Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 16 Ogos 2012

Memang Benarlah Sabda Nabi Islam Adalah Dagang.



Kerana kafir harbi, dapat RM2 juta

Saya menulis perkara ini atas dasar saya adalah seorang Islam yang beriktikaf bahawa bahawa Islam Benar, Mati itu Benar, Kiamat itu Benar, Padang Mashyar itu Benar, Hidup sesudah Mati itu Benar, Manusia dihisad itu Benar, Syurga dan Negara itu Benar. Maka tiadalah alQuran dan As-Sunnah sebaik-baik rujukan yang tiada tolak bandingkan dengan segala perundangan yang ada di muka bumi ini.

Allah mewajibkan  ke atas hambanya tentang segala hukum-hukum yang melibatkan hambanya kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang baik dan buruk di atas segala perintahnya. Bagi Umno mereka bukan sahaja menolak hukum hudud walau pun pemimpinnya tahu tentang perkara ini. Jika Abdullah Saamah mengaku seorang bertaraf Tuan Guru sepertimana skrip yang beliau bacakan itu beliau mengaku DAP adalah kafir harbi, apakah dalil beliau kerana negara bukan berada didalam peperangan.. 

Jika darah DAP kafir harbi adalah halal untuk untuk umat Islam, maka Abdullah Saamah orang yang pertama patut dihukum patut kerana beliau telah menghina Islam secara waras. Beliau patut diperangi kerana kata-kata dan fatwa-fatwa sudah ketinggalan zaman kerana ia sudah disepakati oleh ulama-ulama muktabar dalam isu ini kerana yang ada ketika ini hanya ada kafir zimmi. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Islam bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali menjadi dagang maka berjayahlah orang-orang yang dagang"

Kita persetankan dengan kenyataan pengerusi DAP tentang langkah mayatnya yang sudah berusia lebih 20 tahun lalu kerana sudah ramai pemimpin DAP sudah tidak bersependapat dengan Karpal Singh. Karpal Singh ini sudah ditolak oleh majoriti ahli-ahli/pemimpin DAP kerana tindakan-tindakan beliau yang terlalu memcampuri urusan Islam, Kita tahu yang beliau adalah seorang yang amat taksub dengan perlembagaan Lord Read, berpandangan dengan kemahiran beliau tentang undang-undang sekular. Saya pasti jika Karpal Singh sudah tiada, pandangan DAP terhadap PAS untuk melaksanakann hukum Islam akan lebih terbuka.

Ramai ahli dan pemimpin DAP telah mula mendapat maklumat yang betul kerana selama ini mereka telah difitnah oleh Umno yang mengaku Islam dengan menyebarkan ketidak adilan, kezaliman, pelabur akan lari lintang pukang dan negara akan tertinggal kebelakang. Contoh utama ialah bagaimana KM Pulau Pinang, LGE mengiftiraf pemerintahan Saidina Umur Abdul Aziz yang berjaya menguruskan negara dan berlaku adil terhadap rakyat dan diri sendiri.. 

Walau pun pemerintahannya hanya bertahan dua tahu setengah sahaja,  mungkin pemerintahannya Saidina Umar Abdul Aziz penuh dengan korupsi yang menyebabkan Umno menolak corak pemerintahannya. Inilah kehebatan Saidina Umar Abdul Aziz yang dijadikan idola oleh LGE. Dikatakan yang beliau telah meninggalkan 1 bilion dinar selepas kesyahidannya. 

Bagaimana pula dengan Umno yang menjaja di mata dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam contoh yang patut ditiru oleh negara yang berkehendak. Di Malaysia, para peserta baju kuning dilayan secara VIP oleh rejim Najib. Isteri beliau, Rosmah Mansor pula adalah contoh isteri pemimpin yang terbaik kerana membantu negara yang berteras fesyen dengan pembelanjaan mewahnya.

Wahai Najib dan Rosmah, tidakkah kamu merasa malu pada diri kamu sendiri dengan mengaku sebagai Khalifah Malaysia. Kamu bercakap tentang kesederhanaan, isteri kamu setiap kali bershopping sampai hilang akal dan jika boleh gedung beli belah pun beliau ingin bawa balik. Kamu menghina hukum Allah kerana kamu merasakan yang kamu juga cukup kuat. 

Kamu adalah penamat kepada teori R.A.H.M.A.N. dan saya huraikan serba sedikit tentang teori ini. 

  1. Tunku Abdul Rahman     ----- 16 angka
  2. Abdul Razak                    ----- 10 angka
  3. Hussein                            -----   7 angka
  4. Mahathir                          -----   8 angka
  5. Abdullah                          -----   8 angka
  6. Najib                                -----   5 angka
Jumlah keseluruhan angka-angka dalam teori R.A.H.M.A.N. ialah 54 angka yang ia sama dengan tahun ini iaitu sudah 54 tahun Umno memerintah negara dengan penuh kekejaman yang bermula dengan Mahathir a.k.a Mahazalim a.k.a. Mahafiraun a.k.a. Melayu Mudah Lupa. Inilah penggal terakhir untuk Rosmah meninggalkan Sri Perdana, Istana yang pasti akan beliau pertahankan.

Ini juga perjuangan sebenar Najib yang sentiasa mendapat jalan mudah dalam kehidupan politiknya kerana beliau ahli politik yang tidak merasai kesusahan dan pahit maung apa yang berlaku disekelilingnya. Beliau menjadi MP Pekan sebagai bidan terjun mengantikan Allahyarham Tun Razak sedangkan beliau langsung tidak dikenali oleh rakyat Pekan dan Malaysia. Kita tunggu dan lihat akan kejantanan anak Tun Razak ini dalam alam politik yang nyata.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular