Translate

Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Umno. Papar semua catatan

Rabu, 28 November 2012

Analisis: Umno Semakin Goyah Untuk PRU13.



Umno mengadakan Perhimpunan Agung mereka mulai semalam  hingga 1 Disember ini. Tema himpunan ini dipercayai menjurus kepada kesatuan dan perpaduan dalam Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi memperkemaskan agenda perpaduan ini, Umno menubuhkan satu pasukan khas untuk mendisiplinkan ahli-ahli dan pimpinannya, dari membuat tindakan mensabotaj Umno dari dalam.

Persoalannya, kenapa agenda ini terpaksa dicanangkan Umno menjelang pilihan raya umum ke 13 ini? Ramai yang berkata, ia berkait rapat dengan kebimbangan besar Umno sekarang dalam isu ini.

Dimaklumkan juga bahawa, antara punca presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak gagal membubarkan Parlimen walaupun beberapa percubaan dibuat, adalah kerana isu perpaduan ini. Sampai sekarang, Umno belum berjaya mencapai kata putus tentang senarai calon-calonnya.

Pun begitu, mahu tidak mahu, pilihan raya perlu diadakan juga selewat-lewatnya Mac tahun depan walaupun Najib boleh membuatnya selepas tarikh itu apabila Parlimen terbubar dengan sendiri.

Jika begitu, Perhimpunan Agung ini adalah perhimpunan terakhir menjelang pilihan raya umum akan datang. Dua minggu lalu PAS membuat muktamarnya di Kota Bharu iaitu dari 14 hingga 18 November.

Sebenarnya, apakah masalah perpaduan yang berlaku dalam Umno ini? Ianya tidak lain dan tidak bukan rasa tidak puashati yang membuak-buak di kalangan pimpinan Umno terhadap Datuk Seri Najib selaku presiden yang dilihat terlalu bergantung kepada isterinya.

"Bayangkan, Rosmah boleh menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno," kata seorang pemimpin Umno.

Apabila ditanya, betulkah maklumat ini, dia berkata "Tanyalah kepada mana-mana ahli MT, mereka akan sahkan. Beberapa mesyuarat MT turut disertai Rosmah."

Selain faktor itu, faktor tidak berpuashati dengan pendekatan Najib juga menyebabkan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan mahu mengambil kesempatan untuk menggantikan beliau.
Menurut sumber media, Muhyidin telah berjaya meletakkan orang-orangnya di kebanyakan media milik Umno iaitu kumpulan Utusan dan kumpulan Media Prima.

(Muka depan Utusan hari ini)

"Di NST, hanya Datuk Jalil Hamid (Editor Pengurusan Kumpulan) sahaja orang Najib. Di bawah beliau semuanya orang Muhyidin," kata seorang rakan media.

Sebab itulah, berita-berita Muhyidin berjaya berada di tempat yang utama dalam media-media milik Umno ini.

Menurut sumber itu, Muhyidin berdiri di atas penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir yang berlambak di dalam Umno.

Hatta, SMS beredar sekarang, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor juga sudah beranggapan ini adalah sessi terakhir untuk Najib sebagai Presiden.

Jika Najib gagal capai keputusan 2/3 dalam pilihan raya umum ini, dia dianggap gagal sebagaimana Pak Lah dianggap gagal. Apatah lagi kalau kerajaan BN jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Itu senario yang berlaku di dalam Umno menjelang perhimpunan mereka hujung bulan ini. Apa pula tindakan PAS? Inilah isu yang perlu di perhatikan.

Ketika perpecahan dalam Umno ekoran pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah 1987 dahulu, kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor telah membuka pintu PAS seluas-luasnya untuk disertai oleh pemberontak dalam Umno ini.

Begitu juga apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno. Ustaz Fadzil telah bertemu sendiri dengan Anwar pada hari beliau dipecat di rumahnya dekat Bukit Damansara.

Hasil kedua-dua tindakan itu Kelantan kekal bersama PAS sehingga kini di samping kemenangan besar PAS pada pilihan raya 1999 dan 2008.


Meluat

Pertembungan yang berlaku dalam Umno sekarang agak berbeza dari segi bantuknya. Ia belum lagi melibatkan pemimpin besar tetapi peringkat akar umbi dalam Umno.

Mereka mula meluat dengan salah laku dan salah guna kuasa dalam parti itu yang melibatkan segala projek kerajaan.

Sekurang-kurangnya tiga bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS dan PKR (Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Kadir Sheikh Fadzil) meletakkan semua kesalahannya kepada Dr Mahathir.

Bagi mereka, Mahathir telah mengubah segala perkara yang selama ini menyatukan orang Melayu di dalam Umno. Beliau dikaitkan dengan kepentingan kroni dan sebagainya.

Ketika media menyerang tingkah laku beliau dalam Petronas dan tender untuk anak-anaknya, secara terbuka tetapi sinis Mahthir beliau menyerang musuh tegar beliau dalam Umno yang bernama Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Hinggakan ada berita yang mengatakan, Khairy sudah menandatangani watikah perlantikan beliau sebagai timbalan menteri baru-baru ini namun nama beliau sampai sudah tidak diumumkan oleh perdana menteri Najib, dikaitkan dengan Mahathir.


Deepak


(Muhyidin kelihatan bakal memimpin Umno...di mana Najib.. foto TMI)

Pemberontakan sedang berlaku dalam Umno. Masing-masing tidak berpuashati dan menganggap Umno sudah busuk hingga ke ususnya. Umno sudah tidak boleh diperbaiki lagi. Siapa saja bakal pemimpin Umno akan hadapi masalah ini hatta Muhyidin sekalipun.

Namun, Muhyidin yakin dia mempunyai pendekatan yang betul untuk hadapi musuh utama Umno iaitu PAS. Ucapan Muhyidin di perhimpunan sayap Umno semalam memberikan indikasi pendekatan yang bakal digunakan Muhyidin. Jelas, PAS adalah sasaran Muhyidin. Ini kerana Muhyidin tahu PAS lah bakal merebut pengundi Melayu yang kini menjulang Umno di puncak kuasa.
Muhyidin kelihatan jelas dengan sasarannya. Ketika Muhyidin berucap menetapkan halatuju yang ditawarkan beliau kepada Umno, semua media alternatif termasuk Harakahdaily menyiarkan temubual khas mereka dengan Deepak Jaikishan, rakan baik isteri Najib, Rosmah Mansor sebelum ini.

(Laporan dari 3 media mengenai kenyataan Deepak semalam)

Deepak menjelaskan, beliau sangat rapat dengan Rosmah dan pernah mendapat peluang perniagaan bernilai hingga bilion ringgit hasil hubungan tersebut.

Namun kerana salah faham dalam projek besar untuk menyelamatkan Najib selepas keluarnya Kenyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam, Deepak diketepikan.

Bukan sahaja diketepi bahkan disusahkan apabila lebih 50 penguatkuasa undang-undang negara dihantar ke rumah, pejabat dan kilang milik Deepak.

Deepak memang mengaku dia dihubungi di tengah malam agar membantu Najib menghadapi SD Bala itu yang mendakwa Najib ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibuu.

Deepak berjaya membantu Najib apabila Bala bersetuju membuat satu SD lain keesokannya dan sekaligus menarik balik SD yang pertama. Bala membuat U - Turn, dari Najib bersalah kepada Najib tidak bersalah.

Namun, kerana tidak berpuashati dengan janjinya, Bala sekali lagi membuat U-Turn dan mendedahkan kenapa beliau berbuat demikian.

Lalu Deepak dipersalahkan dan 50 penguatkuasa dihantar ke rumah, pejabat dan kilang beliau. Hasilnya semua dokumen perniagaan yang berkaitan dengan keluarga PM diambil oleh penguatkuasa itu dan tidak dipulangkan sehingga sekarang.

Lalu timbul persoalan, kenapa pendedahan ini dibuat ketika Muhyidin mengajak Umno mengambil pendekatan baru dalam menghadapi Pakatan Rakyat.

Kenapa ia timbul menjelang perhimpunan agung Umno yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

Pembaca lebih cerdik untuk menyambung analisa ini.Sumber

Ahad, 4 Disember 2011

Baiah Ala Umno.

umno melakukan baiah, muhiyidin melakukan upacara baiah semalam. ramai yang menitiskan air mata di pwtc. aku tak pasti samada baiah ini membuatkan ahli umno menangis atau ada yg sudah tak akan menjadi calon. winner cadidates diperlukan oleh umno untuk memenangi pilihanraya ke13. kasihan sungguh umno terpaksa menggunakan muyidin melakukan baiah. najid nampaknya memaksa melakukan baiah itu. pengulas umno dari prof, johan nampaknya bersungguh sungguh mewar warkan baiah yg ulung ulung kali dilakukan oleh umno. baiah yg dibaca oleh muyidin akan memberikan sinar baru kepada najid utk terus mengekalkan jawatan setelah berulang kali diasak.

kehadiran pak lah dan cik det tak memberikan apa apa erti kepada umno. kedua kedua pm umno terus nampak beban kepada umno. meninggalkan sakit tua yg membawa maut kepada najid. najid sudah mencari beribu dukun dan bomoh nampaknya sakit umno sudah tiada ubat. datanglah tabib yg hebat. umno tetap reput didahan. persidangan umno kali ini jelas menggambarkan bagaimana pemimpin umno mengambil kesempatan untuk menghentam pembangkang. usaha usaha menyatukan umno hanya angan angan kosong. tiada usaha memperkasa umno tetapi menpercepatkan umno ke kubur.

dengan sokongan pelbagai media kepada umno. sokongan umno nampaknya sudah tidak relevan sangat. pemimpin umno kali ini mengaku pru ke 13 adalah pru yg paling getir. usaha usha mereka membunuh sokongan pembangkang kurang berhasil. kemasukan ulamak bangang ke dalam mereka tak ada apa apa perubahan hanya sebagai air basuh tangan saja. ulamak terus jadi kambing gurun yg terus berbau walaupun mandi minyak wangi. umno tetap berkubur. walaupun baih dilakukan oleh muhyidin. muhyidin dah menjadi ustaz sekarang. semua ucapan dia dimulakan sebagaimana orang pas mulakan ceramah. umno 

tak gunakan islam ke. ke guna cara apa. politik kaldai ke.


Kredit : FreeZoneTerengganu.

Penganalisis Politik Tidak Yakin Dengan Empat Objektif Yang Dilaungkan Najib.


Penganalisis politik Prof Dr Abu Hassan Hasbullah tidak yakin Umno akan memperoleh balik sokongan yang bulat meskipun Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dalam ucapan penggulungannya, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata para perwakilan partinya telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan oleh beliau pada permulaan perhimpunan itu.
“Saya rasa tidak. Sebab Perhimpunan Agung Umno kali ini gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat)... ia gagal membincangkan isu-isu yang besar menyentuh kepentingan rakyat kecuali perkara-perkara tertentu yang menjadi bahan jenaka dan menghentam pihak-pihak, individu tertentu.
“Mana ada perbincangan mengenai isu-isu alam sekitar, pembangunan, prasarana yang menyentuh soal dasar, polisi kerajaan.... tidak ada, jadi saya melihat ia tidak memberi harapan yang diharapkan,” kata beliau ketika ditemui selepas Forum “Bersekutu Mendesak Perubahan” anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di sini malam tadi.
Oleh kerana ia tidak berjaya membawa kepada keyakinan dan harapan, Abu Hassan yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menjelaskan, kemungkinan sukar bagi parti berkenaan mendapatkan balik sokongan penuh yang diharapkan oleh Najib sendiri.
Antara lain dalam ucapan penggulungannya Najib berkata bahawa perhimpunan yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif iaitu pertamanya, beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan Umno satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa Umno adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.
Objektif kedua, Najib mahukan perhimpunan itu membuktikan Umno sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.
“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.
Dalam objektif keempatnya, Najib telah mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa Umno akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Najib juga berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.
Dalam ucapan pada forum malam tadi, Abu Hassan juga menggesa pentadbiran Najib agar tidak meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibantah banyak pihak.
“Saya sebagai ahli akademik tidak setuju dengan rang undang-undang ini,” kata Abu Hassan dengan lantang sambil menambah, beliau beliau sahaja tidak bersetuju malah ramai lagi.
Katanya, ramai tidak bersetuju kerana kerajaan gagal membawa bersama rakyat yang merupakan pihak utama berkepentingan untuk memberi pandangan.
“Saya berharap kerajaan kembali kepada rakyat semua lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ahli politik cuma satu lapisan dalam membuat keputusan. Dapatkan pandangan ahli akademik, doktor jurutera dan sebagainya.
“Masih ada masa, jangan teruskan pembentangan di Dewan Negara, balik kepada rakyat,” katanya sambil mempersoalkan objektif yang tersirat di sebalik penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa.
“Saya mengesyaki sesuatu, ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa perlu digubal dengan tergesa-gesa, tiada keperluan yang terdesak untuk bawa undang-undang ini sekarang, penggubalan ini boleh dibawa tahun depan,” katanya lagi. Insider

Jumaat, 2 Disember 2011

Arahan Tarik Balik Laporan Naib Presiden 'Sedia Undur'.

Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau “winnable candidate” berundur pada pilihan raya umum akan datang.

NONENamun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.

Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.

Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan  kepentingan parti daripada peribadi.

Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.

NONELewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.

“Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar
sebelum ini. Berita baru akan menyusul,” petik notis itu.
    
Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. Malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular