Translate

Rabu, 20 Jun 2012

TCB Milik Syed Mokhtar Intai BB Plaza.



UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza.


Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemukakan cadangan untuk memiliki Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) dan pembangunan Yayasan Selangor sebagai sebahagian daripada pembangunan semula kawasan Jalan Bukit Bintang bagi cadangan pembangunan projek stesen My Rapid Transit (MRT), di kawasan tumpuan beli belah berkenaan, kata sumber.
Pemaju hartanah dan pemilik rangkaian hotel yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang turut memiliki pegangan utama dalam projek bersama MMC-Gamuda turut mempunyai projek pembinaan terowong sepanjang 51km Sungai Buloh-Kajang fasa pertama MRT yang dijadualkan siap pada 2017.
“TCB telah mengemukakan tawaran untuk kedua-dua bangunan namun ia masih lagi dipertimbangkan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain turut mengesahkan cadangan berkenaan telah pun dihantar kepada kerajaan Selangor, Yayasan Selangor, bagi pembinaan bangunan 12 tingkat di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, serta pemilik BB Plaza, UDA Holdings Bhd yang mana milik penuh Kementerian Kewangan (MoF). UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza, sementara Yayasan Selangor bercadang untuk menaik taraf bangunannya kepada pembinaan hotel dan kawasan untuk pintu masuk stesen.
Namun, tidak jelas sama ada TCB telah membuat cadangan khusus tentang rancangan pembangunan semula untuk kedua-dua bangunan namun syarikat tersebut baru-baru ini telah memperolehi sejunlah RM510 juta daripada penjualan Menara Tun Razak kepada Tradewinds (M) Bhd. Syed Mokhtar memiliki saham 42.97 peratus, dan 71.48 peratus dalam Tradewinds dan TCB.

Syed Mokhtar
Beliau telah menjadi seorang ahli perniagaan ternama selepas memiliki beberapa syarikat termasuk memperolehi pembuat kereta nasional negara, Proton Holdings Berhad awal tahun ini melalui DRB-Hicom Bhd dan juga Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd turut berjaya memiliki projek penswastaan Penang Port Sdn Bhd.
Hubungan politik taikun DRB-Hicom ini juga turut menyaksikan beliau berjaya memiliki perkhidmatan pos di negara ini apabila mengambil alih Pos Malaysia Bhd tahun lalu daripada Khazanah Nasional Bhd, syarikat milik negara, yang juga merupakan pemilik Proton sebelum ini.
UDA Holdings telah terikat selama 40 tahun dengan  BB Plaza, yang mana menempatkan ibu pejabatnya dan juga menyediakan ruang kepada masyarakat Melayu di kawasan tumpuan membeli belah utama bandaraya ini.
Sekitar 50 ahli perniagaan mengadakan bantahan di luar pintu masuk pusat beli belah semalam, mendakwa mereka diusir daripada perbincangan antara pemilik, pemilik MRT, MRT Corp Bhd dan Perbendaharaan terhadap nasib bangunan berkenaan.
UDA Holdings menjelaskan mereka masih samar-samar dengan nasib BB Plaza yang dijangka akan dikosongkan tahun hadapan bagi memulakan kerja terhadap pembinaan MRT Lembah Klang.
Pemilik pusat beli belah berkenaan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mereka tidak memperolehi sebarang notis daripada MoF sama ada  BB Plaza akan dikekalkan atau dimusnahkan, atau dimiliki pihak lain. MRT Corp menjelaskan mereka tidak berminat untuk memiliki bangunan berkenaan walaupun mereka akan menggunakannya sebagai besmen, dan laluan bagi pembinaan mereka.
“Bagaimanapun, UDA telah mengeluarkan notis pengosongan bangunan kepada tiga penyewa, Starbucks Coffee, Gloria Jeans dan Hot & Roll, menurut kepada arahan yang dikeluarkan MRT Corporation kepada kami,” kata agensi milik Kementerian Kewangan itu.
Mereka juga turut menambah, penyewa yang lain, yang masih beroperasi di dalam bangunan tersebut boleh meneruskan urusan perniagaan mereka sehingga notis dikeluarkan.
The Malaysian Insider telah melaporkan awal bulan lalu rancangan oleh MRT Corp untuk mengosongkan penyewa BB Plaza menjelang 2013 bagi memudahkan urusan pembinaan stesen terbesar, yang dijangka bermula dengan foyer bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor.
BB Plaza menempatkan majoriti peniaga Melayu, dan peniaga Cina menjalankan perniagaan mereka di  Sungei Wang Plaza kawasan premis perniagaan berhampiran.

Nur Jazlan: Perbincangan masih dijalankan.
Apabila dihubungi, Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Malaysian Insider perbincangan masih dijalankan sama ada BBP akan dijual kepada MRT Corp untuk dibangunkan.
MRT Corp telah berunding berkenaan pemilikan tanah untuk projek berkenaan, namun tergendala di kawasan pemilik Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang. Bagaimanapun, kata putus dijangka bakal diperolehi di beberapa kawasan seperti di Jalan Imbi.
The Malaysian Insider pada 21 Mei lalu melaporkan, penangguhan di kawasan Jalan Bukit Bintang telah memaksa Kementerian Kewangan untuk memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang berkenaan untuk mengahadiri mesyuarat tergempar, untuk mempertimbangkan projek insfrastruktur mega negara ini akan beroperasi menjelang tarikh tamatnya pada 2017. Sumber

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular