Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting berkata beliau menerima aduan mengenai dakwaan berlakunya politik wang menjelang proses pemilihan parti Ahad ini.
Katanya ada sebilangan pihak sudah menawarkan wang bagi mendapat sokongan undi dan jika keadaan ini dibiarkan maka ia akan memusnahkan masa depan parti itu.
"Dalam sehari dua ini, saya menerima banyak aduan bahawa beberapa pihak menggunakan wang dalam usaha meraih sokongan," kata bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kepada pemberita selepas berjumpa dengan perwakilan MCA Selangor dekat sini malam Khamis.
Katanya ahli parti mempunyai alasan kukuh untuk menolak calon yang menggunakan taktik wang.
"Imej dan harga diri dalam MCA tidak boleh dibeli dengan apa juga kos dan jangan biarkan politik wang meracuni kita dan membinasakan parti," tegasnya.
Pada pemilihan kali ini, Ka Ting akan merebut jawatan presiden dengan dua lagi calon, iaitu penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Jawatan timbalan presiden menjadi perebutan antara dua menteri Kabinet iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Seramai 10 calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden manakala 86 calon akan bertanding merebut 25 kekosongan dalam Jawatankuasa Pusat (CC).
Dalam pada itu, Ka Ting berkata beliau mendapat motivasi selepas ramai perwakilan mula menerima dan memahami manifesto parti yang dibawanya pada pemilihan kali ini.
"Semalam, saya berada di Sabah dan perwakilan di sana memberi sokongan penuh kepada saya," katanya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan