Polis Malaysia memang diakui cekap menjalankan tugas dan ia dipuji di peringkat antara bangsa dan kita boleh imbas kembali peristiwa 'Ops Lalang' bagaimana kecekapan pihak polis dapat menahan berpuluh-puluh pemimpin pembangkang dalam sekelip mata sahaja. Tangkapan itu bukan dilakukan didalam negara malah ianya dilakukan diluar negara sekali dalam waktu yang singkat sahaja, betapa hebatnya polis Malaysia.
Kita puji akan kecekapan pihak polis tetapi kita cukup kecewa apabila ianya dilakukan secara pilih kasih atau mungkin panggilan sesuai ialah 'Jejak Kasih'. Bila rakyat kata indeks jenayah semakin meningkat, mereka melenting marah dan mereka layak di panggil Polis Raja Di Malaysia kerana mereka tidak boleh ditegur disebabkan kekebalan yang ada pada mereka.
Kenapa jika melibatkan pemimpin atau blogger PR, polis begitu cepat bertindak sedangkan ribuan laporan polis telah dilakukan terhadap blogger-blogger otai dari Umno. Anda boleh menunjukkan betapa anda berkuasa tetapi anda lupa bahawa anda tiada apa-apa pun di sisi Allah. Anda boleh menjawab ia arahan dari pihak atasan tetapi anda lupa siapakah yang lebih tinggi dari pihak atasan. Anda merasa megah di dunia ini tanpa nada memikirkan bahawa kuasa anda miliki itu hanya sebagai pinjaman sahaja. Adakah cukup dengan memakai uniform biru itu anda mendabik dada tanpa anda memikirkan kehidupan anda di dunia ini hanya sementara sahaja.
Adakah 90 tahu hidup di dunia ini anda sudah merasa cukup lama sedangkan di sisi Allah ia hanyalah beberapa saat sahaja kerana anda akan hidup abadi selepas anda di bangkitkan dari alam kubur lalu anda dikumpulkan untuk menghisab segala amalan anda ketika anda bermegah di dunia. Anda pasti akan diadili oleh hakim yang Maha Adil yang mana tiada tertinggal sebesar zarah pun akan perbuatan anda. Adakah pegawai atasan anda akan datang membantu untuk membela anda sedangkan mereka sendiri sibuk untuk mempersiapkan diri mereka sendiri.
Adakah anda alpa atau arahan dari pihak atasan agar orang yang sepatutnya didakwa mesti dilepaskan dan tiada siapa yang dibenarkankan untuk menyentuh mereka. Bukti sudah cukup malah terlebih cukup untuk melakukan tangkapan dan pendakwaan terhadap blogger-blogger Umno yang menyebar fitnah tetapi anda tidak melakukannya kerana arahan pihak atasan. Adakah mereka yang memberi anda rezeki sehingga anda sanggup membelakangi Allah dan Rasul Nya.
Jika betul anda seorang Islam yang berpegang teguh tali-tali Allah, anda patut menolak arahan dari pihak atasan. Apakah anda sudah tidak percaya kepada Rukun Iman kerana rezeki anda tetap ada walau pun anda membantah perkara yang bertentangan dengan pegangan anda. Anda mesti ingat Allah boleh memberi dan mengambil rezeki anda dalam sekelip mata sahaja. Jadilah umat Islam yang baik dan bukannya umat Islam yang hanya mempercayai bahawa pemerintah lebih berkuasa dan adakah anda patut bersyukur kepada pemerintah bukannya kepada Allah yang menciptakan anda. Jika anda yakin bahawa mati itu benar, di bangkitkan selepas mati itu benar, di hisab di hadapan Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar, maka berubahlah demi nasib anda sendiri.
Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini.
Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya.
Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut.
"Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik.
Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
1 ulasan:
satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun didunia.tak takut kah kamu hai manusia
Catat Ulasan