Pihak berkuasa diminta menyiasat kecuaian Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak sehingga berlakunya skandal NFC.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat yang mereka perolehi, skandal ini tidak akan berlaku jika kedua-duanya tidak cuai dalam menjalankan tugas mereka.
"Kecuaian dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu yang meluluskan projek penternakan fidlot ini tanpa mengambil kira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang; dan
"Kecuaian dan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menganugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang," kata Rafizi dalam kenyataannya.
Rafizi berkata, beliau telah hadir dan memberikan keterangan di Bukit Aman pada jam 3 petang semalam.
Menurut Rafizi, sejak skandal NFC dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh KEADILAN dalam meneliti segala penyelewengan di dalam NFC.
Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada PKR, katanya.
"Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang saya tidak kenali.
"Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC.
"Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri," katanya.
Siasatan lain pula, katanya, dijalankan sendiri oleh PKR berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu.
"Oleh yang demikian,PKR yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes penyelewengan NFC, kerana dari pengalaman kami sendiri – dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat, pelbagai penyelewengan dapat dibongkarkan," kata Rafizi.
PKR, katanya, juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk meneliti dokumen ini dan menjalankan siasatan sendiri kerana siasatan PKR setakat ini hanyalah menyentuh 10% dari seluruh urusniaga yang tersenarai.
"Saya yakin rakyat yang cintakan amanah dan benci rasuah akan membongkar lebih banyak penyelewengan berdasarkan maklumat ini," katanya.
HarakahDaily
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.0...
-
Yahudi sebuah agama yang telah lama luput kebenarannya, Taurat bukan lagi kalam Allah azza wa Jalla tapi sebaliknya kata-kata dusta nista r...
-
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan p...
-
Gambar-gambar semasa penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Dearah Hulu Selangor. Wartawan Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengs...
-
Baru sebentar tadi baru dapat melayari blog sejak hari Ahad macam-macam masaalah timbul dengan pengendalian internet buat hal. Satu blog pu...
-
Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah ...
-
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri? Omar : Ya, memang sa...
-
Sungguhpun kekuasaan dan keperkasaannya tak tertandingi, akhlak dan hatinya selembut sutra, hingga karenanya ia mudah menyerap bukti kebena...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan