Translate

Memaparkan catatan dengan label Skandal NFC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skandal NFC. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Februari 2012

Skandal NFC: Memang Sah NFCorp Salahguna Dana.


Tony Pua hari ini mendedahkan bukti yang didakwanya perjanjian pinjaman yang ditandatangani oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang mana menurutnya bukti syarikat berkenaan telah melanggar syarat pinjaman berjumlah RM250 juta bagi fasiliti tersebut.
Ketua Publisit DAP itu menjelaskan Perkara 3 perjanjian itu dengan jelas menyatakan dana kerajaan itu mesti digunakan bagi “ membiayai projek tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama perjanjian ini.”
Perjanjian Pertama itu menyatakan pinjaman berkenaan harus “konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia membangunkan, memperkenalkan, dan mengusahakan pengeluaran  lembu dan produk lembu melalui Pusat Fidlot Nasional menjadi pusat untuk aktiviti komersial dan bersepadu ternakan lembu fidlot.”
“Itu tidak diragukan lagi. Penggunaan duit tersebut hanya di benarkan untuk membiayai pembangunan pusat berkenaan dan bukannya untuk tujuan lain,” katanya (gambar) di ibu pejabat DAP hari ini.
“Ini bermakna, setiap dakwaan yang dibuat eksekutif dan pengarah NFCorp bahawa mereka boleh menggunakan dana itu untuk apa sahaja adalah mengarut.”
Tambah Pua, perkara itu dikuatkuasakan oleh Perkara 18.1 (b), yang menyatakan mana-mana keadaan selagi mana hutang tersebut masih wujud, NFCorp harus menggunakan duit yang dipinjam itu “untuk kegunaan yang dinyatakan dalam Perkara 3 perjanjian ini.”
Pua turut akan menanyakan perkara itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani kerana membenarkan NFCorp mencatatkan di akaun pinjaman khas itu, mencatat yang permintaan-permintaan sedemikian perlu diiringi oleh satu laporan kemajuan daripada syarikat itu.
Laporan perkembangan itu harus ditandatangani oleh jawatankuasa teknikal yang berkelayakan dan dipengerusikan oleh pegawai daripada kementerian, berdasarkan perjanjian tersebut.
“Mereka perlu menandatangani laporan kemajuan itu. Jadi, penyusutan telah berlaku walaupun NFC gagal memenuhi sasaran ... (menunjukkan) kementerian pertanian turut sama bertanggungjawab terhadap kecelaruan ini,” katanya.
NFCorp harus mengemukakan kenyataan bulanan daripada bank kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun menjelaskan bagaiman dana itu digunakan, kata Pua dan mempersoalkan kementerian membenarkan pinjaman itu diteruskan.
“Kecuali NFCorp menghantar laporan palsu. Mungkin itu akan diklasifikasikan sebagai jenayah, kita tidak tahu sama ada mereka menyerahkan laporan palsu ketika itu.
“Kementerian Kewangan perlu membuat penjelasan maklumat laporan tersebut,” katanya menambah, pegawai rasmi kementerian yang diberi taklimat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung NFC menyatakan tidak disebut berkenaan pembelian hartanah dibuat dalam laporan berkenaan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut mempersoal kemenyterian kerana tidak membekukan akaun kerana Perkara 4 menjelaskan pembayaran balik harus dibuat tiga tahun kemudian selepas bermula sekitar 2008.
“Kita sekarang berada dalam bulan Febuari 2012. Menurut pemahaman saya mereka belum membuat pembayaran walu sesen pun. Kita sudah lebih daripada tiga tahun,” katanya.
“Kenapa mereka tak bayar? Kenapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil tindakan terhadap pembayaran lewat? Dab kenapa pinjaman tersebut tidak dibekukan atau dipindah akaun?”
Projek yang dibiayai kerajaan ini menjadi topik perbualan selepas ianya diletakkan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
PKR telah membuat beberapa siri pendedahan dengan mendakwa berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan termasuksejumlah RM62 juta digunakan untuk tanah, hartanah dan perbelanjaan tidak berkaitan NFC.
Anak Shahrizat dan eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh, bertegas menyatakan syarikat berkenaan telah menggunakan dana dengan lebih baik dengan melabur dalam hartanah ketika menghentikan operasi perniagaan selepas Putrajaya mengambil keputusan menggantung pembinaan pusat penyembelihan yang disewakan kepada syarikat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu mengumumkan Putrajaya akan melantik badan audit khas bagi menyemak buku laporan NFCorp bagi mengenalpasti sekiranya terdapat pertuduhan terhadap syarikat kesa, tetapi menentang cadangan suruhanjaya diraja bagi menangani masalah itu.MInsider

Selasa, 7 Februari 2012

Hebatnya Shahrizat, 3 Kali 'Mengadap' Kaabah. Siap Allah Bagi Petunjuk Lagi.

Beliau diduga dan diuji konon, apakah cukup dengan mengadap Kaabah sampai 3 kali (2 bulan 3 kali pergi Mekah). Harap-harap bukan dari dana NFC untuk segala perjalanan beliau. Kita warga marhaen hanya boleh berangan sahaja nak pergi ke Mekah kerana ada kala soru untuk keluarga pun terpaksa mengikat perut.
Muhrim tak muhrim tolak tepi kerana dah mendapat hidayah.
Betapa eratnya gengaman ketika bersalam selepas mendapat hidayah. Bertuah sungguh Shahrizat kerana dalam dua tiga bulan ini diuji dan diuji malah Allah siap berkata kat beliau lagi. Bila diuji beliau serah bulat-bulat seperti gambar yang kat atas.

Sabtu, 4 Februari 2012

Mat Zain: Polis Dapat Menentukan ‘Dalam Tempoh Singkat’ Jika NFC Membiayai Umrah.


Seorang bekas pegawai kanan polis hari ini mempersoalkan keengganan pihak polis bertindak terhadap keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil(gambar) dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dengan mengatakan mereka mampu menyiasat perkara itu dalam masa singkat bagi memastikan sama ada berlakunya penyalahgunaan dana untuk membiayai Umrah.
“Kenapa pihak polis takut untuk mengambil tindakan terhadap suami dan anak Shahrizat?” soal bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara hari ini.
“Bagi menyemak rekod untuk memastikan Mohamed Salleh dan Wan Shahinur (anak Shahrizat) menggunakan sejumlah RM31,580 dalam NFC bagi membiayai perjalanan Umrah mereka pada 2010 hanya memerlukan masa yang amat singkat untuk disiasat,” tegasnya.
Mat Zain telah mendesak Datuk Seri Najib Razak minggu lepas supaya menggesa polis, badan pencegah rasuan, Peguam Negara menyelesaikan siasatan terhadap skandal pusat ternakan lembu tersebut dalam masa dua minggu.
Tambahnya, bagi menyemak sama ada NFCorp telah membayar sejumlah RM26,400 kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hanya memerlukan “beberapa minit” penyiasatan.
“Sekiranya tuduhan-tuduhan itu benar, Shahrizat telah menipu rakyat apabila mengatakan beliau tidak mengambil tahu berkenaan hubungan pengurusan NFCorp oleh suami dan anaknya,” katanya.
PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFV, termasuk sejumlah RM27 juta didakwa telah digunakan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan tersebut, apabila Ketua Audit Negara mengatakan projek berkenaan tidak menetapi sasaran pada Oktober 2010.
Pembangkang turut mendakwa suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), telah mengarahkan bayaran sebanyak RM31,580 dibuat ke bagi membiayai perjalanan Umrah bagi diri, dan anaknya pada 2010 termasuk RM26,400 perbelanjaan  Shahrizat pada 2008.
Ketua Wanita Umno itu semalam menegaskan beliau akan terus mengetuai sayap wanita dan kembali ke kementeriannya Isnin ini selepas bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.Insider

Isnin, 30 Januari 2012

Terkini: Ketua NFC Paksa Saya 'Rasuah' Polis, Kata Shamsubahrin.


Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NONEBeliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."
Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya.MK

Rabu, 18 Januari 2012

Penggunaan Kad Kredit Adalah Untuk Membeli Penghiasan Lembu-Lembu Fidlot.


Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit  Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa  berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.
Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.
Ini, dakwanya melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
“Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC,” ujarnya.
Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:
Tarikh
Memo
Credit
22/1/2009
Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh
RM   49,431.02
22/1/2009
Maybankard Center – Izmir Salleh
RM   47,763.06
22/1/2009
Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail
RM     6,910.34

JUMLAH
RM 104,104.42
Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:
NAMA
KAD KREDIT
JUMLAH SETAHUN (2009)
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail
Maybank dan CIMB Bank
RM182,525
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
Maybank dan CIMB Bank
RM160,673
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh
Maybank
RM127,900
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh
Maybank
RM122,402
JUMLAH
RM593,500
Beliau menambah, Jingga benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap double standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat.
“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Isnin, 16 Januari 2012

Jika Benar, NFC Telah Membayar RM3,173,500.00 Kepada Suami Dan 3 Anak Shahrizat Pada Tahun 2009.


Ini bukan perkara main-main kerana bukan sedikit dana dan geran yang disalurkan kepada NFC oleh kerajaan yang diterajui oleh Umno. Ini termasuk dengan tanah kurniaan kerajaan Negeri Sembilan sebanyak 500 ekar walau pun sebanyak 200 ekar telah diambil semula oleh kerajaan negeri. Angka RM 3,173,500 bukan sedikit bagi rakyat yang berpendapatan purata RM 30,000 setahun berbanding dengan pendapatan 4 individu yang mempunyai kaitan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Abd Jalil.

Ini baru keluarga seorang menteri yang terdedah dengan skandal, bagaimana pula dengan menteri-menteri dan kroni-kroni yang lain. Kita pun tidak pasti siapakah menteri yang ada sekarang ini benar-benar bersih dari mana-mana skandal.Maka benarlah kajian dari badan bebas luar negara yang mengatakan bahawa negara ini kehilangan hasil lebih dari 1 trilion (100,000,000,000) dar aktiviti rasuah, pengubahan wang haram dan bermacam-macam skandal.

Apa lagi pilahan yang rakyat ada melainkan menumbangkan kerajaan korup yang diterajui oleh Umno dalam PRU 13 nanti. Jika kita memikirkan masa depan Islam, negara dan anak-cucu kita, maka tunjukkan protes kita melalui kertas undi agar para penjenayah berkot kemas ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan yang juga akan juga akan dibebaskan. Kita bicara mereka-mereka ini dengan seadil-adilnya kerana kita bukannya seperti mereka yang mencengkam semua jabatan termasuk kehakiman. Inilah aktiviti salah satu skandal yang berjaya dibongkar oleh Pakatan Rakyat hasil kerjasama orang dalam....

Gaji bulanan yang diterima oleh suami dan anak-anak Shahrizat yang dibayar oleh NFC ialah

  • Mohamad Salleh Ismail RM 100,000 (Pengerusi NFC)
  • Wan Shahinur Izmir 31 tahun, RM 45,000 (Pengarah Eksekutif)
  • Wan Shahinur Izran 27 tahun, RM 35,000 (Ketua Pegawai Eksekutif)
  • Wan Izzanah Fatimah 25 tahun, RM 35,000 (Pengarah Syarikat)

Perbayaran kad kredit yang dituntut dari dana NFC pada tahun 2009 ialah

  • Mohamad Salleh Ismail RM 182,525 atau purata bulanan RM 15,210
  • Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh RM 160,673 purata bulanan RM 13.389
  • Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh RM 127,900 purata bulanan RM 10,658
  • Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh RM 122,402 purata bulanan RM 10,200

Khamis, 5 Januari 2012

Skandal NFC: Muhyiddin Dan Najib Patut Di Persalahkan.

Pihak berkuasa diminta menyiasat kecuaian Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak sehingga berlakunya skandal NFC.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat yang mereka perolehi, skandal ini tidak akan berlaku jika kedua-duanya tidak cuai dalam menjalankan tugas mereka.

"Kecuaian dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu yang meluluskan projek penternakan fidlot ini tanpa mengambil kira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang; dan

"Kecuaian dan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menganugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Rafizi berkata, beliau telah hadir dan memberikan keterangan di Bukit Aman pada jam 3 petang semalam.

Menurut Rafizi, sejak skandal NFC dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh KEADILAN dalam meneliti segala penyelewengan di dalam NFC. 

Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada PKR, katanya.

"Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang saya tidak kenali. 
"Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC. 

"Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri," katanya.

Siasatan lain pula, katanya, dijalankan sendiri oleh PKR berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu.

"Oleh yang demikian,PKR yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes penyelewengan NFC, kerana dari pengalaman kami sendiri – dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat, pelbagai penyelewengan dapat dibongkarkan," kata Rafizi.

PKR, katanya, juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk meneliti dokumen ini dan menjalankan siasatan sendiri kerana siasatan PKR setakat ini hanyalah menyentuh 10% dari seluruh urusniaga yang tersenarai. 

"Saya yakin rakyat yang cintakan amanah dan benci rasuah akan membongkar lebih banyak penyelewengan berdasarkan maklumat ini," katanya.

HarakahDaily

Jumaat, 23 Disember 2011

SPRM Rampas Komputer, Dokumen Dalam Serbuan Terhadap Pejabat NFC.

Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) merampas dokumen dan satu unit CPU komputer dalam serbuan di ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional, National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mont Kiara hari ini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan untuk projek ternakan lembu berkenaan.

Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Supritendan Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh, dilihat bersama dua dari lapan anggotanya menyerbu pejabat NFC di Solaris Mont Kiara. — Foto oleh Choo Choy May
Anggota SPRM yang diketuai oleh Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Supritendan  Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh, dilihat memasuki pejabat berkenaan kira-kira jam 2.55 petang hari ini dan meninggalkan pejabat berkenaan pada jam 5 petang.



Menurut Wan Abdul Rahman, pihaknya telah mengambil keterangan daripada kesemua pekerja NFC dan mereka telah memberikan kerjasama yang baik.


“Kami telah mengambil keterangan daripada pekerja di syarikat ini (NFC) dan mereka memberikan kerjasama yang baik,” katanya yang juga merupakan ketua siasatan untuk NFC.

Dalam serbuan tersebut, SPRM telah merampas satu unit CPU  dan empat sampul surat putih berisi dokumen penting yang berkaitan dengan siasatan skandal NFC.


Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dokumen yang dirampas pihaknya.

NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu NFC yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.

Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan.

Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar), turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Serbuan hari ini dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah.

SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat “Datuk” semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut.

Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini dan pemimpinnya menuntut Shahrizat untuk meletak jawatan atas penyelewengan yang berlaku.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat mepaskan jawatan sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno demi menjaga nama baik wanita ketika Kongres PKR di Johor bulan lalu.

Selain itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pemimpin daripada Umno termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dan beberapa ketua cawangan Umno turut membuat gesaan yang sama terhadap Shahrizat demi menjaga nama baik parti. Sumber

Isnin, 19 Disember 2011

Skandal NFC: Dua Lot Tanah di Putrajaya Belum Tukar Nama


Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 atau dikenali sebagai Gerakan MARAH menggesa pihak Polis segera membuat siasatan berhubung dua lot tanah yang di dakwa dibeli oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil masih di atas nama Putrajaya Holding.


Ketua Koodinator Jingga 13, Fariz Musa berkata berdasarkan pendedahan sebelum ini mendapati Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887.Manakala NMLC juga merupakan syarikat milik keluarga Shahrizat. 

"Hasil siasatan kami mendapati dua tapak tanah tersebut masih di atas nama Putrajaya Holding," kata Fariz ketika mengadakan lawatan di tanah tersebut bersama Cabang PKR Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, transaksi pembelian tanah tersebut bukan sahaja menyalahi peruntukan wang rakyat kepada NFC malah menimbulkan persoalan lain.

"Ini juga menimbulkan persoalan kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui NMLC membeli dua bidang tanah tersebut?

"Adakah ianya benar-benar wujud pembelian atau hanyalah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut?" soal beliau.

Sehubungan itu beliau mengesa pihak polis segera mengadakan siasatan berhubung empat kegiatan oleh NFC iaitu;

1. Pada 9 Disember 2010 telah menggunakan wang pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622 

2. Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10 , Putrajaya iaitu PT 1886 dan PT 1887

3. Semakan bayaran melalui cek dari akuan 14160000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC di antara Januari sehingga Julai 2010 sejumlah 15 cek berjumlah RM455,423 kepada Impian Globe Network Sevices , sebuah syarikat pelancongan ke luar negara.

4. Pada 21 Julai 2010 NFC telah memindahkan sejumlah RM 588,585 ke akaun Meatworks (Singapura ) Pte Ltd milik keluarga Shahrizat tersebut dan ianya bertentangan dengan fungsi NFC.

Menurut Fariz lagi, beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini namun siasatan polis masih kabur.

"Siasatan Timbalan Ketua Polis Negara amat pantas, yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .

Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat Jingga 13 menurut beliau sejumlah RM18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot .

Katanya, JINGGA 13 mendesak pihak polis agar bertindak telus, adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukan nya bertujuan untuk 'membersihkan' mereka yang terlibat dengan skandal NFC .

"Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ianya adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah," ujar Fariz lagi.

Turut hadir ketika mengadakan lawatan di dua tapak tanah tersebut ialah Ketua Cabang Putrajaya, Onn Abu Bakar, berserta ahli-ahli parti tersebut.Sumber

Selasa, 6 Disember 2011

Isu NFC: Desakan Demi Desakan Agar Shahrizat Berundur.


Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. Malaysiakini

Isnin, 5 Disember 2011

Desakan Umno Supaya Shahrizat Letak Jawatan Disokong.

Cadangan Anggota Parlimen Umno agar Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan disokong oleh pemimpin muda PKR.
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Shahrizat mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya sendiri.
"Pendirian saya tidak berubah. Kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang masalah menjelang pilihan raya ini. Saya sayangkan pemimpin tetapi saya lebih kepada parti saya. Pendirian saya kekal," kata Bung Mokhtar kepada media sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, Sin Chew Daily.

Sebelum ini, Bung Mokhtar mencadangkan agar Shahrizat melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal yang melibatkan suaminya, Mohamad Salleh Ismail.

Mohamad Salleh selaku Pengerusi Eksekutif NFC dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk projek itu.

Turut membuat desakan terbuka kepada Sharizat adalah Ketua Umno Bahagian, Syed Ali.

Media mendedahkannya manakala pihak kerajaan pula mengesahkannya namun Shahrizat berkata apa yang dibuat oleh suaminya tidak ada kaitan dengan beliau walaupun beliau seorang anggota kabinet.
Latar belakang NFC
NFC telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke 9. Ia disasarkan sebagai projek berimpak besar dengan sasarannya adalah membekalkan 40 peratus keperluan daging negara menjelang 2010.

Pada tahun 2007, kerajaan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC.

Pada Oktober 2011, Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai salahguna wang berlaku dalam NFC melalui laporan yang lambat terbit itu.

Antara laporannya adalah pembelian kondominium mewah dan kereta mercedes.

Pengerusi NFC adalah suami Shahrizat, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail, Pengarah Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun), Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) dan Pengarah NFC Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun).

Gaji bulanan pengerusinya adalah RM100,000, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, CEO RM35,000 sebulan dan pengarahnya adalah RM35,000 sebulan.

PKR pula mendedahkan lebih terperinci iaitu pelbagai pembelian yang dibuat oleh NFC yang tidak ada kaitan langsung dengan penubuhan dan peranannya.

Antara pembelian yang dibuat oleh NFC adalah kondominium mewah di Bangsar di One Menerung bernilai RM9,758.140, tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363.507 dan kereta Mercedes CLS 350 CGI bernilai RM534,622.

Namun semasa berucap di persidangan Umno baru-baru ini, Shahrizat meminta semua ahli Umno bertenang dan mendengar penjelasan dari pemimpinnya.

Shahrizat bersingsing lengan ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan wanita Umno ini dan menjadi topik serangan para penceramah agama di masjid dan surau kerana lengan adalah sebahagian dari aurat wanita.

Namun Bung Mokhtar berkata, beliau tidak pasti apakah penjelasan itu telah diterima oleh orang ramai atau tidak.

"Saya setuju dengan pandangan Bung Mokhtar dan Syed Ali; Shahrizat Jalil mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatan beliau sebagai menteri," kata Shamsul Iskandar dalam Twitternya yang menambahkan lagi panas Shahrizat di perhimpunan agung Umno itu.

Skandal itu juga telah menjadi topik perbualan yang paling hangat di kalangan ahli Umno sepanjang perhimpunan itu dengan kebanyakan mereka menganggap Shahrizat boleh menjadi bala kepada Umno dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata, rakyat sudah muak dengan penyelewengan yang sentiasa berlaku dalam kerajaan.HarakahDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular