Translate

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri.


Berkenaan dengan berakhirnya Ramadhan nenutup tirainya, maka kami warga Musafirlalu ingin memohon  dari hujung rambut sampai kehujung kaki. Apakah mungkin nafsu yang ditahan selama sebulan akan dilepaskan dengan melakukankan perkara-perkara yang tidak diingini dalam Islam yang mana kita diajar agar bersederhana dalam semua pembelanjaan. 

Harus bagi kita nenpercayaian yang para syaitan, jin kafir dan yang sewaktu dengannya telah di rantai selama bulan Ramadhan berjalan. Tetapi kita mesti ingin, Iblis Laknatullah disingkirkan kerana tidak mengikut perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Kita bersorak kerana para jin (bukan Jin Shamsuddin) dan syaitan-syaitan dibelenggu dengan rantai-rantai dari neraka.

Iblis Laknatullah telah menunjukkan singkap bongkaknya semata dengan isu yang dianggap temeh walhal beliau adalah ketua para Malaikat sehinggakankan tiada tempat yang belum sujud melainkan satu sahaja, itu Adam a.s. 

Ada orang yang bertanya, kenapa maksiat-maksiat dan segala yang ditegah oleh Islam semakin berleluasa apabila masuk ajer bulan Ramadhan. Bukankah syaitan dan jin telah di rantai supaya setiap amalan untuk hamba Nya tiada gangguan. Tetapi ia tetap berlaku kenapa ya....????? 

Jawapannya cukup mudah, Iblis Laknatullah ingkar kerana hawa nafsu dan Allah s.a.w. tidak pernah merantai hawa nafsu dan kerana itulah perangai mereka sama sahaja dengan Iblis Laknatullah. Tidak terkecuali para pemimpin Umno yang memegang panji-paji 1Malaysia.

Isnin, 23 Ogos 2010

Peristiwa Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan.

Dalam bulan ini, kitab suci al-Quran telah diturunkan. Firman Allah :
" Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran." (Al-Baqarah ayat 185).

Dalam bulan ini jugalah ayat pertama dari al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.. Ayat pertama ini telah diturunkan pada 17 Ramadhan. Khadijah r.a telah menerima Islam dan menjadi orang pertama yang beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Beliau juga wafat pada bulan Ramadhan.

Penghantaran tentera pimpinan Saidina Hamzah r.a. dan lambang bendera perang yang pertama telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini berlaku pada bulan ke 7 selepas Hijrah.

Zakat Fitrah (yang diberikan dala bentuk makanan pada akhir Ramadhan) dan zakat keatas harta telah diwajibkan dalam bulan Ramadhan. Solat hari raya juga telah diperkenalkan dalam bulan ini. Kesemua peristiwa ini berlaku dalam tahun ke 2 Hijrah.

Perintah supaya berjihad juga telah diturunkan dalam bulan Ramadhan pada tahun ke 2 Hijrah.

Perang Badar telah berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah.

Hari ini disebut didalam al-Quran sebagai Hari Pemisah antara yang Haq dan yang Batil (Yaum al Furqan). Mekah telah ditawan pada 10 Ramadhan, tahun ke 8 Hijrah.

Delegasi Thaqif telah menerima Islam pada tahun ke 9 Hijrah.

Fatimah r.a. puteri Rasulullah s.a.w. telah wafat pada tahun ke 11 Hijrah.

Ummul Mukminin, Aisyah r.a. telah wafat pada tahun ke 58 Hijrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular