Translate

Sabtu, 4 Julai 2009

Apakah Perjuangan Umnu Berlandaskan Islam ( 1 ).....

Kata Umno, " Kumpulan kecil dalam Masyarakat Islam kecewa kerana pendapat mereka tentang Islam tidak diterima oleh masyarakat, telah mengganas dan membunuh orang Islam secara membuta tuli ". Satu pendapat yang dibuat oleh agen-agen barat tentang Islam yang berpaksikan kepada tuduhan-tuduhan pergerakan Islam dengan menuduh Islam sebagai golongan Pelampau, fundamentalis dan pengganas. Tidak benar sekali anggapan bahawa pejuang Islam mengganas kerana kecewa pendapat mereka tidak diterima masyarakat. Yang sebenarnya pemimpin sekular negara umat Islam yang memusuhi pejuang Islam menyebabkan pembunuhan berlaku. Umno kata, " Walaupun Islam membebaskan wanita daripada budaya Arab Jahiliyah, ketidak adilan kepada wanita sudah kembali, sehingga ada yang berkata, semua masalah sosial adalah disebabkan wanita. Dengan itu percubaan dibuat untuk mengasingkan mereka supaya mereka tidak dapat menggoda lelaki, Tetapi lelaki tidak menjadi baik kerana tindakan itu. Kita malu menyebutnya, tetapi di negara kita jenayah tertentu yang disebabkan nafsu seks lebih kerap berlaku dikalangan orang Melayu yang Islam daripada bukan Melayu. Kita lebih mengutamakan soal aurat daripada kesan menutup aurat terhadap moral kita". Tidak ada siapa yang mengatakan bahawa semua masalah sosial adalah disebabkan wanita. Kita tidak tahu di mana Umno mendapat fakta tersebut. Apa yang sering ditegaskan ulamak ialah bahawa pergaulan bebas lelaki dan perempuan adalah dilarang, dan ajaran Islam menentang keras pergaulan bebas ini berdasarkan firman Allah, maksudnya : " Jangan kamu menghampiran zina ". Sebab itu umat Islam yang prihatin menentang keras konsert hiburan yang mendedahkan lelaki wanita kepada pergaulan bebas, peraduan ratu cantik dan sebagainya. Malangnya, pemimpin Umno seolah-olah mempertahankannya, malah dalam beberapa hal menyediakan seluas-luasnya pintu-pintu kemungkaran untuk dimasuki anak-ank muda. Umno kata," Ramai ibubapa yang ingin anak mereka menjadi alim dalam bidang agama sahaja. Dengan itu sebahagian daripada kanak-kanak yang berbakat tidak dapat mempelajari ilmu lain yang mereka berupaya menguasai dengan baik. Apabila lulus kemudian dalam pelajaran agama didapati mereka tidak mempunyai banyak peluang untuk bekerja dalam bidang berpendapatan tinggi. Mereka kecewa akhirnya". Pandangan ini juga salah, Umno dengan segala prejudisnya terhadap pelajaran agama Islam tidak melihat, pertama, kesedaran ibubapa terhadap Islam dan menghendaki anak mereka menjadi generasi Islam yang mematuhi perintah Allah. Kedua, Umno tidak melihat sekian banyak pelajar Melayu yang mempunyai ilmu agama yang tinggi juga memiliki kemahiran ilmu-ilmu lain. Doktor, jurutera, jurubina, ahli ekonomi yang lulus dari universiti dalam dan luar negeri telah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap Islam. Sebab itu, ramai di antara mereka yang memasuki PAS atas keyakinan mereka terhadap perjuangan PAS untuk menegakkan Islam, berbanding Umno yang masih terperangkap dengan pemikiran sekular pemimpinnya. Ketiga, manifestasi kekecewaan ibubapa melihat hasil sistem pelajaran sekular yang diamalkan di Malaysia sekarang yang mengakibat kan ramai anak muda terlibat dalam keruntuhan akhlak, menderhaka kepada ibubapa, mengabaikan tanggung jawab agama dan lain-lain. Umno kata," Tanpa pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan cara menggunakannya, kita bukan saja akan tertinggal di belakang, tetapi akan terdedah kepada serangan ke atas cara hidup, agama dan budaya barat. Sebenarnya CD-Rom sudahpun memudahkan kita mempelajari agama Islam dan untuk mengembangkan ajaran ini". Umno mempunyai anggapan salah, seolah-olah mereka yang berjuang menegakkan Islam tidak berminat kepada bidang teknologi maklumat. Pada pilihan raya Umum ke 8, PAS terus meninggal Umno ke belakang dalam penggunaan IT. Pada pilihan raya tersebut, PAS menyemak nama pengundi dengan komputer tetapi Umno masih menggunakan buku panduan SPR, pencil dan Pembaris. Umno kata, " Jika sesiapa berkata orang Islam harus belajar ilmu lain daripada agama, ia akan dikecam kerana dianggap kurang Islam. Ibubapa yang menghantar anak mereka untuk belajar agama dianggap orang yang mematuhi kehendak agama Islam. Sebenarnya mereka yang mengutamakan keselamatan dan pertahanan Islam dan umat Islam dan dengan itu menyuruh anak mereka menuntut ilmu tertentu tidak kurang Islam bahkan beribadat kerana menolong menunaikan fardhu kifayah". Mungkin ada kes-kes terpencil, dan jika Umno mengambil jumlah yang kecil ini sebagai keseluruhan pandangan ibubapa Islam, maka ini sangat mengelirukan. Pada keseluruhannya, ibubapa menyedari pentingnya anak mereka belajar ilmu lain, selain fiqh dan usuluddin. Namun begitu ibubapa yang prihatin terhadap agamanya sentiasa berusaha dan mengharapkan anaknya menjadi orang Mukmin sejati walaupun ia menuntut ilmu kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi dan sebagainya. Mereka tidak mahu anak mereka, walaupun berjaya menjadi doktor tetapi mempunyai pemikiran sekular dan menafsirkan Al-Quran dan Hadis sesuka hati kerana berdasarkan logik akal semata-mata. Umno kata," Mufti adalah jawatan yang diwujudkan oleh pemerintahan negara Islam selepas Nabi wafat untuk membuat keputusan berkenaan dengan soal agama. Jawatan mufti diperlukan kerana keghairahan mereka yang mendakwa sebagai ulamak untuk membuat fatwa dan tafsiran sendiri yang kerap bertentangan antara satu dengan lain yang mengelirukan umat Islam. Dengan adanya mufti maka hanya jabatan mufti saja yang boleh membuat dan membatalkan fatwa". Dari mana Umno mengambil fakta ini?. Nampaknya ulama-ulama Umno tersilap memberi maklumat. Pendapatnya ini tidak benar, kerana selepas Rasulullah s.a.w. wafat, Khulafa' Ar-Rashidin, Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, tidak pernah melantik mufti atau mengadakan sebarang jabatan mufti dalam pengertian sekarang. Para sahabat itulah dengan kearifan ilmu dan kebijaksanaan mereka membuat fatwa dan melaksana kan hukuman berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Merekalah Khulafa' Ar-Rashidin, merekalah pemimpin, merekalah ulamak dan merekalah hakim. Ada terdapat pandangan yang berbeza di antara para sahabat itu dalam kes-kes yang bersifat furu'(cabang) tetapi semuanya bersetuju dan patuh kepada prinsip-prinsip hukum yang asas yang ditegaskan didalam Al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya pandangan yang dikeluarkan para sahabat diterima belaka kerana ketokohan mereka. Umno kata," Sepanjang sejarah Islam, banyak fatwa yang diterima pakai, yang kemudiannya dibatal atau diketepikan. Demikian larangan mengukir rupa bentuk manusia atau binatang oleh agama Islam. Sebahagiannya ialah kerana pada masa dahulu, orang Arab dan penganut agama lain suka menyembah berhala yang mereka ukir menyerupai manusia dan binatang. Ada juga yang mengukir dan melukis rupa tuhan mereka dan kemudian menyembah ukiran dan gambar ini. Untuk mengelak Allah disekutukan dengan objek yang lain atau dengan percubaan membuat imej Allah yang kemudian disembah, agama Islam melarang ukiran dan lukisan rupa manusia dan binatang. Sehingga ke zaman berakhir empayar Islam Turki, larangan itu dikuatkuasakan. Tetapi pada zaman ini larangan terhadap ukiran dan lukisan manusia dan binatang tidak lagi dapat dikuatkuasakan di seluruh dunia Islam kerana adanya kamera dan TV. Gambar tokoh Islam dan alim ulamak terdapat dimana-mana saja. Apakah dengan ini umat Islam sudah tidak lagi menurut hukum Islam berkenaan ukiran dan lukisan rupa manusia dan binatang?". Pandangan Umno ini juga mengelirukan. Bahawa fatwa tentang larangan lukisan dan mengukir makhluk bernyawa telah diterima pakai dan tidak pernah dimansuhkan disebabkan oleh sebarang keadaan. Umno perlu merujuk kepada kitab Halal dan Haram dalam Pandangan Islam oleh Dr Yusof al-Qardhawi, seorang ulamak muktabar masa kini yang sering dirujuk dan diterima pandangannya oleh pemimpin Malaysia. Dalam kitab itu beliau menghuraikan dengan terperinci hukum menutup aurat, melukis dan mengukir makhluk bernyawa bahkan hukum seseorang memakai rambut palsu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular