Translate

Selasa, 6 Oktober 2009

Bagan Pinang : Saya Doakan Kemenangan Buat Rakyat Dan PAS......

Ini adalah coretan saya sebelum menerima rawatan Doktor Pakar di Klinik Persendirian Muar, Johor. Saya akan bertolak ke Muar pada jam 9.30 pagi dengan menaiki bas.

Sepatutnya rawatan tersebut selama sebulan tetapi saya minta di pendekkan memandangkan kosnya. Oleh itu saya mungkin tidak dapat menulis diblog ini selama 2 minggu kerana terpaksa tinggal di wad.

Memandangkan saya amat memerlukan rawatan tersebut untuk penyakit saya, rasa terkilan tetap terasa disanubari saya kerana saya pasti tidak dapat mengetahui tentang PRK tersebut.

Walau bagaimana pun, saya doakan agar kita akan diberi kemenangan oleh Allah s.w.t. dalam usaha kita menentang segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh Umno-Bn.

Saya terkilan kerana tidak dapat membawa berita-berita terkini pada hari pengundian seperti yang telah saya lakukan semasa PRK Pematang Pasir tempoh hari.

Walau pun tiada, anda masih boleh mendapat berita-berita tersebut melalui blogger-blogger kita yang sedang bertugas di Bagan Pinang.

Maka marilah kita bersama-sama bersolat hajat agar dihindarkan daripada segala tipu helah, provokasi, fitnah-fitnah dan ugutan Umno terhadap pengundi dan para petugas-petugas Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui yang Umno sekarang ini benar-benar terdesak kerana tiada isu untuk dilemparkan terhadap calon PAS (Pakatan Rakyat).

Sedangkan mereka terpaksa mengguna segala agensi dan saluran kerana mereka tidak mampu untuk  menjawab segala soalan yang telah ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat.

Bagi pengundi Bagan Pinang, inilah masanya untuk anda menghukum segala perbuatan, perbohongan, pengkhianatan, penyalahgunaan  kuasa, penganaiyaan, rasuah yang telah mereka lakukan.

Undi anda pasti akan memberi pukulan yang hebat kepada kerajaan Barisan Nasional yang korup. Tetapi bukannya pukulan yang sedang diwar-warkan oleh King Of Mat Rempit, kononnya beliau telah dipukul oleh penyokong PAS.

Mungkin juga pukulan tersebut telah dilakukan oleh Rosmah Mansor secara batin, kerana Rosmah Mansor memang terkenal dengan ketinggian ilmu bomohnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular