Translate

Jumaat, 25 Januari 2013

Kes Sugumar: Berkata Benarlah Wahai PDRM.


Sekarang heboh tentang kematian seorang pengawal keselamatan, Sugumar Chelliah yang dikotegerikan sebagai mati mengejut oleh pihak polis. Pihak polis telah dituduh cuba menutup kes kematian Sugumar yang didakwa digari, dipukul oleh empat anggota polis dan melumur dengan serbuk kunyit. Sehinggakan mengikut sumber sejumlah anggota polis yang bersenjata M16 telah mengawal bilik mayat semasa post mortem dilakukan ke atas mayat beliau.

'Kami merujuk kepada dakwaan ketua polis Kajang bahawa polis tidak memukul Sugumar hingga mati dan dia meninggal dunia akibat serangan jantung', kata peguam N.Surendran dan Latheefa Koya, yang mewakili keluarga mangsa, mengikut satu kenyataan pagi ini.

Mengapa pihak polis begitu cepat mengeluarkan kenyataan sedangkan mengikut saksi yang berada ditempat kejadian telah menceritakan yang Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan kunyit. Mengapa kenyataan saksi-saksi ini tidak diambil keterangan mereka oleh pihak polis sedangkan ia melibatkan kematian.

Ini bukan kali pertama tahanan polis mati semasa berada didalam kawalan pihak polis dan ia benar-benar membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pihak polis sebagaimana bekas Timbalan Perdana Menteri yang lebam matanya semasa berada didalam tahanan polis. Dalam kes seperti ini, yang menjadi mangsa ialah majoriti anggota polis yang benar-benar menjalankan tugas dengan ikhlas sedangkan yang brutulnya ialah segelintir anggota polis yang merasakan mereka cukup berkuasa walau pun hanya berpangkat prebet sahaja.

Maka berkata benarlah wahai pihak polis kerana rakyat sudah lama memerhati segala tingkah laku kamu. Walau sepahit mana pun, janganlah mengadaikan maruah majoriti anggota polis yang lain. Jangan kerana hendak menjaga segelintir anggota, yang menjaga mangsanya ialah anggota-anggota polis yang lain. Kerana setitik nila habis susu sebelanga.

NONE

Ini adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahad...

Polis telah mengklafikasikan kematian seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental dan merosakkan harta benda awam dekat Kajang semalam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata dalam ejadian bermula jam 6.30 petang itu, C Sugumaran, 39, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hulu Langat menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.

Menurutnya, lelaki itu mula mengamuk dari Taman Sri Nanding di sini sebelum menuju ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.

Abdul Rashid berkata polis mengekori suspek sejauh dua kilometer sebelum dia tiba-tiba terjatuh di bahu jalan.

"Ketika itu, polis dan orang awam menangkap lelaki itu yang bertindak agresif dan beliau didapati tidak sedarkan diri ketika berada dalam kenderaan polis," katanya dalam sidang media di Kajang malam ini.

Menurut Abdul Rashid, samasa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, beliau disahkan meninggal dunia.

"Hasil bedah siasat menunjukkan beliau mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain," katanya.

Abdul Rashid menegaskan kematiannya tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menahannya.
Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular