Translate

Rabu, 18 Januari 2012

Penggunaan Kad Kredit Adalah Untuk Membeli Penghiasan Lembu-Lembu Fidlot.


Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit  Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa  berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.
Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.
Ini, dakwanya melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
“Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC,” ujarnya.
Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:
Tarikh
Memo
Credit
22/1/2009
Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh
RM   49,431.02
22/1/2009
Maybankard Center – Izmir Salleh
RM   47,763.06
22/1/2009
Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail
RM     6,910.34

JUMLAH
RM 104,104.42
Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:
NAMA
KAD KREDIT
JUMLAH SETAHUN (2009)
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail
Maybank dan CIMB Bank
RM182,525
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
Maybank dan CIMB Bank
RM160,673
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh
Maybank
RM127,900
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh
Maybank
RM122,402
JUMLAH
RM593,500
Beliau menambah, Jingga benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap double standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat.
“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular