Translate

Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Negeri. Papar semua catatan

Rabu, 13 April 2011

BN Dalam Bahaya, Najib Hanya Sasar Menang Sahaja.

Satu signal daripada Najib yang hanya untuk menang sahaja dan jika mendapat majoriti dua pertiga adalah bonus menunjukan yang BN semakin hampir tumbang hampir pasti jika rakyat Sarawak benar-benar mendapat maklumat yang tepat. Jika membaca kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik bahawa PR akan menang di 19 kerusi dan 24 kerusi lagi berada dikedudukan 50-50. Ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada BN dan kerana itulah Najib dan para hulubalangnya terpaksa berkampung di Sarawak yang mana perkara belum pernah berlaku pada pilihan raya-pilihan raya yang terdahulu. Kerana itulah media-media seperti Utusan Melayu, Berita Harian, TV1, TV2 termasuk Astro Awani sedang rancak berkempen untuk BN.

Saya merasakan Najib sudah mendapat maklumat dari risikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang Bn Sarawak berada didalam bahaya. Nampaknya isu yang dimainkan oleh Pakatan telah berjaya menarik perhatian rakyat Sarawak yang selama ini ditipu oleh pentadbiran Taib. Diberitakan yang BN sekarang ini beralih kepada kawasan pendalaman setelah kawasan bandar berjaya dimonopoli oleh Pakatan.

Isu kekayaan Taib, anak-anaknya, adik-beradiknya dan kroni-kroninya yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat Sarawak telah berjaya dibongkar oleh Pakatan Rakyat. Rakyat Sarawak kini semakin sedar yang mereka telah dipermain-permainkan oleh pentadbiran Taib dengan maklumat yang salah. Selama 30 tahun meneraju Sarawak, Taib tidak berjaya menaiktaraf kehidupan rakyat Sarawak kerana beliau dan kroni-kroninyalah yang mengaut segala hasil mahsyul yang berada di Sarawak dengan membina empayarnya sendiri yang bernilai berbilion dolar.

Jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah, satu Suruhanjaya patut ditubuhkan untuk menyiasat kekayaan melampau beliau, anak beranaknya dan kroni-kroninya. Jurang kehidupan rakyat Sarawak tidak dinafikan kerana yang kaya bertambah-tambah kaya dan yang miskin bertambah papa kerana salahguna kuasa yang diamalkan oleh rejim Taib. Saya petik dari MalaysianInsider...

Datuk Seri Najib Razak menegaskan sasaran Barisan Nasional (BN) adalah mengekalkan kerajaan negeri yang dipimpin perikatan itu sejak lebih empat dekad lalu, tidak kisah jika hanya dengan majoriti mudah.


Ketika tinggal tiga hari sebelum pengundian, Pengerusi BN ini secara terbuka berkata, pihaknya hanya mahu membentuk sebuah kerajaan walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga.


Najib (gambar) yang secara peribadi mengetuai kempen di sini sejak Ahad lalu berkata, jika BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri, ia adalah satu “bonus” bagi partinya.


“Sasaran kami ialah untuk membentuk sebuah kerajaan. Itu minimum. Majoriti dua pertiga adalah bonus kerana ia akan menyediakan kestabilan,” kata beliau yang juga Presiden Umno di sini hari ini.


Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini, yang menyediakan 71 kerusi, berlangsung Sabtu ini.


BN memiliki 63 kerusi manakala baki oleh pembangkang.


Sejak 1987, ini kali pertama kesemua kerusi dipertandingkan dan BN berhadapan dengan saingan paling sengit.


Kata Najib, BN tidak mahu melihat secara khusus mengenai bilangan kerusi yang bakal diperoleh perikatan itu kali ini.


“Dalam mana-mana pilihan raya bilangan (kerusi bakal dimenangi) akan naik dan turun,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.


Malah Najib juga mengakui bahawa BN berhadapan dengan persaingan sengit di kawasan-kawasan bandar dan pilihan raya negeri kali ini “adalah yang paling sengit dalam politik Sarawak.”


“Kami tidak boleh menafikan kerusi-kerusi bandar adalah kawasan yang kami diuji paling sengit,” kata beliau.


Sehubungan itu, beliau meminta BN bekerja kuat di kawasan-kawasan bandar kerana calon-calonnya berkaliber dan tidak mahu pengundi menolak mereka hanya kerana protes.


Najib mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau yakin akan mengekalkan majoriti dua pertiga dengan memperoleh undi pada jumlah yang banyak di kawasan luar bandar dan separa luar bandar.


Dalam ulasannya Najib juga berkata, pemimpin-pemimpin BN dari Semenanjung Malaysia berada di Sarawak untuk “membantu calon-calon kami agar Sarawak akan kekal di bawah BN.”

Rabu, 6 April 2011

Pengundi Lebih Berminat Isu tanah daripada Isu Video Seks.

Walaupun mendapat perhatian luar biasa di Semenanjung Malaysia, isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya kurang menyengat menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April nanti.

Tinjauan Malaysiakini mendapati walaupun ada yang berpendapat sebahagian penduduk negeri itu mempercayai Anwar benar-benar merupakan 'pelakon' dalam video itu, perkara itu bukanlan persoalan utama bagi mereka.

NONE“Di sini media (yang ada) tiga sahaja, (iaitu) TV1, TV2 dan TV3. Apa yang yang diputarkan memang dipercayai,” kata seorang peniaga Ibrahim Ahmad yang ditemui di pekan Debak, dalam DUN Saribas.

Bagaimanapun, menurut Ibrahim, 40, isu nasional, termasuk 'serangan' terhadap Anwar hanya memberikan sumbangan kecil kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 979,796 pengundi daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.




Pengundi yang ditemui Malaysiakini di dua kawasan luar bandar – DUN Saribas (kawasan campuran Melayu/Melanau-Iban) dan Krian (majoriti Iban) – berpendapat, isu sebenar yang perlu diselesaikan melibatkan pengagihan geran individu untuk tanah adat.

NONE“Permintaan penduduk kampung untuk dapatkan geran tanah seolah-olah tidak dilayan. Sedangkan ini tanah nenek moyang kita,” kata Ibrahim lagi.

Isu video seks yang didakwa melibatkan Anwar hangat kembali apabila sebahagian kecil aksi yang dirakamkan bocor di internet dan terdapat permintaan supaya ia diputarkan di parlimen. Walaupun gagal mendapat ruangan muka depan, isu itu turut dilaporkan di beberapa akhbar tempatan.

'Ini politik'


Di samping itu, terdapat beberapa risalah dikesan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti seks, antaranya melalui terjemahan daripada buku terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

anwar ceramah disrupted by cops swakSementara itu, mengulas isu Anwar, seorang pekerja swasta Laga Biju berkata, pengundi Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman “tidak peduli sangat” pada isu nasional sebegitu.

“Orang tidak akan percaya. Orang tahu, ini politik. Ia tidak ada apa-apa. Isu seks ini, ikut suka mahkamahlah. 

“Mahkamah ini macam tuhanlah,” kata Laga, 40, perantau di Kuala Lumpur yang baru pulang untuk mengundi di Saratok, bandar kecil di Krian.

Selain mahukan isu tanah adat diselesaikan, lelaki Iban itu berharap, isu yang langsung menyentuh masyarakat tempatan, seperti isu masalah pertanian dapat diselesaikan.

“Macam tanam lada (hitam), harganya dijual sekilo RM15, tetapi hendak beli baja kadang-kadang sampai RM100. Jadi, petani dapat RM5 sehari,” kata Laga lagi.

NONESeorang lagi pegawai kerajaan juga dilihat senada dengan pandangan itu.

“Ini semua politik. Semua orang tahu apa tujuannya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Jemali kerana takut identitinya diketahui oleh kerajaan BN negeri bawah pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

'Itu sebab dia dipecat'

Jemali berkata, mereka rakyat Sarawak mahu mengambil kesempatan dalam pilihan raya negeri kali ini bagi mendapatkan hak berupa geran tanah yang lama dituntut, sejak pilihan raya sebelum ini.

“Kalau minta lepas ini, mesti mereka (pemenang) lupalah,” kata Jemali ketika ditemui Malaysiakini di Saratok semalam.

NONEBagi seorang warga mas, walaupun mengakui mengenali Anwar, pekebun kecil Abang Hamzah Abang Seman mengakui tidak berapa tahu berapa mengikuti perkembangan video terbaru yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Apabila ditanya sama ada beliau mempercayainya, Abang Hamzah, 67, berkata: “Itu sebab dia (Awar) dipecat dulu.”

Bagaimanapun, ketika ditemui di rumahnya, Abang Hamzah bagaimanapun ironisnya berkata beliau “memang suka Anwar” kerana kebolehannya mentadbir ketua umum PKR itu dimaklumkan padanya oleh seorang calon Pakatan Rakyat, yang kebetulan mempunyai pertalian saudara dengannya.

Di Saribas, difahamkam terdapat ratusan, malah mungkin ribuan merupakan anggota besar yang mempunyai pangkal nama “abang” - merujuk kepada hubungan kekeluargaan secara tradisi di Sarawak.

NONEMenurut pemerhati politik, di Bumi Kenyalang, dalam setiap pilihan raya negeri, isu nasional jarang mendapat tempat, sebaliknya persoalan pemilikan tanah paling hangat dibicarakan penduduk setempat.

Golongan bumiputera yang mewakili lebih 65 peratus masih bermasalah mendapat geran tanah individu untuk tanah adat sejak dimansuhkan selepas Sarawak merdeka bersama Malaysia pada tahun 1963. MK

Jumaat, 1 April 2011

Sokongan PR Meningkat Di Sarawak.

Seorang pengkaji media  yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya  isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau.

Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar  sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban


"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada  berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang". (HD)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular