyai pelaburan di pelbagai projek pembangunan di Asia dan Afrika.
Baginda mendermakan istananya pada India tahun 1969 untuk menghormati Mahatma Gandhi dan filisofi pengikut Gandhi. Istananya terletak di Pune, India dan didirikan pada tahun 1892. Tujuan istana Aga Khan didirikan adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi orang setempat yang sedang dilanda kebuluran.

Rabu, 20 Jun 2012

TCB Milik Syed Mokhtar Intai BB Plaza.



UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza.


Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemukakan cadangan untuk memiliki Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) dan pembangunan Yayasan Selangor sebagai sebahagian daripada pembangunan semula kawasan Jalan Bukit Bintang bagi cadangan pembangunan projek stesen My Rapid Transit (MRT), di kawasan tumpuan beli belah berkenaan, kata sumber.
Pemaju hartanah dan pemilik rangkaian hotel yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang turut memiliki pegangan utama dalam projek bersama MMC-Gamuda turut mempunyai projek pembinaan terowong sepanjang 51km Sungai Buloh-Kajang fasa pertama MRT yang dijadualkan siap pada 2017.
“TCB telah mengemukakan tawaran untuk kedua-dua bangunan namun ia masih lagi dipertimbangkan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain turut mengesahkan cadangan berkenaan telah pun dihantar kepada kerajaan Selangor, Yayasan Selangor, bagi pembinaan bangunan 12 tingkat di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, serta pemilik BB Plaza, UDA Holdings Bhd yang mana milik penuh Kementerian Kewangan (MoF). UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza, sementara Yayasan Selangor bercadang untuk menaik taraf bangunannya kepada pembinaan hotel dan kawasan untuk pintu masuk stesen.
Namun, tidak jelas sama ada TCB telah membuat cadangan khusus tentang rancangan pembangunan semula untuk kedua-dua bangunan namun syarikat tersebut baru-baru ini telah memperolehi sejunlah RM510 juta daripada penjualan Menara Tun Razak kepada Tradewinds (M) Bhd. Syed Mokhtar memiliki saham 42.97 peratus, dan 71.48 peratus dalam Tradewinds dan TCB.

Syed Mokhtar
Beliau telah menjadi seorang ahli perniagaan ternama selepas memiliki beberapa syarikat termasuk memperolehi pembuat kereta nasional negara, Proton Holdings Berhad awal tahun ini melalui DRB-Hicom Bhd dan juga Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd turut berjaya memiliki projek penswastaan Penang Port Sdn Bhd.
Hubungan politik taikun DRB-Hicom ini juga turut menyaksikan beliau berjaya memiliki perkhidmatan pos di negara ini apabila mengambil alih Pos Malaysia Bhd tahun lalu daripada Khazanah Nasional Bhd, syarikat milik negara, yang juga merupakan pemilik Proton sebelum ini.
UDA Holdings telah terikat selama 40 tahun dengan  BB Plaza, yang mana menempatkan ibu pejabatnya dan juga menyediakan ruang kepada masyarakat Melayu di kawasan tumpuan membeli belah utama bandaraya ini.
Sekitar 50 ahli perniagaan mengadakan bantahan di luar pintu masuk pusat beli belah semalam, mendakwa mereka diusir daripada perbincangan antara pemilik, pemilik MRT, MRT Corp Bhd dan Perbendaharaan terhadap nasib bangunan berkenaan.
UDA Holdings menjelaskan mereka masih samar-samar dengan nasib BB Plaza yang dijangka akan dikosongkan tahun hadapan bagi memulakan kerja terhadap pembinaan MRT Lembah Klang.
Pemilik pusat beli belah berkenaan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mereka tidak memperolehi sebarang notis daripada MoF sama ada  BB Plaza akan dikekalkan atau dimusnahkan, atau dimiliki pihak lain. MRT Corp menjelaskan mereka tidak berminat untuk memiliki bangunan berkenaan walaupun mereka akan menggunakannya sebagai besmen, dan laluan bagi pembinaan mereka.
“Bagaimanapun, UDA telah mengeluarkan notis pengosongan bangunan kepada tiga penyewa, Starbucks Coffee, Gloria Jeans dan Hot & Roll, menurut kepada arahan yang dikeluarkan MRT Corporation kepada kami,” kata agensi milik Kementerian Kewangan itu.
Mereka juga turut menambah, penyewa yang lain, yang masih beroperasi di dalam bangunan tersebut boleh meneruskan urusan perniagaan mereka sehingga notis dikeluarkan.
The Malaysian Insider telah melaporkan awal bulan lalu rancangan oleh MRT Corp untuk mengosongkan penyewa BB Plaza menjelang 2013 bagi memudahkan urusan pembinaan stesen terbesar, yang dijangka bermula dengan foyer bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor.
BB Plaza menempatkan majoriti peniaga Melayu, dan peniaga Cina menjalankan perniagaan mereka di  Sungei Wang Plaza kawasan premis perniagaan berhampiran.

Nur Jazlan: Perbincangan masih dijalankan.
Apabila dihubungi, Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Malaysian Insider perbincangan masih dijalankan sama ada BBP akan dijual kepada MRT Corp untuk dibangunkan.
MRT Corp telah berunding berkenaan pemilikan tanah untuk projek berkenaan, namun tergendala di kawasan pemilik Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang. Bagaimanapun, kata putus dijangka bakal diperolehi di beberapa kawasan seperti di Jalan Imbi.
The Malaysian Insider pada 21 Mei lalu melaporkan, penangguhan di kawasan Jalan Bukit Bintang telah memaksa Kementerian Kewangan untuk memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang berkenaan untuk mengahadiri mesyuarat tergempar, untuk mempertimbangkan projek insfrastruktur mega negara ini akan beroperasi menjelang tarikh tamatnya pada 2017. Sumber

Jumaat, 15 Jun 2012

Betulkah DS Nizar Derhaka Atau Sultan Sultan Yang Tidak Faham.


Salam Ku Yem, kalau tak silap ana, hanya elaun sultan saja yang dikecualikan dari cukai pendapatan. Bilakah kali terakhir anta bayar tax? Duti kastam ratusan kereta dalam simpanan dah bayar ke (Part 24)? Harta pusaka kereta yang lebih 40 biji tu dah di faraid kan ke?

Sekadar mengingati sekali lagi, sudahkah anta selaku anak dan Ketua Agama Johor menjalankan amanah tuhan iaitu harta pusaka Almarhum antaranya 5 biji pesawat (klik) itu samada telah pun diberi pada waris yang lain atau belum?

Beb, kalau anta nak marah pada ana terpulanglah pada anta. Ana hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang blogger. Sekiranya anta tidak berpuas hati, anta berhak heret ana ke muka pengadilan sekiranya semua artikel ana tentang anta adalah palsu mahupun fitnah.


Nombor yang membawa tuah atau musibah?

Tumpang tanya saudara semua. Hak apa ek?
Buat demo tuntut pulau batu putih semula ada gak maknanya...haduyaii..


Takkan 30,000 jer yang hadir mewakili rakyat Johor yang setia? Kalau tak silap penduduk negeri Johor ada 3 juta lebih kan (klik)? PKR ngan PAS tak sayang sultan ke? UMNO kan paling kuat kat Johor! Kenapa korang tak join sekali?

30,000 atau 300,000 ni? Sampai hujung padang penuh. Fuiyooo..30,000 orangke?. Lebih ramai dari peserta demo BERSIH 3! Ooohh..mungkin campur bayang-bayang dengan semut kot! Atau mungkin kena minta Rais Yatim tolong kira balik. Tunggu jap ek, aku nak kira dulu.....


1,2,3,4,.....1000,........3,000 x 10..ha baru betul!

 30 bas x 40 orang = 1200 orang
50 bas x 40 orang = 2,000 orang
100 bas x 40 orang = 4,000 orang
700 bas x 40 orang = 28,000 orang
Dalam gambar ni tak sampai pun 50 bas bersamaan 2000 orang.
Kononnya kereta 800 biji x 5 orang = 4000 orang, 
Konon motor 1000 biji x 2 orang = 2000 orang, 
Jalan kaki 1000 orang 
Jumlah keseluruhan baru 9000 orang. 
Sinar harian pun agak-agak aar kalau nak tulis pun.
 Anggaran 10,000 orang dengan 30,000 jauh bezanya.


Kalau 9-6-2012 (klik) ana ada 10 soalan pada anak anta dan 4 soalan pada mufti anta (klik) tapi hari ini nak minta anta jawab secara jujur 5 soalan seperti dibawah

Kemana pergi duit RM 7, 352, 685.00?

RM 7, 352, 685.00 yang telah di amanahkan pada anta oleh syarikat Harapan Ramai Sdn Bhd untuk memajukan bayaran kepada pihak kerajaan negeri tetapi anta dikatakan telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi antaranya seperti berikut 

1. Benarkah anta membeli sebuah kereta dari Motocars Auto Group Ltd, 2701 E Sunshine Street, Springfield 65804 United State Of America berharga RM 446, 887,84 (USD 137, 503.95)?

2. Benarkah anta ada membeli barang kemas untuk isteri berjumlah RM 680, 000.00 (RHB Cek 393051)?

3. Benarkah anta ada bembeli jam dan di bayar kepada EPSON berjumlah RM 276, 318.90 (RHB Cek 393059)?

4. Benarkah anta ada membeli sebuah banglo lot di Nusajaya (Nusajaya Land Sdn Bhd) berjumlah RM 1, 000, 000.00 (RHB Cek 393959)?

5. Benarkah duit  baki-baki yang lain anta telah gunakan untuk kegunaan peribadi?

Cukuplah 5 soalan untuk artikel kali ini. Yang lain akan menyusul sekiranya anta sudi menjawab.

Syukran juga kerana anta sudi membaca dan bersabar semua artikel ana sejak 3-3-2012 (klik)
Sumber

Ahad, 10 Jun 2012

Berkenaan Nombor Plat WWW1.




DULU plat motokar nombor MCA1 dibida hingga RM300,000. Untuk plat nombor WWW1 ia dibida setinggi RM520,000.

Siapa yang berjaya membidanya tidak penting, tetapi ia menggambarkan bahawa negara dan bangsa kita sudah masuk ke  alam seperti itu dan ada orang yang sedia membida setinggi itu malah mungkin lebih tinggi dari itu hanya untuk satu nombor motokar.

Ia terjadi begitu ialah sistem yang  terpakai di negara ini oleh orang-orang yang membenarkan sistem itu begitu.

Ia halal dan dibenarkan oleh undang-undang. Tetapi adakah ia benda yang betul  dan bijaksana?

Sistem menjual nombor plat yang elok dengan harga yang setinggi itu tentulah disebabkan JPJ merasa  sukar untuk memberi nombor yang elok-elok oleh  disebabkan ramai orang yang mahukannya.

Kalau yang mahukan nombor yang elok itu adalah orang awam biasa, maka mudah kepada pemberi nombor memberi kepada siapa yang dia suka. Kalau yang memohon itu orang bernama, maka payah bagi memberinya, apa lagi kalau ia adalah raja-raja.

Kalau seorang raja yang memohon maka ia mudah  diperkenankan, tetapi kalau serentak sekalian Sultan memohonnya, maka kepada raja yang hendak diberi.

Maka diadakan sistem membida. Siapa yang boleh memberi tender yang tertinggi, maka orang lain tidak boleh takwil. Jika ia diberi percuma, maka ditakuti ada orang dalam bermain kayu tiga secara gelap atau pintu belakang,  mengambil  harga untuk diri  sendiri. Siapa yang boleh menyogok sekian banyak, maka dia boleh dapat nombor itu.

Bagi mengelakkan berlaku bentuk rasuah yang demikian, maka ia tawarkan kepada semua di pasaran terbuka untuk membida. Gara-garanya ada bida sampai setengah juta.

Orang seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan, Tony Farnandez, Vincent Tan dan Syed Mokhtar tak terasa apa sekali pun membida pada harga sejuta atau lebih. Duit mereka tidak luak.

Tetapi adakah bijak dan waras membida setinggi itu sedang dalam masyarakat kita penuh  dengan serba ketempangan.  Orang yang memerlukan duit, makanan, pakaian dan lain-lain begitu ramai sedang duit yang banyak digunakan untuk membeli satu nombor motokar.

Dari mana duit itu diperolehi tidak penting. Adakah dari duit loteri, menang judi, atau keuntungan perniagaan dan sebagainya, tetapi apakah ia satu amalan yang wajar?

Jika dengan setengah juta digunakan untuk menghantar orang yang belum pernah haji menunaikan haji, besar mana ganjaran pahala yang diperolehi. Seorang haji perlu RM10 ribu, dengan bida itu boleh hantar 50 jamaah. Segala ibadat dan pahala wajib haji setiap orang itu  akan diperolehi oleh orang yang menghantarnya.

Setiap hamba Allah akan  ditanya dari mana hartanya diperolehi dan bagaimana ia digunakan. Seorang kaya yang soleh setengah hari lewat masuk syurga dibandingkan dengan orang miskin yang soleh. Sebab Allah tanya cara dia berbelanja atas hartanya.

Nabi Sulaiman a.s. adalah maksum, kerana baginda adalah orang terkaya di dunia, baginda ditanya setiap kekayaannya digunakan, maka baginda menunggu 40 tahun masuk  syurga selepas nabi-nabi lain.

Bagaimana sekalian membida nombor itu berbelas dan berpuluh ribu hendak menjawab apakah masing-masing telah menggunakan wang secara betul?

Kerajaan dan JPJ yang membenarkan amalan itu telah menyebabkan begitu  ramai orang yang terlibat dalam perkembangan yang tidak sihat itu.

Kalau raja-raja  terlibat membida, maka yang pertama dipersoal bukan  raja-raja, tetapi ialah pihak yang menyediakan sistem hingga kejadian yang tidak sederhana berlaku. Islam yang sederhana tetapi yang melampaui tahap kesederhanaan.

Kita telah tercebur dalam amal kapitalisme yang parah. Sumber

Jumaat, 17 Februari 2012

Robert Kuok kekal Terkaya Di Malaysia.


rich man
Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.    

Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary -- dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group -- menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu  merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.


Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah  Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.
- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular