Translate

Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Khamis, 2 Mei 2013

Blogger Milo Suam Ditahan Polis.


Polis Malaysia memang diakui cekap menjalankan tugas dan ia dipuji di peringkat antara bangsa dan kita boleh imbas kembali peristiwa 'Ops Lalang' bagaimana kecekapan pihak polis dapat menahan berpuluh-puluh pemimpin pembangkang dalam sekelip mata sahaja. Tangkapan itu bukan dilakukan didalam negara malah ianya dilakukan diluar negara sekali dalam waktu yang singkat sahaja, betapa hebatnya polis Malaysia.

Kita puji akan kecekapan pihak polis tetapi kita cukup kecewa apabila ianya dilakukan secara pilih kasih atau mungkin panggilan sesuai ialah 'Jejak Kasih'. Bila rakyat kata indeks jenayah semakin meningkat, mereka melenting marah dan mereka layak di panggil Polis Raja Di Malaysia kerana mereka tidak boleh ditegur disebabkan kekebalan yang ada pada mereka.

Kenapa jika melibatkan pemimpin atau blogger PR, polis begitu cepat bertindak sedangkan ribuan laporan polis telah dilakukan terhadap blogger-blogger otai dari Umno. Anda boleh menunjukkan betapa anda berkuasa tetapi anda lupa bahawa anda tiada apa-apa pun di sisi Allah. Anda boleh menjawab ia arahan dari pihak atasan tetapi anda lupa siapakah yang lebih tinggi dari pihak atasan. Anda merasa megah di dunia ini tanpa nada memikirkan bahawa kuasa anda miliki itu hanya sebagai pinjaman sahaja. Adakah cukup dengan memakai uniform biru itu anda mendabik dada tanpa anda memikirkan kehidupan anda di dunia ini hanya sementara sahaja.

Adakah 90 tahu hidup di dunia ini anda sudah merasa cukup lama sedangkan di sisi Allah ia hanyalah beberapa saat sahaja kerana anda akan hidup abadi selepas anda di bangkitkan dari alam kubur lalu anda dikumpulkan untuk menghisab segala amalan anda ketika anda bermegah di dunia. Anda pasti akan diadili oleh hakim yang Maha Adil yang mana tiada tertinggal sebesar zarah pun akan perbuatan anda. Adakah pegawai atasan anda akan datang membantu untuk membela anda sedangkan mereka sendiri sibuk untuk mempersiapkan diri mereka sendiri.

Adakah anda alpa atau arahan dari pihak atasan agar orang yang sepatutnya didakwa mesti dilepaskan dan tiada siapa yang dibenarkankan untuk menyentuh mereka. Bukti sudah cukup malah terlebih cukup untuk melakukan tangkapan dan pendakwaan terhadap blogger-blogger Umno yang menyebar fitnah tetapi anda tidak melakukannya kerana arahan pihak atasan. Adakah mereka yang memberi anda rezeki sehingga anda sanggup membelakangi Allah dan Rasul Nya. 

Jika betul anda seorang Islam yang berpegang teguh tali-tali Allah, anda patut menolak arahan dari pihak atasan. Apakah anda sudah tidak percaya kepada Rukun Iman kerana rezeki anda tetap ada walau pun anda membantah perkara yang bertentangan dengan pegangan anda. Anda mesti ingat Allah boleh memberi dan mengambil rezeki anda dalam sekelip mata sahaja. Jadilah umat Islam yang baik dan bukannya umat Islam yang hanya mempercayai bahawa pemerintah lebih berkuasa dan adakah anda patut bersyukur kepada pemerintah bukannya kepada Allah yang menciptakan anda. Jika anda yakin bahawa mati itu benar, di bangkitkan selepas mati itu benar, di hisab di hadapan Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar, maka berubahlah demi nasib anda sendiri.



Bloger Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam ini dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini.

Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut.

"Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rabu, 30 Mac 2011

blogger umno hangat dipasaran


macamana blogger hebat umno sampai terlupa nak cover muka tengah tonggok kencing setan. gegak gempita rupanya kena kencing dek setan. selepas ini mesti papagomobabi kata supperimpose, boleh ukur ajelah muka kambing parpukari. selepas ni tukarnama ajelah jadi parpusetan lagi ok apa. tak apalah like boss like pencacai. sama je umno, kat mana mana umno pun mesti setangondol punya. kedarah air setan mcm minum air sejuk, dulu pemimpin umno cakap buat mari api neraka aku nak buat goreng keropok. hebatkan dalam umno boleh jadi apa saja. nak jadi kawan setan pun boleh apa. pi mampus le sama umno. dalam bercakap hal moral pun masih teguk lagi hahha mabuk waktu senja gamaknya. setan ramai waktu senja jadi apa salahnya berkawan dengan setan.

kenapa blogger umno biarkan parpukari lawan sorang sorang ni. dulu kata blogger pembela, kena sorang kena tinggal terus. sawan gila member duk lawan, last last masuk wad gak parpukari kena tibai. lama dah fitnah orang akhirnya tuhan tunjukan jalan jugak. kasihan atas dunia pun dah kena tinggal oleh pemimpin sendiri, apa salahnya bertuhankan nafsu kena seekor jelah tanggung. lagipun blogger umno kan dah dibayar, umno anggap blogger mereka mcam pelacur je sudah pakai bayar lain lain hal lu tanggung le seekor. lagipun bukan ada nilai pun hanyalah barang hamba abdil pi mampus sama umno dan blogger jahanam(Sumber)

Selasa, 13 April 2010

Kutipan Untuk DANA BLOGGER Pakatan Rakyat Di Parlimen Hulu Selangor

Kepada para para pendokong dan penyokong PAKATAN RAKYAT, kami bagi pihak Blogger PAKATAN RAKYAT yang akan bertugas di PRK Hulu Selangor, memohon  agar dapat saudara/saudari menghulurkan sedikit bantuan kewangan semampu yang  saudara/saudari dapat hulurkan. 



Kami dari  Blogger Pakatan Rakyat tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Jika kami mampu pasti kami tidak akan sesekali memohon bantuan dari saudara/saudari semua. 

Berilah  derma mengikut kemampuan saudara/saudari semua walau pun hanya RM 1 sahaja kerana ianya tetap akan dibalas oleh Allah s.w.t. 

Sekiranya saudara/saudari ingin menghulurkan derma, hulurkan sumbangan saudara/saudari diakaun dibawah ini :

 Mayban2u : 1580-1518-1410  (Puan Hamidah binti Ramli)
(Ibu kepada blogger Anaz (Dugong Darat)

Terima kasih kepada yang dengan ikhlas membantu/menyumbang ke Tabung Dana ini untuk Parlimen Hulu Selangor. Semoga Saudara/saudari akan sentiasa diberi Rahmatnya oleh Allah s.w.t. dalam usaha kita untung menumbangkan kerajaan yang semakin hari semakin zalim terhadap rakyat marhaen.

Marilah kita sama-sama memberi amaran kepada kerajaan Najib One Malaysia dan sekutu-sekutunya. Inilah hukuman buat Najib One Malaysia dan sekutu-sekutunya yang kita sebagai rakyat Malaysia sudah muak dengan politik 'Enam Jahanam' kamu itu. 

Lihatlah bagaimana kerosakkan yang telah kamu lakukan terhadap rakyat yang semakin tersempit dalam kehidupan dan negara pula sudah hampir muflis diatas segala salahlaku kuasa yang kamu telah lakukan. Kemanakah perginya khazanah negara yang sudah kering konyang.

Dalam keadaan saudara-saudara kami disembelih dan dibunuh dibumi Palestin, kerajaan Najib One Malaysia senang-senang mengambil Perunding Zionis untuk memberi nasihat kepada Najib One Malaysia. Maka jadilah Najib One Malaysia dan Israel sebagai kawan baik. Apakah Malaysia boleh menerima talibarut Israel untuk mentadbir negara yang menaku sebagai 'Negara Islam.

Hidup... Hidup... Hidup Islam...

Hidup... Hidup... Hidup Islam...

Hidup... Hidup... Hidup Islam...

Hancur... Hancur... Hancur Umno...

Hancur... Hancur... Hancur... BN...

Hancur... Hancur... Hancur Najib...

Hancur... Hancur... Hancur Big Mama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular