Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 22 Ogos 2012

Peristiwa 13 Mei Yang Dilupai.


Oleh kerana MCA mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum tahun 1969 maka pimpinan MCA telah membuat keputusan tidak akan menyertai kabinet yang akan dibentuk selepas pilihan rayan tersebut.

Menurut para wartawam Utusan Melayu yang berada dirumah bekas pengarang beritanya, Ali Salim yang lebih dikenali sebagai Jiro, ketika perintah berkurung dikuatkuasakan di Kuala Lumpur berikutan berlakunya ketegangan, bahawa pada pagi 13 Mei, Presiden MCA Tan Siew Sin telah membuat kenyataan akhbar mengenai keputusan partinya tidak menyertai kabinet tetapi akhbar tidak dapat diterbitkan pada hari berikutnya disebabkan tercetusnya rusuhan kaum pada petang itu. Dan tidak pula tersiar kenyataan Presiden MCA itu di mana-mana akhbar.

Kerajaan yang akan dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman lebih merupakan 'Kerajaan Melayu' kerana MIC juga keberatan untuk menyertai kerajaan selepas pilihan raya umum 1969. Keengganan MCA dan MIC  menyertai kabinet Tunku Abdul Rahman itu adalah kerana kedua-dua parti tersebut gagal untuk mendapat sokongan masyarakat Cina dan India.

Tan Siew Sin mengulangi kenyataannya pada 5 atau 6 1969 bahawa MCA tidak menyertai kabinet berikutan kalahnya MCA dalam pilihan raya 10 Mei 1969. Dr Mahathir ketika itu menyokong supaya MCA dan juga MIC tidak disertakan di dalam kabinet. Bagaimanapun, para pemimpin MCA dan MIC telah mengubah sikap dan pendirian mereka apabila pemerintahan MAGERAN terbentuk selepas berlaku Peristiwa 13 Mei itu.

Dalam tempoh kegiatan politik dibekukan oleh pemerintahan MAGERAN itu, Tun Abdul Razak telah mengambil kesempatan untuk memperkuatkan kedudukan Umno, MCA dan MIC yang sudah tidak mendapat sokongan rakyat lagi pada pilihan raya 1969. Dari keadaan inilah yang dikatakan Tun Abdul Razak telah mengulingkan pemerintahan Tunku Abdul Rahman kerana beliau sebagai Pengarah MAGERAN mempunyai kuasa yang tiada haknya.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin Cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di Selatan Thailand.

Jika mengikut apa yang berlaku, 'Peristiwa 13 Mei' adalah satu perancangan yang memang diaturkan oleh pemimpin Umno untuk melakukan rampasan kuasa melalui Tun Abdul Razak. Kita akan mendengar berbagai versi dengan menyalahkan pembangkang dan Umnolah yang betul.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular