Peristiwa kekecohan yang berlaku di Bukit Katil, Melaka semalam telah membuktikan yang Umno memang membawa budaya samseng. Selepas Pemuda Umno menuduh PAS membawa budaya samseng beberapa bulan yang lepas. Ternyata kenyataan Pemuda Umno telah memakan diri sendiri.
Apabila berlaku kekecohan di Bukit Katil semalam yang dilakukan oleh Pemuda Umno terhadap penyokong DAP dan PAS sehingga menyebabkan seorang Adun Ayer Keroh Khoo Poay Tiong dari DAP cedera. Apakah alasan yang akan diberikan oleh KJ kerana beliau lah yang menuduh PAS pembawa budaya samseng.
Sungguh memalukan kerana merasakan bahawa kedudukan mereka semakin tergugat maka mereka telah menganggu aktiviti mendaftar keahlian baru yang dilakukan oleh DAP di pasar malam Taman Melaka Baru. Alasan yang diberikan oleh Pemuda Umno kerana DAP melakukannya di tempat terbuka dan mengunakan logo SPR. Dah kalau nak buat semakan daftar pengundi, mestilah mengunakan logo SPR, tak kan nak gunakan logo dacing pulak.... akal ada ka...
Kekecohan yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang datang beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan kepada DAP dengan memaki hamun petugas DAP yang dibantu oleh penyokong PAS. Kerana tidak berpuas hati dengan aktiviti yang dilakukan oleh DAP.
Naib Pemuda Umno Bukit Katil iaitu Jailani Khamis sendiri mengakui yang mereka ada memaki-hamun penyokong DAP tetapi tidak kepada penyokong PAS. Beliau juga menafikan yang Pemuda Umno ada juga memaki-hamun pihak polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Di sini kita boleh melihat akan semangat setia kawan yang dilakukan oleh PAS yang datang membantu penyokong DAP. Sikap kurang ajar Pemuda Umno itu mesti didalangi oleh pemimpin mereka. Ia diakui sendiri oleh Setiausahanya Safrie Abdullah yang mengarahkan agar Pemuda Umno pergi ke tempat kejadian untuk menunjukkan kekuatan mereka.
Beliau mengarahkan melalui panggilan talipon kerana beliau sekarang berasa di Manek Urai untuk membantu calon Bn dan mungkin akan melakukan perkara yang sama di Manek Urai. Itu hanyalah kata-kata yang saya tambah sendiri. Tetapi tidak mustahil beliau akan melakukan perkara yang sama.
Mereka bertindak memecahkan meja yang diletakkan oleh penyokong DAP . Pasti itu kerja ayahanda kita yang memang diakui dengan kecemerlangan beliau dalam menjalankan kerja-kerja seperti itu. Dalam kejadian tersebut seorang penyokong Umno ditahan. Akibat kejadian tersebut, lapan aduan polis dilakukan oleh pemimpin PAS dan DAP.
Kita tunggu pula apa yang akan di perkatakan oleh KJ. Apa pula hujah yang akan beliau beri. Dan kita boleh agak apa kenyataan-kenyataan yang akan beliau berikan. Pasti ia adalah provokasi daripada DAP dan PAS. Bukankah PAS sebuah parti samseng seperti mana yang beliau tuduhan terhadap PAS.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 4 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Sudah lama tidak membaca blog kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Pada hari Jumaat malam, saudara blogger Alhusseyn, Pahrol (orang kuat...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
Apabila isu ini di bangkitkan semula dek kerana ada khabar-khabar angin yang 3 adun lompat akan kembali kepada Pakatan Rakyat, hentikan saj...
-
Saya pernah membidas blog AT diatas tulisan-tulisan dan bahasanya terlalu kesat untuk dibaca. Kritikan saya pernah dipanjangkan oleh b...
-
Tanpa Nama berkata... ya allah kamu cuba mengelirukan fakta,tahu tak itu dosa namanya. yg mula sekali bocor rahsia ini adalah dr hassan se...
-
Raja yang adil adalah raja yang menjadi Iman terhadap rakyatnya terutamanya semasa solat berjemaah. Sungguh bertuah bumi Kelantan kerana ...
-
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini berkata beliau tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam da...
-
Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut...
-
Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik sebaliknya ia hanya akan dikenakan terhadap mereka ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan