Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 22 Julai 2009

Rais Mempersoalkan Tindakan Zaid.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO.

Beliau berkata, tindakan Zaid mendakwa perjuangan UMNO masa kini bersifat perkauman adalah tidak tepat kerana parti itu merupakan komponen Barisan Nasional (BN) yang selama ini memperjuangkan nasib semua kaum.

Apa yang dikatakan oleh Datuk Zaid Ibrahim itu adalah tepat, sememangnya Umno itu sendiri parti yang bersifat perkauman. Apakah beliau (Rais) terlalu dangkal dengan menyatakan parti Umno merupakan komponem Barisan Nasional yang terdiri berbagai parti yang berasaskan berbilang kaum seperti MCA mewakili kaum Cina, MIC mewakili kaum India, Gerakan yang dimonopoli oleh kaum Cina dan ada segelintir kaum-kaum seperti Melayu dan India yang hanya merangkumi tidak sampai 5 % dan begitu juga dengan PPP yang dimonopoli kaum India sama seperti Gerakan.

Walau apa dan dimana kedudukan Umno, hatta didalam BN. Umno tetap sebuah parti yang berasaskan kaum Melayu, maka tidakkah itu dikatakan parti perkauman. Apakah dengan duduk semeja dengan parti perkauman yang mewakili kaum masing-masing, maka ia dikatakan tidak perkauman. Dimanakah Datuk Rais belajar tentang bab perkauman, apabila menyatakan yang Umno bukan parti perkauman.

Kenapa beliau bising sangat dan menhentam Zaid setelah menjadi tikus dalam isu cabaran beliau untuk berdebat dengan Datuk Zaid. Tidakkah beliau merasa malu dengan Datuk Zaid apabila beliau mencabar Datuk Zaid berdebat kemudian cabaran beliau telah disambut oleh Datuk Zaid lalu beliau terus mendiamkan diri apabila cabaran beliau disambut. Kerana beliau beranggapan yang Datuk Zaid pasti tidak berani untuk berdebat dengan beliau. Kerana beliau menyangkakan yang Datuk Zaid berperangai seperti beliau. Tetapi sayang seribu kali sayang, ingatkan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari. Cabaran beliau berbalas, tetapi beliau mula menyembunyikan diri. Sekarang mula timbul kembali dengan membawa tungkul besi untuk Datuk Zaid.

''Tindakan Zaid membuat dakwaan (dalam blognya) itu dilihat seperti orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti.

''Beliau (Zaid) perlu ingat bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini

Inilah sikap pemimpin yang terkenal dengan membakar jambatan yang menganggap bahawa Umnolah yang memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang mereka kehendaki. Kerana mereka merasakan oleh kerana mereka yang memegang tampuk pemerintahan maka rezeki adalah ditangan mereka. Apakah ketentuan Allah s.w.t. sebagai pemberi rezeki ditolak tepi sedangkan Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Beliau boleh bercakap apa sahaja yang beliau ingin nyatakan tetapi janganlah sampai terpesong akidah kerana sedikit kesilapan. Itulah sikap pemimpin Umno dalam usaha mengampu Bos.

Amat malang bagi Umno apabila mendapat pemimpin seperti ini yang tidak konsisten terhadap perjuangan sendiri. Dalam usaha mencari pangkat dan menambahkan kekayaan, maka beliau sanggup menepikan apa yang telah beliau lakukan semasa menjadi pemimpin Semangat 46 dahulu. Bagaimana beliau membakar jambatan dan melakukan tesis PHD nya semasa berada diluar Umno. Beliau sendiri menolak tesis yang beliau tuliskan tentang undang-undang di Malaysia. Setelah mendapat kembali kedudukan didalam Umno maka mulalah beliau berkokok dengan lebih nyaring agar suaranya dapat didengar oleh tuannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Zaid mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan terhadap perjuangan UMNO adalah berbentuk perkauman.

Kata Rais, tindakan Zaid itu dianggap seperti tidak memahami 'asam garam' politik sambil menyifatkannya masih mentah.

''Zaid masih baru ketika berada dalam UMNO, dia tidak pernah berasa susah dan menghadapi naik turun dalam politik sebaliknya terus menjadi menteri," jelas beliau.

Tidak salah mempelawa sesiapa sahaja untuk menyertai PKR ataupun PAS. Yang beliau bising-bising sangat ni kenapa. Memang tidak dinafikan yang Ku Li adalah bos beliau semasa didalam parti Semangat 46. Salahkah dari segi undang-undang apabila kita memepelawa sesiapa sahaja untuk bersama-sama didalam parti yang baru dimasuki. Sekurang-kurangnya Zaid ada prinsip dalam perjuangannya semasa berada didalam Umno dan sanggup melepaskan jawatan menteri apabila beliau melihat ketidak adilan berlaku didalam kerajaan.

Apakah sikap seperti ini ada pada Datuk Rais Yatim dalam memperjuangkan keadilan. Sedangkan jambatan yang beliau bakar pun dibina semula agar diberi tempat dalam kabinet. Beliau bukannya seorang pemimpin yang boleh diambil untuk dijadikan contoh. Mungkin beliau baik sedikit daripada Ibrahim Ali yang mengigit kepada orang yang memberinya makan. Kalau hendak mengampu biarlah kena pada tempatnya.

Apakah orang seperti ini layak menilai dan mengatakan seseorang itu masih mentah dalam asam garam berpolitik. Dimanakah kematangan beliau dalam berpolitik yang memang terkenal dengan sikap pengampunya. Apakah beliau seberani Datuk Zaid Ibrahim dalam berpolitik. Apakah beliau sanggup melepaskan jawatan menteri yang sedang beliau peluk itu untuk berkata benar. Yang pasti, beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatan menteri yang sentiasa diidam-idamkan itu.

Kita pun sendiri maklum antara syarat pembubaran parti Semangat 46 ialah, beliau akan diberi jawatan menteri dan beberapa orang lagi akan diberi jawatan timbalan menteri. Apakah beliau sanggup berkorban seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Zaid Ibrahim dengan melepaskan jawatan menteri.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular