Translate

Memaparkan catatan dengan label Al-Aqsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Aqsa. Papar semua catatan

Ahad, 5 September 2010

Bebaskan Masjid Al-Aqsa : Mencari Gambaran Sebenar Masjidil Al-Aqsa.

Al-Aqsa Mosque (Distant Mosque), Jerusalem


makluman..sebenarnya..yg dikatakan masjidil aqsa dalam gambor tersbt jugak adalah kurang tepat...itu adalah masjid umari...


masjidil aqsa yang sebenarnya adalah seluruh kawasan benteng tersebut...masjid sakhrah tersbt adalah tpt solat wanita...manakala masjid umari adalah tpt solat lelaki...


Jangan terpedaya dengan propaganda yahudi utk mengaburi mata umat Islam...mereka masih mengekalkan 2 masjid tersbt utk menunjukkan bahawa mereka tidak mengancam Masjidil Aqsa...

Walhal...kini mereka membina terowong disekeliling Masjid Al-Aqsa...

W.aklam...

Untuk membenarkan kata-katanya, maka disini saya paparkan gambaran sebenar apa yang dikatakan benteng kawasan Masjid al-Aqsa. Gambar yang saya paparkan dibawah ini membenarkan kata-katanya. Segala maklum balas daripada saudara dan saudari amat saya hargai. Dengan ini kekeliruan tentang Masjid al-Aqsa yang sebenarnya telah terungkai sebagai renungan kita semua.

Apa pun, matlamat kita sebagai umat Islam bukan sahaja membebaskan Masjidil al-Aqsa malah seluruh bumi Palestin dari rejim Zionis Isreal. Adalah menjadi kewajipan kepada kita  untuk membebaskan tempat ke 3 paling suci bagi umat Islam.

Pentingnya Masjid Al-Aqsa dalam Islam tercermin dalam strukur yang lebih kecil harta yang mengelilingi bangunan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu. Dibina baik bagi memperingati dan untuk memperluaskan fungsi halaman sebagai pusat keagamaan dan pendidikan, maka terlalu banyak untuk disebutkan secara terperinci di sini, selain untuk menyerlahkan beberapa yang paling ketara:

Kubah Miraj dari utara.Memperingatkan kenaikkan Nabi, dipulihkan pada tahun 1200.
Kubah Rantai dari timur. Dibina oleh Abdul Malik ibn Marwan.
Kubah Nabi dari utara.Dipulihkan pada 1538 oleh Muhammad Bey, gabenor Jerusalem.
 
Kubah al-Nahawiah dari Selatan. Dibina pada 1207 oleh Amir Hassan ad-Din sebagai sekolah sastera. 
Golden Gate
Keadaan Musalla Marwan.


Jumaat, 3 September 2010

Bebaskan Masjid Al-Aqsa : Perbetulkan Gambar Sebenar


Inilah adalah Masjid Al-Shakhrah

Selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat diseluruh dunia, tidak lupa buat sahabat seperjuangan dan pelayar ke blog Musafirlalu baik dari Malaysia mahupun yang berada diluar negara. Terima kasih diatas segala sokongan anda semua.

Sudah 3 hari saya tidak mampu menulis disebabkan kesihatan yang semakin teruk, biasalah bila dah semakin meningkat usia, sedikit demi sedikit Allah s.w.t. mengambil balik apa yang telah diberikan kepada hambaNya. Dalam 2-3 hari ini sukar sikit untuk bergerak kerana masaalah hati yang semakin kronik. Disini saya ingin mengucap terima kasih diatas doa anda semua dan juga dari blog sahabat yang menghantar mesej.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda semua ialah berkaitan gambar sebenar Masjid Al-Aqsa yang mana banyak media negara ini dan juga luar negara. Kita sentiasa didedahkan dengan gambar Masjid yang berkubah emas. Itulah cara media yang dikuasai pihak Zionis dengan pertolongan dari media-media negara umat Islam sendiri.

Apabila sebut sahaja Masjid Al-Aqsa, maka dimata dan minda kita akan dibayangkan dengan masjid bersegi lapan dan berkubah emas. Maka tidak dinafikan ramai umat Islam telah ditipu yang mana masjid yang dipaparkan sebagai  Masjid  Al-Aqsa. Sedangkan masjid itu adalah Masjid Al-Shakhrah yang berada tidak jauh dari kedudukan Masjid Al-Aqsa yang sebenar.

Itulah kerja-kerja jahat rejim Zionis dan sekutu-sekutunya melakukan penipuan untuk menganburi umat Islam.
Sedangkan Masjid Al-Aqsa semakin hari semakin banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh rejim Zionis. Sudah banyak terowong-terowong dibina dalam usaha mereka untuk melenyapkan terus Masjid Al-Aqsa secara sistemetik.

Dilaporkan bahawa Masjid Al-Aqsa semakin terhakis hari demi hari kerana banyaknya lorong-lorong dibina disekeliling Masjid Al-Aqsa. Oleh itu harapan saya kepada media massa dan NGO-NGO yang memperjuangkan Masjid Al-Aqsa agar membetulkan kembali gambar yang selalu dipaparkan. Dibawah ini anda boleh melihat dengan jelas antara Masjid Al-Aqsa dan Masjid Al-Shakhrah. 

Buat umat Islam yang ada mengantung gambar masjid berkubah emas yang dikatakan Masjid Al-Aqsa agar dapat memikirkan kembali gambar tersebut supaya kita dan generasi kita diberi gambaran yang betul.  


Gambar sebenar Masjid Al-Aqsa

Masjid Al-Aqsa yang semakin musnah

Antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah

Kedudukkan sebenar antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular