Translate

Jumaat, 3 Julai 2009

Kerajaan Pusat Akan Huru-Hara Apabila Pakatan Rakyat Dapat Memerintah.......

"Oleh kerana perbincangan dengan PAS dan DAP tidak berjaya, jadi tesis Nik Aziz telah gagal walaupun beliau menunjukkan lebih suka kepada DAP berbanding muslimin dan muslimat dalam Umno". Satu kenyataan AJK Umno Pusat iaitu Datuk Rais Yatim yang terkenal dengan kepakaran beliau membakar jambatan. Tidak timbul soal lebih sukakan DAP daripada Umno walhal Umno didokong oleh orang Melayu. Kalau Umno itu sendiri sebuah parti yang degil dengan ideologi sekularisme yang terang-terang menolak hukum Syariah yang wajib di laksanakan. Bagi Umno Islam tiada tempat didalam parti, Umno yang ber ideologi kepada "matlamat menghalalkan cara" dan bagi Umno "agama suku politik suku". Apakah masih ada ruang didalam Umno untuk Islam, kalau dilihat pemimpin dan isteri-isteri mereka pun bukanlah seorang yang bercirikan muslimin dan muslimat. Apalah bezanya Umno dengan DAP yang memang kita ketahui akan pegangan mereka tetapi Umno hanyalah bertopengkan Islam tetapi kehidupan mereka dan cara berpakaian pun bukanlah layak untuk dikatakan bercirikan muslimin dan muslimat. Saya menganggap kenyataan beliau hanyalah kenyataan budak nakal yang tidak boleh disifatkan sebagai satu kenyataan ilmiah. Beliau seorang yang tiada konsisten dalam berpolitik kerana semasa beliau berada didalam parti Semangat 46, beliau telah menulis didalam tesis Phdnya tentang kehakiman di Malaysia , beliau sendiri menolak tesis yang beliau tulis kan, setelah memegang jawatan Menteri Di jabatan Perdana Menteri. Dan semasa beliau memegang jawatan tersebut, yang berportfolio kehakiman. Beliau ada menyebut tentang 18 kes yang diketegorikan sebagai berprofail tinggi. Tetapi sampai sekarang kes tersebut tiada kesudahannya, kerana beliau ditukar kepada Menteri Kebudayaan. Satu jawatan yang tiada kena mengena dengan kelulusan beliau sebagai pengamal undang-undang. Tambah Rais ,"apa yang berlaku di Kedah memcerminkan bahawa pakatan pembangkang hanya bersama untuk mencapai kuasa dan tidak menolak kemungkinan negara akan huru-hara dan bermasalah jika mereka menguasai kerajaan pusat". Apakah beliau ini seorang ahli politik atau semata-mata hanya untuk mencari makan dalam usaha mengampu kerajaan yang telah beliau membakar jambatannya semasa beliau keluar daripada Umno dan bersama-sama Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Itulah sikap yang tidak boleh dihapuskan yang ada pada ahli Umno. Kerana terlalu lama berkuasa maka mereka menganggap hanya Umno sahaja yang mampu memerintah kerajaan Malaysia. Bagi mereka pembangkang tidak layak dan mampu mentadbir negara selain daripada Umno-Bn. Logik akal saya untuk beliau dan Umno-Bn, oleh kerana Umno adalah parti yang bersifat kebendaan atau yang jelasnya ialah parti duniawi, maka mereka mula bersikap takbur dan mendabik dada. Kita andaikan Umno memerintah Kelantan dan pembangkang memegang tampuk pemerintahan pusat dan Kelantan dilayan seperti mana kerajaan Pas Kelantan dilayan. Iaitu segala sekatan digunakan ke atas kerajaan Umno-Bn Kelantan, mampukah mereka mentadbirkannya. Saya berani mengatakan bahawa kerajaan Umno-Bn Kelantan pasti akan tumbang dalam masa 60 hari sahaja. Dalilnya ialah kerana sikap Umno itu sendiri bersikap parti duniawi. Ini boleh diambil contoh tentang negeri Pahang yang diperintah oleh Umno-Bn yang negeri Pahang telah diketogerikan sudah muflis, nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun tidak mampu sehingga terpaksa memohon pertolongan daripada kerajaan pusat. Begitu juga dengan negeri Terengganu yang kaya dengan hasil royalti minyak pun, meninggal kan hutang sebanyak RM 600 juta. Rakyat hanya mengetahuinya apabila PAS dapat memerintah Terengganu. Dan ia telah betul-betul mengejutkan rakyat Terengganu apabila ia didedahkan oleh kerajaan PAS Terengganu. Di manakah perginya duit royalti minyak yang bernilai berbilion ringgit itu sehingga terpaksa berhutang dengan kerajaan pusat. Rakyat Terengganu pun masih di paras kemiskinan kalau hendak dikatakan wang itu disalurkan kepada rakyat. Ke mana sebenarnya duit itu disalurkan kalau tidak kepada sanak saudara dan juga untuk kroni-kroninya. Inikah kerajaan yang Datuk Rais anak Yatim itu katakan pandai menguruskan negara. Kalau nak bodek bos, biarlah berpada-pada. Apakah beliau boleh dianggap sebagai meludah airliur ke langit yang kesudahannya terpalit kat muka sendiri. Usah lah nak malu-malu untuk mengakui yang kerajaan PAS Kelantan memang pandai mentadbir walaupun bermacam-macam sekatan dilakukan, Pas Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz masih dapat mentadbir Kelantan selama 19 tahun. Itulah realitinya yang pembangkang memang lebih layak memerintah kerajaan pusat daripada Umno-Bn.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular