Translate

Rabu, 13 April 2011

BN Dalam Bahaya, Najib Hanya Sasar Menang Sahaja.

Satu signal daripada Najib yang hanya untuk menang sahaja dan jika mendapat majoriti dua pertiga adalah bonus menunjukan yang BN semakin hampir tumbang hampir pasti jika rakyat Sarawak benar-benar mendapat maklumat yang tepat. Jika membaca kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik bahawa PR akan menang di 19 kerusi dan 24 kerusi lagi berada dikedudukan 50-50. Ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada BN dan kerana itulah Najib dan para hulubalangnya terpaksa berkampung di Sarawak yang mana perkara belum pernah berlaku pada pilihan raya-pilihan raya yang terdahulu. Kerana itulah media-media seperti Utusan Melayu, Berita Harian, TV1, TV2 termasuk Astro Awani sedang rancak berkempen untuk BN.

Saya merasakan Najib sudah mendapat maklumat dari risikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang Bn Sarawak berada didalam bahaya. Nampaknya isu yang dimainkan oleh Pakatan telah berjaya menarik perhatian rakyat Sarawak yang selama ini ditipu oleh pentadbiran Taib. Diberitakan yang BN sekarang ini beralih kepada kawasan pendalaman setelah kawasan bandar berjaya dimonopoli oleh Pakatan.

Isu kekayaan Taib, anak-anaknya, adik-beradiknya dan kroni-kroninya yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat Sarawak telah berjaya dibongkar oleh Pakatan Rakyat. Rakyat Sarawak kini semakin sedar yang mereka telah dipermain-permainkan oleh pentadbiran Taib dengan maklumat yang salah. Selama 30 tahun meneraju Sarawak, Taib tidak berjaya menaiktaraf kehidupan rakyat Sarawak kerana beliau dan kroni-kroninyalah yang mengaut segala hasil mahsyul yang berada di Sarawak dengan membina empayarnya sendiri yang bernilai berbilion dolar.

Jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah, satu Suruhanjaya patut ditubuhkan untuk menyiasat kekayaan melampau beliau, anak beranaknya dan kroni-kroninya. Jurang kehidupan rakyat Sarawak tidak dinafikan kerana yang kaya bertambah-tambah kaya dan yang miskin bertambah papa kerana salahguna kuasa yang diamalkan oleh rejim Taib. Saya petik dari MalaysianInsider...

Datuk Seri Najib Razak menegaskan sasaran Barisan Nasional (BN) adalah mengekalkan kerajaan negeri yang dipimpin perikatan itu sejak lebih empat dekad lalu, tidak kisah jika hanya dengan majoriti mudah.


Ketika tinggal tiga hari sebelum pengundian, Pengerusi BN ini secara terbuka berkata, pihaknya hanya mahu membentuk sebuah kerajaan walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga.


Najib (gambar) yang secara peribadi mengetuai kempen di sini sejak Ahad lalu berkata, jika BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri, ia adalah satu “bonus” bagi partinya.


“Sasaran kami ialah untuk membentuk sebuah kerajaan. Itu minimum. Majoriti dua pertiga adalah bonus kerana ia akan menyediakan kestabilan,” kata beliau yang juga Presiden Umno di sini hari ini.


Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini, yang menyediakan 71 kerusi, berlangsung Sabtu ini.


BN memiliki 63 kerusi manakala baki oleh pembangkang.


Sejak 1987, ini kali pertama kesemua kerusi dipertandingkan dan BN berhadapan dengan saingan paling sengit.


Kata Najib, BN tidak mahu melihat secara khusus mengenai bilangan kerusi yang bakal diperoleh perikatan itu kali ini.


“Dalam mana-mana pilihan raya bilangan (kerusi bakal dimenangi) akan naik dan turun,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.


Malah Najib juga mengakui bahawa BN berhadapan dengan persaingan sengit di kawasan-kawasan bandar dan pilihan raya negeri kali ini “adalah yang paling sengit dalam politik Sarawak.”


“Kami tidak boleh menafikan kerusi-kerusi bandar adalah kawasan yang kami diuji paling sengit,” kata beliau.


Sehubungan itu, beliau meminta BN bekerja kuat di kawasan-kawasan bandar kerana calon-calonnya berkaliber dan tidak mahu pengundi menolak mereka hanya kerana protes.


Najib mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa beliau yakin akan mengekalkan majoriti dua pertiga dengan memperoleh undi pada jumlah yang banyak di kawasan luar bandar dan separa luar bandar.


Dalam ulasannya Najib juga berkata, pemimpin-pemimpin BN dari Semenanjung Malaysia berada di Sarawak untuk “membantu calon-calon kami agar Sarawak akan kekal di bawah BN.”

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib dan pimpinanya amat gigih, Aku tabik dengan kesedaran tinggi bagi memperjuangkan kedudukkan Islam di arina politik Malaysia ini. Betapa kalaulah serawak menjadi Penang dimana penguasaan Islam. Betapa kalau majoriti 2/3 hilang, merumitkan lagi kesinambungan serawak dipimpan oleh orang Islam. Aku secara pribadi amat berterima kasih atas usaha-usaha begini biarpun dilihat umumnya untuk mengekalkan kuasa BN.
Pengaruh DAP bukan saja dikalangan bangsa cina dan cina bumiputra di sana, sekiranya mendapat dokongan kuat oleh mereka sebangsa yang berugama kristian menambahkan lagi hakisan Islam. Racun yang ada pada politik berperundangan DAP pada Islam dan kesejehteraan bernegara perlu di buang. Adakah PAS dan PKR melayunya turut sama kearah itu demi memperjuangkan Agama Islam miik kita itu?
Terima kasiiiih Najib ang the geng. Tahniah Serawakian yang sokong BN demi kesejahteraan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular